EPISOD 30

80 12 0
                                    

"Hey Eiva. Thanks for not giving up neither on Nick or me. "Ujar Eric dengan senyuman tawar yang membuat aku berfikir seketika.

"What do you mean? "Soalku.

"Thanks for still believing in us. I think Sali also in coma. So, we don't have to worry for a while. "Katanya lega.

"What has happened actually? Awak tak khabarkan apa-apa. "Soalku tidak berpuas hati.

"I'm so sorry. Saya tak nak awak risau. Sebenarnya, Nick ditembak pada bahagian dada dan paha oleh anak buah Sali. I hope he will be fine. "Jelasnya dalam nada risau.

"And you? "Soalku lagi sambil memandang ke arah kaki kirinya yang dibalut dengan kain.

"Don't worry about me. Patah sikit je. I'm still alive. "Balasnya dengan bergurau sedikit tapi tak bagi aku.

"You should tell me earlier about this because I'm Nick's assistant. "Kataku tegas.

"Really? Or because you started to like him? "Tekanya sambil tersenyum senget melihat aku.

"Like him? Maybe. But I will not fall in love with him. "Jawabku masih dengan nada yang sama. Eric menghela nafas berat.

"I just... Don't want you to over reacting about this situation and may cause Dato Daniel suspicious. "Balas Eric seperti tidak percaya terhadap aku.

"Awak tak percaya saya? "Soalku.

"It's not that. Tapi lidah tak bertulang, Eiva. Manusia boleh berkata dalam tidak sedar. I'm sorry. "Katanya meminta pengampunan. Aku diam seketika.

"I think you should go back to Dato Daniel. Maybe the blood stocks already arrived. Please pray for Nick. "Pinta Eric dengan senyuman.

"Of course I will. See you around. "Balasku kemudian berlalu.

*****

Empat jam berlalu setelah Nick dihantar ke bilik pembedahan. Doktor masih mengusahakan mengeluarkan peluru-peluru daripada tubuh Nick.

Aku tak sangka begini kesudahan Nick setelah aku berjanji kepada Nick dan Eric bahawa aku tidak akan memberitahu Dato Daniel mengenai strategi mereka yang telah diketahui Sally dan aku tahu sesuatu yang buruk pasti akan berlaku.

Kalaulah aku terfikir keadaan akan menjadi seperti ini! Bodohnya aku!

Beberapa jam kemudian, doktor berbangsa India itu keluar dari bilik pembedahan dengan wajah yang berkerut.

"How is it going doc? "Tanya Dato Daniel yang hanya berjalan kehulu kehilir daripada tadi.

"Pembedahan berjaya. Keadaan pesakit belum stabil dan mungkin akan menurun sedikit dari masa ke masa. Jika dia okey, dia mungkin melepasi keadaan koma dalam masa dua atau tiga hari. Kalau tidak, kemungkinan dalam beberapa minggu. Paling lama pun empat hingga lima minggu. "Jelas doktor itu panjang lebar sambil membuka masknya.

"Kenapa lama sangat doc? "Soal Dato Daniel lagi keliru.

"Well, ikut denyutan jantung. Sekarang ini, denyutan jantung dia lemah. Selepas ini, anda dibenarkan untuk melawat pesakit secara bergilir-gilir. "Balas doktor itu.

"Okay doktor. Thank you very much. "Kata Dato Daniel.

Kemudian, beberapa orang jururawat keluar dari wad pembedahan dan memindahkan Nick ke wad rawatan VIP dimana biliknya sebesar sebuah wad yang dapat menampung enam orang pesakit dan hanya Nick yang dirawat disitu. Tersedia juga sebuah televisyen dan bilik mandi.

Setelah mendapat keizinan daripada jururawat, aku mempersilakan Dato Daniel untuk menjadi orang pertama melawat Nick.

Dato Daniel keluar dari wad hampir setengah jam kemudian.

"Awak masuklah Eiva. Awak okey kalau saya pulang sekarang? Saya rasa tak sedap badan. "Kata Dato Daniel yang kelihatan sedikit pucat.

"Dato nampak pucat. Mari saya hantar dato ke kereta. "Balasku risau melihat keadaan Dato Daniel.

"Takpe. Saya masih boleh sendiri. "Katanya.

"Dato jangan lupa minum ubat. Saya okey je. Saya akan temankan Nick. Mungkin saya akan pulang subuh sedikit. "Ujarku.

"Terima kasih. Tentang pakaian Nick, saya akan uruskan besok. Saya benarkan awak cuti besok kalau awak nak. "Balas Dato Daniel dengan senyuman.

"Takpelah Dato, terima kasih. Saya masih dapat pergi kerja. "Jawabku menolak tawaran Dato Daniel dengan lembut.

"Baiklah. Saya pergi dulu. "Katanya kamudian berlalu.

Aku menolak daun pintu perlahan sebagai tanda hormat kepada Nick kemudian terus duduk di kerusi bersebelahan dengannya.

Aku rasa tenang apabila melihat wajah Nick yang seperti sedang tidur lena. Aku mengusap bahunya.

Aku mula beremosi apabila memikirkan kemungkinan yang akan berlaku pada Nick. Ya. Aku takut.

"Nick. I know you are a strong man. Awak mesti sembuh. Saya tak pasti sama ada saya suka awak ataupun saya jatuh cinta kepada awak. Tapi yang pasti, saya tak mahu awak tinggalkan saya. Haha. Bad eyes. "Kataku mengutuk mataku kerana dengan mudahnya menitiskan air mata. Namun semakit deras air mata menuruni pipiku.

Setelah keadaanku reda sedikit, aku mula bercerita tentang cara kami bertemu pada hari pertama sehingga semasa kami berada di hotel di New York. Kadang aku sendiri ketawa apabila teringat kejadian-kejadian yang berlaku antara kami. Sedar tak sedar, sejam aku bercerita.

"Nick, saya tidur dulu lah. Mengantuk dah ni. Saya tidur kat sofa. Kalau ada apa-apa, panggil saya ye? "Ujarku sambil ketawa kecil kemudian berjalan ke sofa.

Aku tidur dengan nyaman malam ini sebab dapat bercerita dengan Nick seperti seorang sahabat. Semoga dengan ini, Nick dapat melalui masa komanya.

Huhuhu... Author sendiri sedih buat bab ni sebab Nick akan tidur je untuk satu jangka masa.. 😢Kesian pula dengan Nick. I'm so sorry Nick 😅
Nick:Author ingat tak penat ke tidur je?😤 Aku nak author naikkan gaji aku! 😒
Author: Eh boleh pula gitu yer 😅

By the way, camne bab ni? OK? Author akan berusaha untuk update sebab plot skarang ni senang sikit 😅 Anyway, teruskan menunggu bab akan datang!

Usah PergiWhere stories live. Discover now