EPISOD 33

86 18 0
                                    

Minggu ni ialah minggu ke-3 Nick terlantar di atas katil hospital. Aku sudah puas melihat Nick tidur lena seperti ini. Hampir setiap malam aku merayu kepada Nick supaya dia sedar. Namun tiada perubahan.

Aku tak tahu berapa lama Nick akan terus tidur lena dan aku tak tahu aku dapat menanggung semua ini. Sesungguhnya aku amat merindui Nick.

Aku mengambil keputusan untuk membersihkan badan Nick. Aku segera mencapai tuala kecil dan membasahkannya menggunakan air mineral yang aku beli.

Perlahan-lahan aku menyelak selimut yang menutupi tubuh Nick. Kelihatan balutan besar pada dadanya. Nick seorang Mafia tapi tubuhnya bersih daripada tatu.

Aku memerhati setiap bahagian badannya. Jantungku mula berdetak laju. Terbit niat untuk menyentuh balutan itu.

Niatku terbantut apabila Eric yang bertongkat tiba-tiba memasuki wad. Aku berpura-pura mengelap lengan Nick menggunakan tuala itu.

"What are you doing? "Soal Eric sambil menutup pintu.

"As you can see. "Balasku bersama jelingan.

Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya pada sofa dibelakangku dan hanya memerhati aku yang sedang ligat mengelap badan Nick.

"I think you don't have to do all these things. "Ujar Eric sejurus selepas aku meletakkan tuala itu ke atas meja.

"Maksud awak? "Soalku sambil memandangnya dengan wajah yang berkerut seribu.

"Awak cuma personal assistant Nick dan hanya berkuatkuasa di pejabat. Awak bukan penjaga Nick so awak tak patut buat semua ini. "Jelas Eric tenang.

"So, awak nak kata awak yang nak tanggung untuk membersihkan badan Nick? "Perliku dengan sengihan.

"Not really. "Balasnya sambil menggaru tengkuknya. Aku mengeluh seketika.

"First, saya pun terlibat dalam perkara ini. Saya berkomplot dengan korang pastu jadi macam ni. Second, Dato Daniel telah amanahkan saya untuk menjaga Nick supaya Nick berubah menjadi orang yang sepatutnya. Third, awak beritahu saya tentang perasaan Nick terhadap saya. Adakah salah jika saya ingin belajar untuk membalas perasaan Nick? "Terangku dengan nada serius.

"You're not joking right? Atau saya salah dengar? "Soalnya dengan matanya yang membulat.

"I am joking right now and pendengaran awak memang bermasalah! "Balasku geram.

"Well, I don't expect that. I thought you still waiting  for Andy. "Ujar Eric dengan nada berjenaka.

"Please don't mention that name. "Tegasku sambil menutup telinga seerat-eratnya.

"Okay. I'm sorry. "Balasnya kemudian menutup mulutnya menggunakan kedua-dua telapak tangannya. Kelakuannya itu membuat aku lebih geram.

"Eric, tolong berhenti buat muka macam tu. "Ujarku dengan muka monyok.

"Eh? Kenapa? Kalau saya tak nak? Muka saya pun. "Balasnya juga dengan muka yang monyok.

"Awak kalau buat perangai sebiji macam kanak-kanak riang, tau tak? Comel betul kalau awak buat muka tu. Macam nak cubit-cubit je awak. "Kataku sambil membuat gerakan seperti sedang mencubit.

"Dah saya dilahirkan macam ni. Satu peringatan untuk awak, jangan pernah cubit saya sebab hanya girlfriend saya yang dibenarkan kecuali awak nak jadi girlfriend kedua saya. "Jawabnya dengan senyuman yang meleret.

"Terima kasih je lah. Saya tak berminat. "Balasku sambil menjelingnya. Kedengaran Eric tergelak perlahan.

Kami berdiam pada minit seterusnya. Tanpa melihat ke arahnya,aku tahu Eric sedang sibuk melayan WhatsApp kerana dari tadi hanya kedengaran bunyi kicauan burung yang terhasil daripada telefonnya. Aku pula sibuk merenung jari jemari Nick.

