EPISOD 10

100 13 2
                                    

Hari ini aku pergi ke office macam biasa. Tapi ada sesuatu yang tidak biasa berlaku. Tahu apa? Semalam rasanya aku tak kemas meja aku. Aku bukan kata yang barang-barang aku berselerak, tapi dokumen-dokumen tak tersusun rapi. Peliknya, siapa yang kemaskan meja aku? Takkan hantu kot.

Aku malas nak fikir sangat apa yang telah berlaku kepada mejaku. Aku terus duduk lalu menyusun barang-barangku.

"Hai. Awak Eiva Jane? Awak kerja kat sini dah dekat 1 bulan macamtu kan? "sapa satu suara dan sepertinya aku tak mengenali empunya suara itu.

Aku menoleh kearah suara tersebut. Lelaki! Memang betul aku tak kenal. Tapi bagaimana dia boleh tahu nama aku? Bagaiamana dia tahu aku kerja di sini dah dekat sebulan? Secret admire aku ke? Hehe

Tapi, boleh tahan. Kacak. Segak. Macam orang kaya. Macam Nick Adrian. Kacak, segak dan kaya. Eh?kenapa aku terfikir pasal Tuan Nick Adrian pula? Aishh

"Eh. Mengelamun pula dia. Kita tanya, seronok dia mengelamun. "tegur lelaki itu diiringi ketawa kecil. Comel.

"Eh? A'ah. Saya Eiva Jane. Awak siapa eh? Macam mana awak tahu saya dah 1 bulan kerja sini? "soalku kepada lelaki itu. Dia senyum.

"Saya ketua bahagian graphic design. Nama saya Nelldon,panggil je Neo. "katanya memperkenalkan diri. Neo? Comel nama dia.

"Macam mana awak tahu saya kerja kat sini dah 1 bulan? "ulangku. Dia menayangkan sengihan. Eh.. Orang tanya dia tersengih-sengih pula.

"Tu.. Saya tahulah. By the way, saya yang kemaskan meja ni tadi. Saya nampak dokumen-dokumen ni berselerak sangat. So, saya kemaslah. "ujarnya. Dia pula yang kemaskan meja aku. Tapi pelik...

"Oh.. T..thanks.. Susah-susah awak je kena kemas."balasku malu-malu kucing.

"Sama-sama. Tak susah pun. Err.. Say... "

"Eiva, come to my room. "

"Sorry Neo,saya nak jumpa Tuan Adrian dahulu ye? "kataku selepas terdengar Tuan Adrian memanggilku. Neo mengangguk dengan senyuman manis. Cair kite jo!

Aku terus berlalu ke bilik Tuan Adrian.

"Takpe Eiva Jane. You will still be mine one day. "ujar Neo perlahan dengan senyuman senget.

*****

"Yes Tuan Adrian? "tanyaku. Aku masih tercegat di pintu.

"Come in please. Don't be like a flagpole there. "arah Tuan Adrian dengan pandangan menyampah melihat aku. Aku menurut arahannya.

"Like usually, make me a latte full cream. I don't need to tell you very detail. You already knew it. "ujar Tuan Adrian tanpa menoleh kearahku. Tangannya masih sibuk menaip pada papan kekunci.

"Okay. "jawabku sepatah.

Aku berlalu ke kawasan rehat untuk membuat latte seperti yang dipesan Tuan Adrian. Kemudian, aku kembali ke biliknya dan menyerahkan minuman tersebut. Tuan Adrian hanya menangguk mungkin tanya terima kasih?

"Awak ada jumpa Dato Daniel hari ni? "tanya Tuan Adrian. Aku mengerutkan dahi.

"Takde. Kenapa tuan? "soalku kembali.

"Nope. If awak jumpa dia, don't you ever tell him about last night. Understand? That's it. "kata Tuan Adrian dengan nada tegas ,masih tidak menoleh.

"Okay Tuan Adrian. I will not. "jawabku dengan yakin. Dia tak minta pun aku tak akan buka mulut punya. Gila ke apa nak ceritakan hal semalah kepada Dato Daniel.

"One more thing. Please check all this documents. If there's something wrong, correct it,retype it and give it to me today. You may go now."arah Tuan Adrian sambil tangan kirinya *meraup* rambutnya ke belakang. Damn! He's so hot! Eh! Omg! What am I thinking about? Erhh

Btw,biar betul?! Berapa dokumen ni? 1...2...3...4...5...6! Damn! Really? Gila! Apa boleh buat. Huhh. Dia tuan aku, so aku mesti buat.

*****

Kedua-dua tanganku ligat menaip papan kekunci. Baru 2 dokumen yang aku sudah selesaikan dalam masa 1 jam lebih. Masih ada 4 lagi. Fuhh. Penat gila. Lambatlah lagi aku pulang hari ni. Sorry Arianna.

Sesekali aku meregangkan tubuhku dan jari jemariku. Kemudian menyambung semula kerja.

"Hai Eiva. Banyak kerja nampak? "sapa atu suara. Aku dah dapat cam suara siapa itu. Siapa lagi kalau bukan Neo.

"Ya. Memang banyak pun. "jawabku endah tak endah. Dahlah banyak kerja nak kena buat, nak layan dia ni lagi. Pengsan aku lama-lama gini.

"Nak kopi tak? I made this just for you. "perlawanya. Dia menghulurkan secawan kopi pekat. Aku menyambut minuman tersebut dengan hati girang.

"Thanks so much. Saya memang perlukan ini sekarang. "kataku kemudian menghirup sedikit.

"You're welcome. Ok lah. Saya pun nak kena siapkan kerja saya. Bye Eiva. "katanya sambil mengelipkan matanya. Kemudian dia berlalu.

Eish... Dia nak goda aku ke tu? Tergugat iman aku weh. Ehek. Eh.. Dah la.. Buat kerja..

*****

Jari jemariku sudah kebas. Jarum menunjukkan jam 9:50 malam. Fuhh. Penat gila nak taip ni. Takpe. Tinggal sikit je lagi. Jam 10 lebih siaplah ni.

Aku berdiri dan berjalan menuju ke kantin untuk membuat milo panas. Tapi, untuk ke situ, aku mesti melalui satu lorong yang lampunya sedikit malap. Sebelah kiri dan kanan lorong ialah bilik yang gelap. Dahlah aku memang takut gelap. Paksa juga aku lalu situ. Dah takde jalan lain dah.

Aku berjalan laju melalui kawasan itu. Aku rasa lain. Perasaan aku tak sedap. Macam ada yang mengikuti aku dari belakang. Aku tak berani menoleh. Aku mempercepatkan lagi langkahku.

Aku tiba di kawasan yang terang. Baru aku lega sikit.

Perlahan-lahan aku menoleh belakang. Melalui ekor mata, macam ada suatu bayangan yang berdiri tepat di belakangku. Aku tak mampu berfikir panjang. Aku memejam mata lalu menjerit sekuat hati.

Usah PergiWhere stories live. Discover now