EPISOD 37

80 4 0
                                    

Hari ni aku ke pejabat seperti biasa. Tapi perasaanku tidak biasa. Mungkin kerana statusku bukan lagi single mingle. Janggal pula aku rasa kalau terserempak dengan Nick, calon suami aku dan Dato Daniel, calon bapa mertua aku.

"Oii! Tersengih-sengih di pagi hari. Boleh pula berangan sambil berjalan? Macam mana kalau ada longkang besar kat depan tu hah? " sapa satu suara bersama tepukan pada bahuku. Nasib baik aku jenis tak melatah. Kalau tak keluar semua jurus-jurus taekwondo yang aku belajar masa kecil.

Seorang wanita yang aku kenali sebagai Yaya tersengih melihat aku.

"Eh Yaya. Takde lah. Akak teringat lawak kawan akak tadi pagi. "Bohongku sambil meneruskan langkah ke ruanganku. Yaya menarik lenganku supaya aku berhenti.

"Eleh. Tak payah tipu lah kak. Yaya dah tahu lah. Bukan Yaya je, satu dunia dah tahu kak. "Ujar Yaya sambil tersengih.

"Tahu apa? Apa yang Yaya merepek ni? "soal ku berpura-pura tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Yaya. Yaya membuat muka senyum namun senyumannya seperti ada sesuatu.

"Akak dan bos dah ada official relationship kan? Semua orang dalam office ni pun dah tahu kak. "Bisiknya sambil menunding jari ke arahku.

Aduhsss... Asal hal tu diungkit, seperti ada rama-rama berkumpul di dalam perut ni bak kata pepatah Inggeris 'butterfly in stomach'. Terketar-ketar dah bibir ni nak senyum namun aku tahan selagi mampu.

"Gosip apa pagi-pagi ni? Tak tau lah zaman sekarang ni. Sikit-sikit gosip."kataku menukar topik perbualan sambil membetulkan rambut yang tak serabut.

"Eh akak sorang ni! Takyah nak sorok-sorok pulak yek? Gosip betul lah kan?"soal Yaya masih dengan nada dan senyuman yang sama. Aku mula senyum sendiri.

"Hah! Kan senyum juga! Maksudnya betullah tu kan? Tak sangka betul."katanya sambil membuat aksi malu-malu kambing. Eh, dia pula yang blushing.

"Eh? Macam mana berita ni tersebar? Siapa yang bagitau? "soalku tak puas hati. Sebenarnya, aku tak nak hal ni diheboh-hebohkan tapi susah nak simpan rahsia kalau ada kaitan dengan orang yang berjawatan tinggi ni kan? CEO syarikat pula tu. Bukan apa, tapi malulah dengan pekerja lain.

"Macamlah akak tak tau mulut si Mia tu. Dia kan kaki gosip. Dia dah post dalam insta, wechat, Facebook, Twitter, snapchat, semualah. "jawab Yaya sambil memperlihatkan status-status di dalam media sosial yang dipost oleh Mia, seorang pekerja lama.

"Susah betullah kalau ada teknologi ni kan? Orang nak simpan rahsia pun senang je nak bocor. Okeylah akak nak mula kerja ni. See you later. "Keluhku sambil melambai ke arah Yaya dan kemudian aku melajukan langkahku ke ruanganku.

Hampir tiba ke meja kerja, aku terserempak dengan Neo. Dia hanya memberikan senyuman tawar sambil mengikuti langkahku ke ruanganku. Setelah menduduki kerusi dan Neo juga sudah selesa dengan posisinya iaitu dengan bersandar pada dinding, aku menantinya untuk mengucapkan sepatah dua kata kerana melalui reaksi wajahnya seperti dia ingin mengatakan sesuatu.

"Awak nak cakap sesuatu?"soalku setelah beberapa saat menunggunya untuk membuka mulut.

"Awak dah breakfast? Kalau belum, can I treat you? As a friend?" soalnya lembut.

"Saya dah breakfast tadi. Awak belum breakfast? Jangan skip sarapan ok?" jawabku dengan senyuman lalu mengeluarkan barang-barang yang diperlukan untuk memulakan kerja.

"Err.. Actually, I just want to ask you about the gossip. Is it true? I mean about your relationtship with Nick." soalnya perlahan. Kedengaran lemah suaranya seperti masih mengharapkan sesuatu. Aku pun tak tau nak jawab macam mana supaya tak begitu melukai hati Neo. Neo pun mengangkat kening meminta jawaban yang segera. Aku mengangguk perlahan.

