Malam itu seperti biasa lisa akan menunaikan solatnya dan menyiapkan tugasannya. Hari hari sebelumnya membuatkan dia tidak sempat untuk menyiapkan laporannya dan agak keletihan. Dicampur pula dengan sikap kakaknya yang menyakitkan hati sahaja. Dia teringat macam mana kakaknya memburuk burukkan nya di didepan mama dan papanya.
"Alah adik tu ma, kakak tengok bukan buat sangat pon kerja tapi keluar dengan rayyan je dia tahu. Bukan reti nak stay kat rumah pon tolong masak ke apa ke. Balik rumah berkurung tu je".lisa sangat tertekan dengan sikap kakaknya yang suka menfitnah dirinya itu. Ada sahaja yang tak kena dia mata kakaknya tentang lisa. Mama nya juga boleh tahan menyakitkan hati juga apabila dia hanya mengiakan kata anak kesayangannya itu. Nasib baik lah ayah ny sentiasa ada untuk membantunya.Dia mencapai laptop apple nya lalu terus menekan butang on. Menitik juga air matanya mengenangkan kejadian petang tadi.
Sedang asyik dia menekan papan kekunci laptonya, telefon bimbitnya berdering. Terpapar nama rayyan di skrin telefonnya .
Rayyan juga kerap kali menelefon nya selepas kejadian sebelum ini dan membuatkan lisa sedikit serabut dengan sikap rayyan. Walaupun sebenarnya rayyan itu baik sahaja namun layannanya kadang kadang tidak selesa di mata lisa.
Lalu lisa menekan butang merah, tanda dia malas melayan karenah rayyan yang kerap menelefonnya itu.Tiba tiba telefonnya berdering lagi tanpa henti. Dengan malas lisa menjawab
"Assalamualaikum.. Ye rayyan awak nak apa? "Kata lisa
"Saya nak awak."jawab rayyan. Lisa juga sedikit terkedu dan namun tidak teruja untuk menjawab apa apa. Mendengar lisa hanya berdiam, rayyan terus menyambung bicara.
"Saya gurau je lah.. Saya call ni saja just nak tanya khabar.awak sihat? Lagipun kita dah lama tak jumpa".
Tanpa sedar, kata kata rayyan mengundang kemarahan kepada lisa.
"Awak just call saya sebab nak cakap tu je ke.. Awak tahu tak saya busy sekarang ni.. And please lah jangan kacau saya cuti ni. Saya nak restlah. Dah la cuti saya yang sepatutnya seminggu tinggal berapa hari je sampai saya takda masa untuk diri saya sendiri pleaselah. " terang lisa dengan marah terkawal.
Terkedu rayyan dibuatnya. Dia tidak menyangka lisa boleh melenting secara tiba tiba namun dia tetap tenang."Lisa.. Are you okay? You sound weird. Is there anything yang awak nak share?"soal rayyan.
"Takde apa yang weird pon sekarang ni .awak just jangan kacau saya boleh tak? "Jelas lisa dengan sebaknya yang ditahan tahan.
Rayyan yang hairan dari tadi tiba tiba berasa bimbang. Namun belum sempat rayyan berkata apa apa talian terus dimatikan oleh lisa.Lisa yang menahan sebaknya dari tadi terus nenyembamkan mukanya ke bantal di atas katil lalu menangis semahu mahunya. Terngiang lagi perkataan yang keluar dari mulut kakaknya petang itu.
"Entah apa lah yang dia buat kat luar tu pon kita tak tahu kan ma?" Tuduh kakaknya. Mamanya pula yang menambah rencah juga telah menambah luka dalam hati lisa
Tekanan kerjanya ditambah pula dengan tekanan di rumah cukup untuk membuatkan lisa menangis sendirian .Dia terus mengambil kunci keretanya dan handbag lalu meluru keluar dari rumahnya. Belum sempat dia melangkah. Papanya menghalang.
"Lisa nak pergi mana ni? "
"Oh.. Pa lisa nak keluar sekejap ambik angin, boleh? Panas la kat rumah ni pa, eh ,lisa janji lisa balik awal eh." jawab lisa selamba.
Nasib baiklah dia sempat mencuci mukanya sebelum keluar ,jadi tangisannya tidak kelihatan sangat.
"Okay lah kalau macam tu hati hati drive tau".kata papanya. Sebenarnya dia tahu yang anaknya tertekan akibay insiden petang tadi jadi dia hanya mebenarkan sahaja anaknya untuk menenangkan fikiran. Walaupun tiada kesan tangisannya tapi papanya dapat membaca air muka anaknya itu. Lagi pula dah sah sah ada penghawa dingin di dalam bilik anaknya itu, mustahil panas.Kereta lisa meluncur laju sehingga hilang dari pandangan. Telefon bimbitnya tidak henti henti berdering. Sudah tentunya panggilan dari rayyan namun dibiarkannya. Nak silent phone nya risau kalau ada panggilan kecemasan jadi dia biarkan sahaja.
Selepas memberhentikan keretanya di destinasi yang ingin dituju, tangisnya terus pecah. Selalunya losa bukan seorang yang manja tapi kejadian ini sering berlaku dan dia sudah tidak tahan lagi dengan karenah kakaknya itu. Kepalanya disembamkan di stereng keretanya.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi dan kali ini dia benar benar serabut dan marah."Assalamualaikum.. Ye, awak nak apa bende lagi.. Faham tak saya cakap jangan kacau saya,saya penat la macam ni ".jawab lisa dengan suara yang serak akibat menangis tanpa henti tadi. Talian terus dimatikan.
Namun tidak sampai seminit telefonnya berbunyi lagi. Dengan marah lisa menekan butang hijau namun tidak sempat dia berkata apa apa, rayyan terus berkata
"Saya tahu kat mana awak sekarang.. Tunggu situ saya datang. "
Talian terus dimatikan .lisa terkedu namun dia tidak tertarik untuk berfikir pada masa itu dan selepas meletakkan telefon bimbitnya ke tepi dia terus menyembamkan mukanya kembali ke stereng keretanya.Tidak lama kemudian, terjaga dari tidurnya. Lisa sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia tertidur di dalam keretanya itu. Dia mengerling ke arah jam dan dapat melihat jam menunjukkan jam 11.37 malam .lisa sedar yang agak lama dia berada di situ kerana dia sampai di situ lebih kurang jam 9.40 tadi.tapi, tiba tiba Terkejut juga lisa dibuatnya apabila dia melihat ada satu lembaga bersandar di hadapan keretanya
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...