EPISOD 16

99 15 0
                                    

Tok! Tok! Tok!

Siapa pula tu? Nick ke?

Daun pintu aku buka. Kelihatan Eric sedang merangkul pinggang Nick. Lengan Nick pula berada atas bahu Eric. Aku mula panik. Aku nampak Nick macam nak pengsan je. Kenapa dia?

"Err.. Nick kenapa?"tanyaku kepada Eric sambil menggoyang-goyangkan lengan Nick.

"He's a bit tipsy. Dia minum beer tadi kat bawah."jawab Eric sambil berjalan ke dalam bilik lalu membaringkan Nick.

"So,what should I do?"tanyaku. Otak aku tak dapat berfikir. Eric memandang aku dengan senyuman senget.

"No need to do anything. He will wake up soon. For now,let him rest. Are you worried?"soal Eric. Aku melihat dia dengan sedikit curiga.

"Yes. Of course I do because he is my boss." jawabku dengan nada sedikit tegas. Eric hanya mungangguk.

"Okaylah. I need to go now. Good night." kata Eric bersedia untuk angkat kaki.

"Okay. Thanks for bringing Nick."jawabku. Aku memerhatinya sehingga kelibatnya dihilang di sebalik pintu.

Fikiran ku kini bertumpu pada Nick yang terlantar. Apa yang aku patut buat sekarang?

Dahinya dan bahagian lehernya berpeluh mungkin kesan daripada pengambilan alkohol. Kalau aku biarkan,nanti dia ada panau dan baju tu ada bintik-bintik hitam.

Aku mencari tuala kecil lalu aku celupkan dalam air suam. Kamudian aku mengesat peluh pada dahi dan lehernya perlahan. Nick bergerak sedikit.

Baju dia sedikit lembap akibat peluh. Aku perlahan-lahan menanggalkan butang-butang bajunya dengan tangan yang menggigil.

Aku mula gemuruh. Aku berhenti apabila terfikir perlukah aku buat semua ni? Tapi aku kesian. Huhh.. Aku kembali menanggalkan butang bajunya. Nasib baik dia pakai baju dalam. Tak juga terlalu ghairah aku tengok. Hehe

Aku mengelap tubuhnya dari wajahnya hingga ke bahagian perutnya. Baru aku sedar dia ni hot juga eh..  Aku menyelimutkan dia dan membiarkan bajunya terbuka.

Setelah berkemas, aku membaringkan tubuhku di sebelah Nick menghadap dia seperti yang dia telah perintahkan. Asalkan dia tak apa-apakan aku, aku okey.

Hatiku terasa tenang apabila menatap wajah Nick yang sedang tidur nyenyak. Aku suka perasaan ini.

Perasaan tenang seperti sedang jatuh cinta. Perasaan tenang semasa seseorang yang dicintai berada di sampingku dan tidak akan meninggalkanku.

Tapi, takkan aku jatuh cinta pada Nick annoying ni? Takkanlah?.......

*****

Bunyi rintikan hujan mengganggu tidurku. Aku segera membuka mata. Aku melihat jam, 5 pagi. Baru aku teringat, aku sekarang ada di bahagian barat bumi yang mendapat sinaran matahari lebih awal dari Malaysia.

Aku melihat Nick bagi memastikan dia sudah bangun atau belum. Dia masih lagi diulit mimpi. Tapi tak ada seurat benang pun pada tubuhnya. Bukankah semalam aku membiarkan dia dengan bajunya? Aku tak tanggalkan baju tu. Aku mulai gemuruh.

Aku bingkas bangun lalu melihat tubuhku pada cermin. Aku dapat merasakan zip belakang baju tidurku terbuka luas. Kemudian, aku mengecam sesuatu pada leherku yang kelihatan merah kahitaman. What tha?! Dia buat apa pada aku?

"Nick?! Bangun! Sekarang! You got to get up now! " gertakku kepada Nick yang masih nyenyak sambil menggoyang-goyangkan tangannya.

"What the heck you're doing? What do you want? " marah Nick sambil menepis kasar tanganku.

"What have you done to me?! " tanyaku dengan suara terketar-ketar.

"What are you talking about? " soalnya masih dalam keadaan mamai.

"I'm talking about this!"jawabku sambil memperlihatkan kesan yang ada pada leherku.

"Owh about that. Don't you remember last night? We were cuddling heart to heart. It was a great night. " jawab Nick dengan nada menyindir kemudian dia ketawa perlahan. Ketawa yang dibuat-buat.

Tak sangka dia buat aku macamni. Aku kecewa pada Nick. Aku kecewa pada diri sendiri kerana mudah mempercayai seorang lelaki asing yang aku anggap sebagai bos. Aku tak dapat terima semua ni!

"How dare you Nick?! " bentakku. Tangisanku tak dapat ku bendung lagi. Aku berlari keluar dari bilik berkaki ayam. Aku tak sempat memakai selipar. Aku dapat dengar Nick memanggil aku dari belakang. Aku tau dia sedang mengejar aku. Tapi aku tak hiraukan sebab hati aku panas sangat.

Aku terus keluar dari hotel walaupun hujan. Aku tak tahu nak ke mana. Aku sekarang buntu nak ke mana. Aku tak bawa phone. Aku tak bawa dompet. Huh. Takpelah. Asalkan aku dapat larikan diri dari Nick untuk seketika. Bila hati aku dah sejuk sikit, aku akan pulang.

Aku melangkah perlahan-lahan meninggalkan kawasan hotel dengan hati yang luka. Hujan membasahi tubuhku.

Aku berada dalam keadaan basah sejak lebih kurang satu jam. Aku dapat merasakan kepala aku semakin sejuk. Migran aku pun menjadi-jadi.

Aku mula rasa pitam dan penglihatanku perlahan-lahan menjadi kabur. Tubuhku rebah bertemu bumi bersama-sama hujan.

*****

"Mana dia ni? Cepat sangat dia hilang. Mati aku kalau tak jumpa dia."bebel Nick yang dibelenggu rasa bersalah kerana mempermainkan Eiva.

"Morning Nick. Wanna breakfast with me? My treat."sapa Eric yang tiba-tiba muncul dari sebalik dinding.

"I can't. I need to find Eiva. She ran out and I don't know where she is right now."jawab Nick dengan fikiran yang bercelaru. Raut wajah Eric terus berubah menjadi cemas.

"What the heck? Why? What happened?" soalnya bertubi-tubi.

"I will tell you everything later after I found her. I'm worried."balas Nick dengan wajah yang tegang.

"Dah try call dia?" cadang Eric. Nick menggeleng kepala sambil bercekak pinggang. 

"Dia tak bawa phone. Wallet dia pun tak bawa. Hish!" marah Nick berbaur bimbang.

"Okay. I will help you. I think she is not far from here. Apa kata kita berpecah? "ujar Eric tenang. Nick sedang memicit-micit kepalanya sambil menagguk tanda setuju dengan cadangan Eric.

Nick dan Eric berpecah. Nick ke arah barat manakala Eric sebelah timur.

Tidak lama kemudian,IPhone Nick berdering.

"I've found her. Quick! " kata Eric dengan nada cemas. Nick pun berlari ke tempat Eric.

Usah PergiWhere stories live. Discover now