"So it is true. Awak masih ingat saya kata nak pindah ke luar negara? Minggu ni ialah minggu terakhir saya bekerja kat sini. So can I ask one favour?"soalnya. Aku mengangkat kening.

"Can I treat you lunch just once? Anggap sahaja party perpisahan untuk saya. Boleh?"tanyanya penuh harapan. Sebenarnya aku tak tau. Mesti Nick tak bagi kalau aku minta kebenaran dia. Tapi tak salahkan buat party perpisahan yang sederhana untuk kawan sekerja?

"Ok. I can. But be sure you treat my lunch, okay?"jawabku sambil ketawa perlahan. Neo tersenyum lebar setelah mendengar jawapan yang aku berikan.

"Just for princess, I'm willing to treat you everything. See you!"katanya sambil berlalu ke ruangannya. Tanpa berfikir panjang mengenai Neo, aku meneruskan kerjaku.

*****

"Please come to my office." kata suara yang terdengar dari interkom.

Dup dap dup dap dah jantung aku. Kekasih hati dah panggil tu. Cia! Dengan berlengah-lengah aku berdiri dan melangkah kearah ruang pejabat Nick dengan senyuman sampai ke telinga. Eh bukan! Tuan Nick.

"Why are you just standing there? Come closer please so you can't go away from me."katanya sambil tersenyum nakal. Sedar tak sedar dia sedang berpick up line ye. Malu-malu aku mendekatinya. Nick pula hanya memerhati dengan senyuman nipis.

"Please don't smile like that."kataku sambil menarik mucung. Terus berubah riak wajahnya.

"Why? What's the problem?"tanyanya dengan nada tinggi.

"Because you don't look handsome that way. You're looking cute."jawabku sambil menekup mulut. Dah berani dah mulut ni. Mentang-mentang dah dalam relationship, berani dah balas pick up line dengan bos. Nak cari nahas ke?

"What the heck? I don't want to look cute! I won't ever smile again."balasnya dengan wajah yang dibuat-buat serius.

"I'm just kidding."balasku dengan senyuman. Nick tersenyum.

"Awak datang kerja hari ni dah sembuh? Kalau belum sembuh sepenuhnya, rehatlah kat rumah. Saya boleh handle semua kerja ni."kataku dengan penuh keyakinan dan dengan semangat yang membara. Nick memalingkan wajahnya ke arahku dengan reaksi wajah annoying. Dah dalam relationship pun masih nak tunjuk perangai dia? Ish.

"Awak nampak saya ni still sakit ke? Dah dapat jalan pun. Lagipun saya taknak suruh awak handle sepenuhnya kerja-kerja saya. Entah apa-apa awak buat nanti."balas Nick dengan jelingan mautnya. Seriusnya cik abang.

"Ye lah. So, kenapa awak panggil saya?"tanyaku sedari tadi hanya bergurau. 

"Oh ya. Dokumen yang berkaitan dengan klien baru-baru ni awak simpan kat mana? Tu memang dah siap kan?"soal Nick sambil matanya tertumpu pada fail-fail di dalam komputernya.

"Itu dah siap dan saya rasa saya simpan di dalam pendrive yang lain. Kalau tak salah pendrive label c-26-19. Saya simpan di laci meja saya."balasku sambil mengingat kembali tempat aku simpan pendrive yang dikatakan. Kelihatan Nick mengangguk perlahan sambil berpeluk tubuh.

"I need to make some update in one of the file."katanya tanpa menoleh. 

Nick ni jenis orang yang profesional bagi aku kerana walaupun aku dah jadi teman wanitanya, dalam pejabat pun masih mengekalkan cara kerja yang profesional sampai tengok muka aku yang suci murni ni pun jarang macam dulu. 

"Okey."balasku ringkas kemudian berlalu ke meja kerjaku.

Sedang aku mencari pendrive yang Nick perlukan, kedengaran tapak kaki daripada heel sedang berjalan mendekat. Aku tak hiraukan sangat. Aku pasti itu ialah seorang pekerja perempuan daripada bahagian bawahan. Beberapa saat kemudian aku telah menemui barang yang aku cari. Lega sikit hati sebab aku ingat dah hilang. Tak sia-sia aku kena tengking bos.

Aku kembali ke ruangan Nick dengan pendrive di dalam genggamanku. Kedengaran seperti berlaku perbalahan di dalam ruangan Nick. Ku lajukan langkah dan kemudian terus menarik daun pintu. 

Betapa terkejut aku melihat kejadian yang tak pernah aku fikirkan dan sedang berlaku di depan mataku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Usah PergiWhere stories live. Discover now