"Nick Adrian! Sarah! What both of you are doing?! Please get out Sarah! Go now! " tengking Dato Daniel kepada Sarah, PA Tuan Nick Andrian. Sarah terus berlalu keluar dengan ketakutan. Mata Tuan Nick Adrian tajam melihat Dato Daniel.
"Nick! Apa yang korang buat tadi?! Hah?! " tengking Dato Daniel kepada Tuan Adrian.
Wajahnya menjadi merah akibat terlalu marah."Daddy kan dah nampak sendiri tadi apa yang kami buat. We are just kissing. Tak lebih dari tu. Empat mata pun masih lagi buta. "balas Tuan Adrian dengan sinis sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi.
"Why Adrian? Why? Kamu tahu ke maksiat ialah perbuatan terkutuk? Dosa tau tak? "tegur Dato Daniel dengan tegas. Tuan Adrian hanya menangguk dengan selamba tanpa menoleh ke arah Dato Daniel.
"Kamu ni tak habis-habis nak menconteng arang pada muka daddy! Kamu tau tak mummy dan daddy ambil kamu dengan harapan kamu dapat ubah masa depan kamu supaya tak terus menerus jadi peminta sedekah di tepi jalan? Tau tak?! " tengking Dato Daniel lagi. Nadanya seperti berharap.
"Owh! So you want to bring up the past?! Daddy! You should be grateful I've done what you commanded! Daddy patut bersyukur Ian rela jadi CEO syarikat ni! " herdik Tuan Adrian. Kelihatan urat-urat lehernya tegang.
"Dad, sebelum apa-apa terjadi, baik daddy keluar sekarang. "Tuan Adrian menghalau Dato Daniel dengan tegas. Dato Daniel akur lalu keluar dengan perasaan yang membuak-buak.
*****
Butang interkom ditekan.
"Sarah! Come to my room! And please call Eiva Jane to see me."
"B..Baik Dato. "
"Eiva Jane. Dato Daniel nak jumpa kau kat bilik dia. "kata Sarah dengan kasar lalu meninggalkan aku. Belum sempat aku nak cakap apa-apa dia dah jalan. Takpelah.
Aku mula mencari bilik Dato Daniel.
Jumpa! Kelihatan Sarah sudah berada di dalam. Riak wajah Dato Daniel bengis. Aku memasuki bilik dengan menundukkan muka kerana takut bertentang mata dengan Dato."Dato nak jumpa saya? "tanyaku perlahan.
Sarah menjeling-jeling ke arahku. Dato berdehem."Eiva, you may seat there. I need to talk to Sarah first. "arahnya dengan tegas. Aku terus mengangguk dan segera duduk di atas sofa. Sarah masih menjeling-jeling. Aku membiarkan sahaja.
"Sarah! Did you know why I need to meet you? "soal Dato dengan tegas. Aku hanya memerhati.
"Yes, I knew Dato. "katanya takut-takut tanpa menoleh ke arah Dato Daniel.
"You know what have you done will effect this company! Bukan tu je! Perbuatan tu menconteng arang pada muka saya sebagai pemilik syarikat ni! Kamu faham tak? Bukan sekali je saya nampak kamu dan Adrian buat maksiat! Berkali-kali dah! " marah Dato Daniel. Sarah hanya diam membisu. Aku pun terkejut juga mendengar apa yang dikatakan Dato Daniel. Tak sangka pula dorang berani buat macam tu.
"Dah la. Saya tak nak bebankan fikiran saya tentang hal ni. Banyak perkara lagi yang saya nak urus. Saya dah muak dengan semua ni. Saya dah muak lihat muka kamu. Satu je jalan penyelesaian yang dapat saya buat. Esok awak tak perlu datang ke pejabat dah sebab mulai hari ni awak saya pecat. Faham? " tegas Dato Daniel dengan menekankan perkataan 'pecat'. Tersentap Sarah seketika mendengar perkataan 'pecat'.
Aku lagilah terkejut. Tapi syukur aku ada bos besar macam Dato Daniel sebab beliau memang seorang pemimpin yang baik dan adil. Beliau seorang yang rasional mengenai hukuman yang akan diberikan. Tapi masalahnya sekarang, aku ni? Pasal apa Dato Daniel nak jumpa aku?
Sarah sudah pun menitiskan air mata.
