Kicauan burung-burung menyedarkan aku daripada tidur. Disebabkan tidur atas sofa, badan aku sakit semua. Aku mengeliat seketika untuk melegakan rasa sakit. Kemudian, aku melihat jam dinding. Membulat mata aku apabila jam sudah menunjukkan pukul 6:40.
Sebelum aku keluar, aku sempat melihat keadaan Nick. Masih tidak ada perubahan. "Takpe. Pulang nanti aku akan singgah. "Kataku dalam hati.
Setelah tiba di luar hospital, aku terus memesan Grab. Pada mulanya, aku nak telefon Arianna tapi aku rasa dia sudah ke butiknya.
Kereta Grab tiba beberapa minit kemudian. Selepas menaiki kereta, ia memecut ke apartmentku dan aku menggunakan kereta yang sama untuk pergi kerja.
*****
Aku terus berjalan menuju ruanganku. Sebelum aku tiba di ruanganku, kedengaran seperti barang-barang terjatuh. Langkah kulajukan.
Sesampainya aku di ruanganku, aku dikejutkan dengan kehadiaran bekas personal assistant Nick Adrian, Sarah, dengan pakaian sendatnya.
Barang-barang di atas meja kerjaku berselerak ke merata-rata tempat. Sebelum aku memulakan percakapan, Sarah sempat melemparkan sebatang pen kearahku.
"Oupsy. I'm sorry. Tak sengaja. I tak nampak perasan ada minah kampung berdiri kat situ."sindir Sarah dengan senyuman yang menyakitkan.
"Kesian, orang buta. "Gumamku perlahan namun jelas bagi Sarah. Melaui wajahnya kelihatan seperti sedang menahan marah namun dibuat-buat tenang.
"Apa hal awak datang sini pastu hamburkan barang-barang saya? Apa salah saya?"Soalku cukup tegas kemudian menghampiri meja.
"Apa salah kau?! Dengar betina! Kau memang ada salah! Kau rampas Nick daripada aku! Aku tau kau terima jawatan jadi PA Nick supaya kau dapat ambil hati dia lepastu kau boleh kaut semua harta dia! "Jawabnya dengan nada tinggi sambil menolak aku dengan kuat sehingga aku tulang belakangku terlanggar pada bucu rak buku.
"Awak salah faham. Saya takde niat pun macamtu. Saya cuma melakukan amanah yang diberikan oleh Dato Daniel. " balasku sambil mengurut tulang belakangku.
"Hah! Ye lah tu! Minah kampung! Kau dengan orang tua nak mampus tu sama je tak guna! Patutnya kau pulang ke kampung kau tak payah terhegeh-hegeh kat Nick! Dahlah low class! "Kutuknya lagi.
"Bukan awak ke yang terhegeh-hegehkan si Nick? Apa yang saya tahu, dia dah tak nak dekat awak. "Balasku dengan berani.
"Apa kau kata? Kau berani dengan aku? Aku cinta pada Nick! Kau tau apa? "Katanya berang sambil melangkah setapak mendekatiku.
Neo memasuki ruanganku mungkin kerana terdengar pertengkaran aku dengan Sarah.
"Ya. Awak memang cinta pada Nick tapi semua itu disebabkan nafsu! Nafsu yang mengawal setiap tindakan korang, bukan cinta."Balasku dengan keras. Sarah kemudiannya menampar aku dengan sedikit kuat.
"Wow girl! Kau jangan berani sentuh Eiva. " ujar Neo tegas selepas berjaya menangkap tangan Sarah yang ingin menampar aku untuk kali kedua.
"Lepaskan aku! Kau tak ada kena mengena dalam hal ni! Go away!"Bentak Sarah sambil memukul tangan Neo yang menggenggam tangannya. Neo terpaksa melepaskan genggamannya kerana pukulan yang menyakitkan daripada Sarah.
"Kau jangan main-main dengan aku! Dengar sini betina! Aku akan rampas balik apa yang sepatutnya milik aku! Kau tak akan bahagia sebab berani melawan aku! Ingat! "Balasnya dengan pandangan yang tajam kemudian meninggalkan aku dan Neo.Aku memegang pipiku yang masih pedih sambil menyusun barang-barang yang berselerak atas meja. Neo juga turut membantu tanpa berkata apa-apa.
Setelah selesai, barulah Neo membuka mulut.
"Masih sakit? "Soalnya.
"Adalah sikit. "Jawabku ringkas.
"Thanks sebab tolong saya. "Kataku lagi memecah kesunyian.
"It's okay. Awak sendiri yang nak kita masih jadi kawan. That's what I do now. "Balasnya dengan senyuman manis, berusaha untuk mematikan kejanggalan akibat kejadian yang terjadi kelmarin.
"Saya sambung kerja dulu. Kalau ada apa-apa panggil je saya. "Ujar Neo sambil dengan perlahan berlalu.
"Thanks. "Kataku perlahan setelah dia hilang daripada pandangan.
Aku menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan.
Kemudian mula mengerjakan dokumen yang sepatutnya dikerjakan oleh Nick. Oleh sebab keadaan Nick sekarang, dokumen-dokumen Nick termasuk klien-klien Nick semuanya aku yang tanggung.
Dalam minggu ni, terlalu banyak kejadian yang aku lalui. Kesannya juga aku yang merasai. Terlalu banyak beban yang aku perlu pikul.
Aku tak tahu sama ada aku dapat melakukan semua ini sendiri. Aku hanya dapat bergantung pada nasib sahaja. Aku bergantung pada sesuatu yang tidak pasti.
Hai readers! Tak tau lah kalau korang dapat menghayati emosi dalam bab ni. Author dah berusaha okay 😥Apabila author nampak peningkatan readers, author senang hati dan bersemangat untuk update! Thanks for all your support! 😭By the way, terus nantikan update daripada author kay? 😉Love y'all 😘
YOU ARE READING
Usah Pergi
RomanceEiva Jane, seorang gadis kampung yang dihimpit oleh keinginan mami dan dadinya untuk mencari cinta. Tanpa diduga, cintanya berakar kepada Tuan Nick Adrian. Namun, persatuan dua insan yang saling mencintai tidak menjamin kebahagiaan malah memarakkan...