EPISOD 28

72 13 0
                                    

Semasa aku memasuki bangunan syarikat, khabar angin yang mengatakan Tuan Nick cedera parah, sudah tersebar luas bukan sahaja dalam kalangan pekerja malah tukang sapu.

Banyan juga versi yang aku dengar. Ada yang kata Tuan Nick diserang pengganas, dia terlibat dalam pergaduhan dan macam-macam lagi.

Aku tak tau sejauh mana kesahihan berita itu. Aku perlu tunggu kehadiran Tuan Nick dan tanya dia mengenai berita itu.

Aku menunggu Tuan Nick dari jam 7 pagi sehingga sakarang, jam 1 tengah hari. Benarkah khabar angin itu? Kenapa Eric tidak memberitahuku tentang hal ini?

Kelihatan Neo berjalan menghampiri aku. Aku berpura-pura menyibukkan diri kerana malas untuk melayan karenahnya.

"Hey dear. Sibuk nampak? Now is lunch time. Lunch with me? My treat. "Sapa Neo dengan nada ceria.

"Okay. "Jawabku ringkas kemudian fail-fail aku susun ke tengah-tengah meja.

Aku mengikuti langkahnya keluar dari bangunan syarikat dan memasuki sebuah restauran yang berada di seberang jalan.

Neo memilih meja yang berdekatan dengan tingkap.

"How's your boss? "Soal Neo setelah kami membuat pesanan.

"What do you mean? "Soalku keliru.

"Tentang berita tu. Yang tentang bos awak cedera parah sebab bergaduh besar dengan pengganas. Dia okey ke? "Soalnya lagi sedikit risau.

Aku menghela nafas sebelum menjawab pertanyaannya.

"Well, I don't know exactly what has happened. Dia tak mengkhabarkan apa-apa berita. Saya tak dapat kata 'ya' atau 'tidak '."jawabku sambil melihat telefonku tetapi sebenarnya aku tak tau nak buat apa dengan telefonku.

Kemudian, pelayan datang membawa pesanan kami dan kemudian berlalu.

"You need to be careful with him. Dia tu contoh yang tak baik. Maybe he's one of them. Who knows?"ujarnya menabur fitnah mengenai Nick Adrian.

"You can't say like that to him. You didn't know what he has been through. "Balasku sedikit berang sambil mengacau Milo sejukku.

"Huh? What you trying to say is you know him? " tanyanya sinis sambil berbuat yang sama.

"T.. Tak. Bukan itu maksud saya. Maksud saya ialah... Awak tak boleh cakap yang tak baik tentang dia sebab kita tidak tau pasti punca kejadian tu. "Jawabku sedikit gagap kerana takut terlepas cakap bahawa aku tahu hal mengenai Nick seorang ketua mafia. Aku berusaha berkata dengan yakin dan tegas.

"Ya. Fine. "Balasnya sedikit dingin lalu menyantap makanannya.

"By the way, mulai minggu depan saya tak akan ada di sini. "Ujarnya setelah separuh daripada makanan kami telah kami makan.

"Awak pergi mana minggu depan? "Soalku selamba kerana tidak tahu apa nak tanya.

"Saya akan berpindah ke negara lain dan saya tak akan kembali dan kita tak akan berjumpa lagi."balasnya tenang.

"Eh? Kenapa? Something wrong? "Soalku dengan nada prihatin. Mungkin dia berpindah atas alasan tertentu.

"Sebenarnya,saya letih. Saya dah putus asa untuk mengejar hati awak. So, saya nak minta kata putus daripada awak. "Jawabnya dengan menatap mataku. Kelihatan matanya bersinar.

Aku terkedu mendengar penjelasan Neo. Bukan kerana aku cinta padanya. Tapi, aku tak tahu nak kata apa. Kalau aku kata 'putus', aku takut dia akan sakit hati.

"I-I don't know... "

"Sebenarnya,perempuan yang kejar saya tu tak wujud pun. Saya buat semua tu supaya dapat mendekati awak. Eiva. Saya tahu awak terima saya sebab terpaksa. Dalam hati awak tak ada ruang yang boleh saya isi. Saya letih mengejar awak. Saya nak move on. So please, just say yes? "Pintanya. Terpapar kekecewaan pada wajah Neo.

Aku terkesan dengan kata-katanya. Perlahan-lahan air mataku mengalir keluar dari tubir mata. Aku rasa bersalah sangat pada Neo.

Neo seorang pemuda yang baik, berbeza dengan Nick. Tapi aku telah mengecewakan Neo. Aku tak peka terhadap perasaan dia.

"I'm so sorry, Neo. Saya tak sambil berat terhadap hati awak. Maaf sebab saya tak dapat balas cinta awak yang begitu besar. " balasku dengan linangan air mata.

"Don't cry,Eiva. Mungkin kita tidak ditakdirkan bersama. So, can you please say 'yes'? "Katanya sambil menyapu air mataku dengan senyuman hambar.

"Saya tak sanggup. "Jawabku dan air mataku kembali berlinangan.

"Please, Eiva. Kalau tak, saya tak akan tenang. "Pujuk Neo. Aku menghela nafas berat.

"But first, janji dengan saya kita masih kawan. Boleh? "Pintaku sambil mengangkat jari kelingking.

"Anything as you wish."katanya dengan senyuman lega kemudian mengaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingkingku sebagai tanya perjanjian.

"Okay. Kita putus. Awak boleh pergi dengan tenang. Semoga awak dapat cari wanita yang lebih baik daripada saya."ujarku memutuskan perhubungan kami yang tidak didasarkan perasaan cinta.

"Thank you. You too. Saya pergi dulu. "Balasnya meminta diri selepas membayar pesanan. Kelihatan Neo mengesat tubir matanya sebelum kelibatnya hilang disebalik dinding.

Aku kembali memikirkan betapa kecewanya Neo selepas berusaha mengejar hati aku. Selama ini, aku hanya sibuk membuat tugasan yang diberikan oleh Nick.

Bagaimana keadaanya sekarang?

Usah PergiWhere stories live. Discover now