Beberapa orang lelaki yang berpakaian serba hitam berjalan tergesa-gesa memasuki ruangan yang dipanggil ruang data.
Di situ, Black sedang bergelak ketawa dengan beberapa ahli mereka. Senyumannya mati apabila melihat anak buahnya menghampirinya dengan wajah yang tidak menentu.
"Black! Kita ada masalah! "Kata seorang daripada mereka dengan cemas.
"Masalah apa? "Soal Black serius sambil berdiri.
"Shipment senjata kita yang sepatutnya tiba sekarang disekat di pelabuhan." Jawab lelaki itu.
"What?! "Jerit Black terkejut berbaur marah.
"Black! Senjata dalam bilik 3 hilang semuanya. Senjata dalam bilik bawah tanah masih selamat. "Kata seorang lelaki yang baru keluar dari pintu bawah tanah.
"What the f*** man?! Siapa yang curi?! Kumpulkan orang-orang kita. Aku call Eric dan Nick. "Arah Black. Kelam kabut dia mencari telefonnya yang berada dalam poket seluar. Nombor Nick Adrian didail.
"Bro! We got few serious problem! Come quick! "Katanya cemas. Setelah itu, dia mendail Eric pula dan memberitahu hal yang sama.
Beberapa ketika kemudian, seorang lagi anak buah mereka datang sambil memegang laptopnya.
"Someone sent a massage for us. "Kata lelaki itu sambil menghulurkan laptop itu kepada Black.
Selamat pagi cik abang sekalian.
Aku rasa korang tahu siapa aku.
Pendekkan cerita, aku taklah bodoh macam yang korang sangka.
Akhirnya aku dapat cari tempat korang. Mungkin korang tertanya-tanya aku pergi ke mana dan kenapa tak serang korang kan? Sabar je. Aku ada surprise buat korang. Mungkin sejam dua macam tu.
Kalau korang anak jantan, lawan aku.
Bye.Ruang tersebut mula dipenuhi lelaki. Sementara Black membahagi-bahagikan mereka dalam kumpulan masing-masing, Nick dan Eric datang ke arah mereka dengan tergesa-gesa.
"Okay! What is happening right now? "Soal Nick dengan nada cemas dan dalam masa yang sama tegas.
"Pertama, shipment senjata kita disekat, kedua, semua senjata di bilik 3 dicuri dan ketiga, Sali akan datang. "Jelas Black mendatangkan amarah Nick dan Eric.
"Shit! Kita diperangkap! Siapa yang berkomplot dengan Sali?! Baik aku bunuh kau!" Tengking Nick habis-habisan dengan kemarahan yang membuak-buak sambil mengacukan pistol ke arah anak-anak buahnya.
Anak-anak buah Nick mula kecut perut melihat bos mereka yang sedang mengamuk itu.
"Biar aku handle perkara ni. "Kata Eric tenang walaupun sebenarnya dalam hatinya juga berkobar-kobar.
"Orang yang khianat mesti dibunuh, Eric! Aku tak akan lepaskan dia! "Jerit Nick kepada Eric.
"Aku tau. Tapi kita mesti menyiasat dahulu sama ada ada diantara dorang yang mengkhianati kita atau ada orang luar berjaya masuk dan curi senjata kita. "Jawab Eric dengan tegas. Nick memandangnya tajam kemudian meraup wajahnya kasar.
"Kau pergi rancang strategi sebelum Sali datang. Aku urus hal tadi. Okey? "Kara Eric lagi untuk menenangkan keadaan.
"Whatever. "Balas Nick dingin kemudian membawa beberapa orang anak buahnya, iaitu yang mempunyai tugas tertentu, untuk mengikutnya.
Sementara mereka bersiap sedia, kedengaran bunyi letupan di luar gudang mereka. Black merelakan diri untuk memeriksa supaya kerja mereka dapat berjalan dengan lancar.
Sesaat selepas Black menjenguk melalui sebuah pintu kecil, kedengaran beberapa das tembakan.