"But Dato, I love Adrian so much! I don't want to leave him! I love him, Dato! Please give me one chance Dato! "rayu Sarah. Riak wajah Dato langsung tidak menunjukkan apa-apa respon.
"No Sarah. There is no more chance for you. So, from this day you are fired. Now get out from my room. "halau Dato Daniel.
"Please Dato. I swear I won't do that same damn thing. "Sarah terus memujuk.
"You may leave now Sarah! "tengking Dato Daniel namun masih dikawal supaya tidak terlalu kuat.
"Fine! But must remember this one damn thing! I will f****** revenge for what you have done to me! "bentak Sarah sambil keluar dengan tertawa yang dibuat-buat. Meremang aku dibuatnya. Dato Daniel pula tenang je. Dato menghela nafas panjang untuk beberapa saat.
"Oh ya Eiva. I have seen your performance from day 1 and I satisfied to your improvement. I really meant it. "puji Dato Daniel kepadaku. Aku tersenyum lega.
"Thank you so much Dato. If it is not from Dato Daniel, I don't think I could done my duty. "kataku dengan rendah diri. Dato tersenyum mendengar kata-kata ikhlas yang aku hadiahkan kepadanya.
"Untuk makluman kamu, setiap pekerja yang menunjukkan prestasi yang memuaskan akan diberikan ganjaran. "jelas Dato sambil matanya masih melekat padaku. Aku mengangguk mengerti.
"So, saya nak bagi kamu kenaikan jawatan. Kamu nak? "ujar Dato lagi. Aku terlopong mendengarnya. Kenaikan jawatan tu! Aku baru beberapa bulan kerja sini dah dapat naik jawatan! Rare ni! Senyuman aku semakin lebar.
"Saya anggap senyuman tu sebagai 'ya'. Jawatan kamu ialah Personal Assistant. "kata Dato. Aku hairan seketika.
"Sorry Dato. Bukan saya nak menolak. Tapi kenapa jadi PA? Tidakkah terlalu mendadak tu Dato? "tanyaku dengan sopan. Takut-takut nanti Dato anggap aku tak nak pula.
"As you saw just now, I fired Adrian's PA. So, ada kekosongan dalam jawatan PA. maksudnya kamu akan saya lantik sebagai personal assistant untuk Adrian. Faham? " jelas Dato Daniel tenang. Terkesima aku mendengarnya. PA Tuan Adrian? Tuan Adrian yang baru je bermaksiat dengan Sarah?
"Eh.. Erm.. W.. Why me Dato? "tanya ku perlahan dengan senyuman tawar. Dato tersenyum melihat aku yang sedang gelisah.
"Sebab saya mempercayai kamu. You know why saya nak lantik kamu jadi PA Adrian? Sebab saya nak dia berubah. Saya percaya kamu dapat mengubah dia. Sebab saya sayang dialah saya buat macam ni. Kamu ok? "tanya Dato Daniel. Semakin gelisah aku dibuatnya. Aku hanya tersenyum tawar. Aku tak rasa ini akan berhasil.
"Don't worry. Saya yakin kamu boleh. Saya dah memerhati kamu. Melalui perbuatan kamu, saya tahu kamu jenis yang macam mana. Melalui semua yang kamu tunjukkan kepada saya, saya yakin kamu ialah orang yang tepat. "kata Dato Daniel meyakinkan aku. Aku masih lagi tawar hati.
"Dato, tanggungjawab ni berat. Saya tak... "
"Eiva.. Eiva.. Takpayah risau. Kamu dalam naungan saya. Jika ada masalah, saya sendiri akan bantu kamu. Saya akan bantu kamu untuk buat apa yang patut. Ok? Tolong saya untuk membetulkan dia? " pinta Dato. Aku tak sampai hati nak menolak. Dengan berat hatinya aku mengangguk sedikit.
"Thanks Eiva. Jika kamu berjaya, saya akan memberikan ganjaran. "kata Dato Daniel dengan hati yang gembira. Aku hanya mampu tersenyum kelat.
Interkom ditekan.
"Please come to my room right now. "
YOU ARE READING
Usah Pergi
RomanceEiva Jane, seorang gadis kampung yang dihimpit oleh keinginan mami dan dadinya untuk mencari cinta. Tanpa diduga, cintanya berakar kepada Tuan Nick Adrian. Namun, persatuan dua insan yang saling mencintai tidak menjamin kebahagiaan malah memarakkan...