Sedang fikiranku melayang-layang, kelihatan seperti jari jemari Nick bergerak sedikit dan membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku menapis kemungkinan yang Nick akan sedar kerana tidak mahu kecewa jikalau aku tersalah pandang. Aku kembali merenungnya.

Kali ini pasti tak salah lagi kerana jari jemari Nick bergerak sekali lagi. Kelihatan bola matanya juga bergerak. Aku terbangun dari kerusiku.

"Eric! Nick sudah sedar! Panggil doktor! "Jeritku kepada Eric. Eric yang terkejut segera menghampiriku untuk melihat sendiri kemudian dia terus menekan suis doktor.

Sejurus selepas memanggil doktor, kedengaran Nick bernafas berat. Kelihatan juga wap daripada nafasnya mengaburkan alat pernafasan.

Kemudian, tibalah doktor dengan langkahnya yang besar. Aku dan Eric berundur beberapa langkah untuk memberi doktor ruang yang cukup untuk memeriksa Nick.

Beberapa ketika kemudian, kedengaran Nick bercakap dengan perlahan dan kurang jelas. Doktor membuka alat pernafasan Nick. Aku melangkah ke depan untuk mendengar dengan lebih jelas.

"Mom... Mommy... Ei..... Eiva..... Eiva..... "Kata Nick perlahan sambil meramas selimutnya. Dia terus menyebut namaku berkali-kali. Doktor akhirnya menoleh kearahku.

"Boleh saya tanya, adakah awak cik Eiva yang disebut encik ini? "Soal doktor kepadaku.

"Ya, saya Eiva. "Jawabku.

"Dalam situasi sekarang ni, saya perlu serahkan kepada cik Eiva dan encik Eric supaya dapat bantu dia sedar sepenuhnya. "Kata doktor.

"Apa yang perlu kami lakukan doktor? "Tanya Eric.

"Cuba berkomunikasi dengan dia. Harap dia sedar selepas mendengar suara kamu. "Balas doktor kemudian berundur beberapa langkah. Kali ini doktor itu pula yang memberikan kami ruang.

"Nick. Ni aku, Eric. Aku dengan Eiva hari-hari lawat kau. "Ujar Eric memulakan bicara.

"Hai Nick. Saya Eiva. Hari-hari saya datang lawat awak tapi awak tak bangun-bangun. Saya tau awak dapat dengar suara saya. Tolong bangun. Kami perlukan awak. "Kataku kemudian memengang tangannya.
*****

Jauh dihadapanku, kelihatan arwah mommy sedang berdiri tersenyum memandangku. Aku memanggilnya berkali-kali tetapi tiada sahutan.

Secara beransur-ansur, wajah mommy bertukar menjadi wajah Eiva. Kali ini aku memanggil Eiva.

Tiba-tiba semuanya menjadi gelap. Aku seperti sedang bermimpi.

Kedengaran suara beberapa orang sedang bercakap-cakap. Kemudian kedengaran satu suara yang sepertinya aku kenal.

"Nick. Ni aku, Eric. Aku dengan Eiva hari-hari lawat kau. "Kata suara itu. Adakah dia betul-betul Eric? Kenapa aku lihat cuma gelap?

"Hai Nick. Saya Eiva. Hari-hari saya datang lawat awak tapi awak tak bangun-bangun. Saya tau awak dapat dengar suara saya. Tolong bangun. Kami perlukan awak. "Kata satu suara lagi. Kali ini seorang wanita pula memperkenalkan dirinya sebagai Eiva. Tanganku dipegangnya.

Adakah ini benar? Apa maksud dia kata 'tolong bangun'? Kenapa mataku terasa berat sangat untuk dibuka?

Aku berusaha untuk mencelikkan mataku. Perlahan-lahan cahaya menerpa masuk kedalam mataku dan pandanganku yang kabur perlahan-lahan menjadi jelas.

Kelihatan dua orang lelaki dan seorang wanita melihat aku dengan senyuman lebar.

Usah PergiWhere stories live. Discover now