redha

285 9 0
                                    

Pagi pagi lagi lisa sudah bergegas ke bahagian keputusan diagnosis selepas mendapat call daripada pihak sana
"Minta maaf doktor terpaksa tunggu lama untuk result ni. Maafkan pihak kami atas kesulitan yang berlaku. " kata pihak tersebut lalu menyerahkan sampul putih kepada lisa.
"Its okay.. Thanks" kata lisa.
Sambil berjalan ke biliknya semula, dia membuka sampul itu. Langkahnya terhenti apabila surat tersebut sudah selamat dibaca. Terduduk lisa selepas membaca surat tersebut. Nasib baik ada bangku di situ. Air matanya tanpa diminta keluar mencurah curah. Tiba tiba naufal muncul. Sebenarnya lisa telah menghubunginya selepas. Mendapat call daripada pihak diagnosis.
Naufal yang melihat lisa hanya menangis itu mengambil surat yang ada di tangan lisa. Dia juga terkilan. Sesungguhnya nenek lisa menghidapi kanser hati tahap 3.
"Doktor lisa.. Banyak kan berdoa. Saya tahu awak kuat. Kita akan bantu nenek awak sedaya upaya okay. Jangan putus harapan lagi. Kita masih ada harapan. Sabar ye" pujuk naufal.
"Stage 3 naufal, stage 3. Awak tahu kanser hati masih tiada rawatan efektif lagi kan. Apa yang saya nak buat naufal. " kata lisa sambil menangis
"Kita usaha lisa. Jangan give up lagi. Insyaallah sempat. Saya tahu tak ada ubat yang efektif lagi tapi kita kena mencuba kan. Saya tahu awak kuat" kata rayyan. Dengan semangat yang ada lisa mengangguk dan mengelap air matanya. Dia tahu yang keluarganya sedang menunggu keputusan. Lalu dia gagahkan dirinya berjalan le wad neneknya.
Sampai sahaja di luar wad keluarga sudah pun berkunjung untuk melawat neneknya.

"Pa, ma.. Semua., lisa harap semua sabar and tabah dengar berita yang lisa nak sampaikan ni. Nenek menghidapi penyakit kanser hati. " kata lisa suram.
Semua sudah mengucap panjang mendengar berita yang disampaikan oleh lisa. Ada yang sudah menangis teresak esak.
"Lisa minta sangat semua yang melawat nenek jangan tunjukkan muka sedih ye. Jangan bagi nenek sedih. Lisa. Minta tolong sangat. Lisa dengan naufal akan sedaya upaya rawat nenek." kata lisa. Naufal yang berada di belakang cuma diam. Dia juga merasakan kesedihan tu.

🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒

Nenek sudah dibenarkan pulang ke rumah. Walaupun penyakitnya masih ada namun tubuh badannya menunjukkan kesan yang positif terhadap ubat yang diberikan. Jadi lisa dan naufal bersependapat bagi mengizinkan neneknya pulang ke rumah.
Hubungan rayyan dan lisa masih sama. Masih sama bermaksud mereka tidak bertegur sapa sesama sendiri. Kekangan kerja juga menjadi faktor mereka jarang bertemu namun rayyan selalu datang melawat nenek di rumah.

Esok merupakan hari jadi nenek. Jadi malam itu, mereka membuat persiapan bagi menyambut hari jadi neneknya itu. Rayyan juga datang bagi membantu persiapan mereka. Siapa lagi yang mengajak kalau bukan  papa lisa tu. Tak habis habis suruh mereka berbaik. Namun lisa dan rayyan tiada masa yg sesuai lagi untuk berbincang.

Ketika di dapur, lisa bercadang untuk membuat kek kegemaran neneknya iaitu kek tiramisu. Petang tadi dia dan kakaknya sudah membeli barang untuk membuat kek.
"Kakak mana barang kek? " tanya lisa.
"Lah dekat dalam kereta lagilah. Kakak lupa nak buat keluar tadi. Lisa tolong keluarkan lah" kata kakak lisa selamba. Kakaknya sibuk menyiapkan hiasan di depan.
Dengan malas lisa mengambil kunci kereta dan berjalan keluar. Dia dapat melihat rayyan sedang berbual dengan ayahnya di ruang tamu.
'Haih terpaksa lah kena lalu depan mamat tu.. Malasnya!! ' lisa mendengus geram.

