Semasa lisa keluar dari pintu rumahnya, dia berselisih pandang dengan seorang lelaki yang baru sahaja ingin memasuki rumahnya. Pandangan mereka bertaut dan membuatkan langkah mereka terhenti.lisa memandang lelaki tersebut seketika sebelum menghadiahkan senyuman dan beredar dari situ.lelaki tadi dibiarkan terpinga pinga
Dia menekan butang unlocked kereta BMW ZR4 nya dan terus masuk ke dalam perut keretanya.
Selepas menghidupkan enjin, dia terus memecutkan keretanya menuju ke hospital tempatnya bekerja.
Selepas beberapa minit, dia sampai ke hospital tersebut.
Selepas mematikan enjin, lisa mencapai telefon iphone 7 nya dan diletakkan ke dalam beg tangan yang diletakkan di sisinya itu.
"Siapa mamat tadi eh? Muka dia seems familiar and macam aku pernah jumpa tapi aku tak sure pulak kat mana. Ah biarlah nantilah aku fikir"
Lisa terus keluar dari keretanya dan selepas menekan butang lock kereta dia terus menuju masuk ke dalam bangunan hospital itu. Belum sempat dia hendak meletakkan barang nya, satu ambulans hospital tersebut masuk ke parking utama hospital.
Izani yang juga doktor di hospital itu dan merupakan kawan baik juga kepada lisa menegurnya.
"Doktor lisa kita kena bergegas ke tempat kejadian. Terlalu ramai mangsa dan ambulans hospital tak mencukupi, so kita kena pergi ke tempat kejadian untuk selamatkan mangsa"jelas rakannya itu
"Oh okay, tapi siapa lagi yang pergi? " tanya lisa
"Another 2 orang doktor lelaki dan 3 orang jururawat lelaki" terang izani dengan tergesa gesa
"Okay lah kalau macam tu ,jom cepat"
Mereka berdua terus meluru ke dalam ambulans dan dalam beberapa minit ambulans tersebut hilang dari pandangan.Selepas beberapa minit mereka sampai ke tempat kejadian.
Dari jauh lisa dapat melihat bas 2 tingkat yang terjunam ke dalam gaung yang agak dalam itu.
Selepas kedatangan mereka, pegawai polis yang berada di situ terus memanggil pihak perubatan untuk diberikan fast briefing tentang kejadian dan perkara yang perlu dilakukan.
Mereka ditempatkan di bawah kanopi putih di tempat kejadian. Lisa juga dpat melihat pihak bomba yang terlibat sama untuk membantu menyelamatkan mangsa.
Lamunan lisa terhenti apabila, seorang pegawai polis yang seperti dikenalinya itu memberikan salam kepada anggotanya dan unit perubatan. Pegawai tersebut yang memberikan taklimat ringkas kepada kami dan prosedur-prosedur untuk memasuki hutan itu.
Pasukan perubatan perlu memasuki hutan kerana faktor mangsa yang terlalu ramai dan keadaan sempit untuk mengeluarkan mangsa dan menaikkan mangsa ke atas .
Jadi unit perubatan perlu memberikan bantuan perubatan secara terus dengan memasuki hutan tersebut.
"Saya rasa unit perubatan sudah dimaklumkan untuk memasuki hutan ni jadi saya harap kamu semua dapat bekerjasama dengan pasukan kami. Jadi pasukan kami akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan kalian semasa di dalam hutan nanti.setiap seorang pasukan kami akan mengiringi setiap seorang dari unit perubatan jadi setiap orang akan ada pair, faham semua?" Tanya pegawai itu tegas.
Hampir semua menjawab 'faham' termasuk lisa.
Setelah semua orang dari unit perubatan telah mendapat pasangan kecuali lisa. Tiba tiba satu suara berbunyi
"Doktor lisa awak akan berkerjasama dengan saya".arah pegawai polis itu.
Lisa hanya menganggukkan kepalanya.
"Good. Saya rasa semua dah ready, so jom kita mulakan perjalanan kita. "
Jelas pegawai itu lagi.
Mereka meneruskan perjalanan untuk memasuki hutan tersebut dengan berhati hati. Segala kelengkapan perubatan sudah lama disediakan oleh lisa selaku ketua operasi bagi unit perbuatan pada masa itu.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...