Mereka semua menjadi panic, termasuk Nick dan Eric. Mereka sedar bahawa Sali telah tiba dan kemudiannya mencapai pistol masing-masing lalu mengambil tempat.
Nick berada di hadapan mereka semua, diikuti Eric. Pada genggaman mereka terdapat sekurang-kurangnya sepucuk pistol yang selalu dihalakan ke depan.
Apabila melihat keadaan sedikit selamat, mereka maju sehingga tiba di pintu masuk.
Secara perlahan-lahan mereka keluar dari gudang mereka dan mendapati kereta-kereta milik mereka sudah meletup dan masih terdapat api-api kecil. Berdekatan kereta, kelihatan Black sedang terbaring tidak bermaya dengan beberapa kesan tembakan tepat pada bahunya.
"Suruh beberapa orang hantar Black ke bawah tanah dan rawat dia. Kalau teruk sangat, telefon Doktor X."Arah Nick kepada Eric.
Eric mengangguk dan terus mengarahkan beberapa orang untuk membawa dan merawat Black seperti yang diarahkan Nick.
Secara tiba -tiba beberapa tembakan dilepaskan dan mengenai beberapa anak buah Nick yang berdekatan dengannya. Mereka semua bergegas mencari tempat perlindungan.Nick memerhati sekeliling untuk melihat kelibat Sali. Kelihatan seseorang sedang memerhatikan mereka melalui celah-celah dinding. Maka, berlakulah tembak-menembak antara geng Nick dan geng Sali.
Nick Adrian seorang penembak yang mahir dan majoriti tembakannya tidak akan tersasar.
Apabila menyedari bahawa anak buahnya semakin berkurang, Sali cuba untuk melarikan diri ke semak. Tindakannya juga ialah satu perangkap.
Nick berlari kearah Sali untuk menahannya daripada lari. Dia tidak sedar bahawa Sali telah merancang satu strategi untuk memerangkapnya.
Nick berjaya menangkap Sali dan berlaku pergelutan hebat. Sali cuba menumbuk muka Nick tetapi Nick lebih pantas mengelak dan menyerang kembali. Serangan Nick menyebabkan Sali memuntahkan darah.
"Kau akan kalah, pengkhianat! Tak payah nak berlagak hebat! "Jerit Nick lantang sambil memegang kolar baju Sali dan tangan kanannya sudah menggenggam tumbukan.
"Kau ingat kau tu hebat sangat? Lagipun,walaupun aku kalah sekarang tak bererti aku akan menyerah. Kau kenal aku kan, seorang yang pantang dicabar. "Balas Sali dengan bangga kemudian membuat satu isyarat tangan.
Seratus meter di belakang Sali,Nick melihat seorang lelaki sedang mengacukan sepucuk pistol kearahnya. Tanpa sempat berbuat apa-apa, dalam sesaat, beberapa das tembakkan dilepaskan dan mengenai paha dan dada Nick.
Genggaman tangan Nick pada kolar baju Sali menjadi renggang dan kemudiannya dia terbaring layu. Dia sempat melihat senyuman jahat Sali dan dia melarikan diri sebelum penglihatan Nick menjadi gelap.
Hey readers! Okey ke idok bab ni? 😅This is my first time writing action so mungkin ada scene yang author terlepas pandang. Tapi author harap readers puas hati dengan bab ni😥 well, kalau nak suggest apa-apa, dialu-alukan beri komen. Kalau suka bab ni, vote yerrr ⭐😄 thanks!
Bab seterusnya baru ada kaitan dengan tajuk dan sinopsis novel ni. Tak faham? 😓 bacalah sendiri! Bai bai 😁
YOU ARE READING
Usah Pergi
RomanceEiva Jane, seorang gadis kampung yang dihimpit oleh keinginan mami dan dadinya untuk mencari cinta. Tanpa diduga, cintanya berakar kepada Tuan Nick Adrian. Namun, persatuan dua insan yang saling mencintai tidak menjamin kebahagiaan malah memarakkan...