Sedang dia berjalan, dia dapat melihat banyak barang hiasan yang berselerakan. 'Haih nak hias pon bersepah macam ni sekali ke? ' gerutu hati lisa. Sedang dia enak mengatur langkah tiba tiba dia tersepak satu bende yang keras.
"Auch.!!" Kejut lisa. Dia sudah terduduk sambil memegang kakinya.
"Lisa kenapa? Okay tak ni. " sejak bila pula rayyan ada sebelah dia pun tidak pasti. Laju sahaja dia berada di sebelah lisa.
"Mmm.. Saya okay" kata lisa acuh tak acuh sambil cuba bangun semula. Terhincut hincut jugalah dia berjalan. Mula mula bangun tu nasib rayyan ada dekat tepi tolong papah lengannya bila dia hendak tersadung semula. Tahu pula dia mencapai tangan rayyan bila nak jatuh tu. Lisa, lisa punyalah ego tu. 😒😅

Bila sudah stabil sedikit laju saja dia melepaskan pegangan tangan rayyan. Dia menuju ke kereta miliknya untuk mengambil barang baru sahaja mahu mengangkat barang tersebut, ada suara yang mengejutkannya.
"Boleh saya tolong? " tanya rayyan
" oh mak!... Haish buat terkejut je" kata lisa. Rayyan hanya senyum
'Haih rayyan ,lama tak nampak senyum tu' desis hati lisa.
Belum sempat lisa berkata apa apa rayyan terlebih dahulu mengangkat barangan tersebut.

Sampai sahaja di dalam rumah, rayyan sudah meletakkan barangan itu di atas meja di dapur
"Terima kasih" kata lisa
"Hmm" kata rayyan sepatah lalu pergi dari situ tanpa melihat wajah lisa.
'Marah sangat ke dia dekat aku. ' desis hati lisa.

Rayyan berjalan menuju ke ruang tamu semula dan duduk di kerusi di sebelah papa lisa.
"Dah tolong lisa? " tanya papa lisa.
"Hmm dah" kata rayyan tersenyum tawar. Sebenarnya lisa mendengar semua percakapan rayyan dan papanya.
'Rupa rupanya dia tolong aku sebab papa yang suruh bukan dia yang nak tolong. Habistu yang dia tolong angkat aku tadi pon sebab papa suruh' desis hati lisa. Dia terasa hati dengan rayyan.

Rayyan pov

Aku nampak lisa berjalan ke ruang tamu rumah itu. Dari tadi aku perhati dia di dapur. Bila dia berjalan aku pandang sahaja dia. Harap harap papa tak perasan aku asyik pandanv anak dia je. Rindu nak bercakap dengan dia. Rindu nak tengok dia senyum. Jantung ni tak habis berdebar bila tengok lisa.

Bila dia berjalan ke ruang tamu lagilah laju degupan jantung ni. Aku bukannya marah kepada lisa namun aku cuma terasa hati bila dia tak menghargai sedikit pun kehadiran aku dalam hidup dia. Tapi mungkin ada benda yang lisa sembunyikan macam yang nenek kata.
Tiba tiba dia jatuh masa nak berjalan keluar dari rumah. Aku ni tak payah cakap la terus berlari pergi dekat dia. Ada lah jugak perasaan malu dengan papa kerana papa tahu yang kami bergaduh tapi tanpa dia suruh aku yang laju berlari ke arah lisa. Risau juga aku kalau dia tolak pertolongan aku. Terhincut hincut dia berjalan. Lepas aku tengok dia dah boleh berjalan dia lepaskan tangan aku yang dia paut tadi.
Bila duduk semula dekat sofa dengan papa lisa, aku jadi tidak senang duduk. Teringat dekat lisa yang ada dekat luar tu. Kalau terjatuh masa angkat barang ke apa.
"Pergilah tengokkan lisa kat luar tu rayyan. Papa tengok rayyan ni dah tak senang duduk tu ha" kata papa lisa seraya ketawa.
Terasa lega hati aku. Aku terus bergegas ke luar rumah untuk membantu lisa. Kalau papa tidak suruh membantu pun aku akan minta izin dia untuk keluar tolong lisa. Risau juga aku tengok dia terhincut hincut macam tu.

In The Name Of Love💜Where stories live. Discover now