Perjalanan mereka memasuki hutan agak rumit kerana jalan nya yang sempit licin dan agak curam menyusahkan lagi operasi menyelamat.
Selepas beberapa minit, mereka tiba di satu jalan yang agak kecil dan tinggi kedudukannya. Seperti izani sedia maklum lisa seorang yang gayat, jadi dia tidak berapa yakin untuk lisa menyeberangi laluan itu. Namun dia hanya mendiamkan diri sahaja walaupun sebenarnya dia agak risau.Langkah lisa terhenti membuatkan kesemua unit perubatan Dan penyelamat yang meyertai operasi tersebut berhenti melangkah. Hal ini kerana kedua dua ketua operasi perlu mengetuai perjalanan jadi pegawai dan lisa harus berada di hadapan. Riak muka lisa berubah pucat melihat ketinggian jalan itu.
Pegawai itu dengan pantas dapat membaca air muka lisa dan mara ke tepi untuk memberikan laluan kepada pasukannya yang lain untuk menyeberangi laluan itu terlebih dahulu.
Seperti yang diarahkan mereka dengan pantas meniti laluan itu berhati hati.sementara itu lisa dan pegawai itu masih lagi berada di permulaan laluan tanpa menyeberanginya lagi.
Lisa ditarik oleh pegawai tersebut ke tepi.
Walaupun lisa berasa tidak selesa dengan lelaki bukan mahramnya itu tetapi dia biarkan saja.perasaan takutnya itu membuatkan dia kaku sehingga tidak tahu apa yang harus dilakukan.Dia tahu mangsa mangsa tersebut memerlukannya.tapi dari dulu lagi dia memang takut ketinggian.Lamunan nya terhenti apabila pegawai polis itu tadi menegurnya.
"Doktor, are you okay? "
"Ah.. Sa.. Saya... Okay"jelas lisa sedikit terketar-ketar
"Kenapa doktor tiba tiba stop dari berjalan?doktor gayat ke?" tanya pegawai itu dengan nada yang agak risau.
'Kenapa pulak mamat ni caring sangat, adoii aku dahla tengah debar lagi ni' desis hati lisa
Dia sebenarnya sedikit lega pegawai itu berada bersama nya ketika itu walaupun naik merah juga mukanya menahan malu.mana kan tidak seorang doktor pakar bedah yang gayat.Bedah manusia boleh tapi takut tinggi. Memalukan betul lah lisa ni."Doktor?"tegur pegawai polis itu tadi
"Eh, ye saya tak berapa nak boleh sikit tempat tempat tinggi ni, gayat"jelas lisa walaupun tidak berapa selesa berduaan begitu. Namun dikawal riak wajahnya.
"Sorry saya menyusahkan encik, je"
"Tak mengapa keselamatan doktor tanggungjawab saya sekarang ni".
Selepas memberanikan diri lisa yang sebentar tadi duduk kini berdiri."Saya rasa saya akan cuba seberang jalan ni" kata lisa
"Doktor? Are you sure? "
"Insyaallah ,saya akan cuba, saya tahu mangsa mangsa tu lagi memerlukan saya and especially unit encik perlukan encik untuk operasi ni"
Pegawai itu hanya tersenyum dan mengangguk."Baiklah kalau macam tu"kata pegawai itu.
Lisa terus melangkah mendahului pegawai tersebut. Mereka berjalan bersebelahan di atas permintaan pegawai tersebut kerana risau akan lisa. Jadi lisa terpaksa akur. 'Kenal pon tak, nama pon tak tahu tiba tiba caring semacam je mamat ni, siap kena dengar cakap dia pulak tu.'Nasib lah ada rescue mission kalau tak aku tinggal je mamat ni haih'Sedang dia mengelamun, tiba tiba kakinya tergelecoh dan hampir terjatuh ke dalam gaung.tiba tiba dia merasa pinggangnya dirangkul dan tangannya dipegang dengan erat. Apabila dia membuka matanya, dia dapat melihat tubuhnya yang kecil dirangkul oleh pegawai polis itu tadi. Tangannya juga sama memegang erat tangan pegawai polis tersebut.tidak lama posisi mereka begitu, lantas tubuh lisa ditarik ke atas semula. Tanpa sedar lisa memeluk erat badan
Pegawai polis tersebut.Tiada apa yang boleh dituturkan oleh lisa dan tubuhnya semua menggeletar sehingga dapat dirasa oleh si pegawai itu tadi. Dia membiarkan sahaja badannya dipeluk oleh doktor tersebut walaupun dia tahu itu salah.
'Darurat rayyan,insyaallah allah faham'desis hati pegawai polis itu.Agak lama lisa begitu, apabila lisa tersedar dia terus menolak tubuh lelaki itu. Rayyan agak terkejut dengan tingkah laku lisa namun dia tahu lisa masih terkejut.
"Saya mintak maaf, saya tak sengaja"jelas lisa
"Er.. Err tak apa saya faham"tutur rayyan
Lisa terus melangkah dengan laju meniti jalan tersebut yang tinggal hanya sejengkal ke penamat.Dia masih trauma tetapi perasaan malu lebih menguasai diri. Tapi dalam pada masa yang sama dia bersyukur tiada siapa yang ada di situ ketika kejadian yang malang itu.'malangnya nasib aku hari ni 'monolog lisa sendirianDalam diam rayyan menyembunyikan senyumannya.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...