Lisa hanya tersenyum.
"Saya harap awak boleh maafkan saya. Ermm.. Okay lah saya nak pergi dapur sekejap. Awak rest lah. " kata lisa tersenyum sambil mengelap air matanya. Terasa lapang dadanya selepas meminta maaf dan menjelaskan segalanya kepada rayyan.
Rayyan mengangguk.
"Wait tapi saya nak awak janji dengan saya.. Jangan berahsia dengan saya dah lepas ni okay" kata rayyan.
Lisa hanya tersenyum dan mengangguk.Lalu lisa berjalan ke bawah sehingga hilang dari pandangan. Dia tersenyum sendiri.
"Sekejap..... Dia kata nak pergi dapur ke tadi? Ke bilik?. Tak tak dia nak pergi dapur kan. Haish perut aku pon lapar sebenarnya ni. Hehe" kata rayyan sendiri. Jadi dia berjalan ke bawah perlahan lahan. Tiba tiba dia melihat lisa duduk di kerusi di dapur seorang diri sambil menangis. Rayyan berasa hairan. Dia dapat rasakan sesuatu yang aneh. Mesti ada sesuatu yang lisa sorokkan daripadanya."Im sure that there must be something that you hide from me right?"kata rayyan sambil berjalan ke dapur. Kawasan rumah itu sudah gelap. Cuma tinggal lampu di kawasan dapur sahaja. Semua keluarga lisa mungkin sudah tidur.
Lisa yang mendengar sapaan rayyan tersentak dan memandang rayyan dengan mata yang berair.
Rayyan selamba menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan lisa.
"Tell me whats wrong? " kata rayyan.
Lisa hanya menggeleng.
"You already promise me right? " kata rayyan mengingatkan lisa.
"I know but.. Nothing " kata lisa sambil cuba mengukir senyum.
"Lisa~~" ucap rayyan seperti menyuruh lisa menceritakan juga. Dia yakin lisa sedang menyorokkan sesuatu.
"Stage three rayyan" kata lisa serak kerana menangis.
"What.. Apa yang stage 3?" Tanya rayyan. Lisa menangis lagi. Dia memang tidak kuat kalau benda yang berkaitan dengan neneknya. Dari kecil dia memang rapat sekali dengan nenek. Dengan segala kidrat yang ada, dia menyambung bicaranya."Nenek.. Cancer hati nenek stage 3 and cancer dia dah merebak. Tunggu masa nak ke stage 4. " Kata lisa yang sesungguhnya mengejutkan rayyan.
"Stage 3 lisa? Kenapa saya tak tahu? " tanya rayyan.
"Its just awak, papa and nenek je yang tahu ni. Nenek suruh saya rahsiakan daripada family. Dia tak nak family dia sedih. " kata lisa.
"And papa? " tanya rayyan lagi.
"You know papa right? He knows me well. Saya tak boleh nak sorok apa apa dari dia." Sambung lisa lagi dengan tangisan yang sedikit reda."Do you think this is the best way? " tanya rayyan.
"I had too" kata lisa.
"Then its fine. Awak sabar ye lisa. Banyakkan berdoa supaya nenek awak kuat. Jangan patah semangat. I know you're strong enough for this. " kata rayyan memujuk. Lisa hanya mengangguk. Lama kelamaan tangisannya reda juga.
"Thanks sebab dengar. Saya hope sangat awak boleh rahsiakan dari family saya" kata lisa
"Sure.. Awak kan my honey bunny cutie pie. " seloroh rayyan
"Errr.. Welk. Tak payah nak cutie pie sangat. " kata lisa tergelak. Tiba tiba lisa bangun menuju ke peti ais. Dia mengeluarkan kek yang dibuat olehnya tadi.
Rayyan hanya memerhati."Awak nak tolong saya tak? " tanya lisa
"Tolong apa? "Tanya rayyan.
Lisa hanya tersenyum manis kepada rayyan. Dia bergerak ke peti semula dan mengeluarkan buah buahan dari peti.
"Tolong saya decorate kek" kata lisa. Rayyan ketawa dan mengangguk. Gila nak tolak bila buah hati minta tolong.Lisa memotong buah strawberry 🍓 dan mula menyusun. Rayyan juga tidak kurang hebatnya. Semua buah yang ada mereka manfaatkan. Hasilnya sungguh cantik. Sempat juga lisa menulis 'SELAMAT HARI LAHIR NENEK' dia atas kek itu. Selepas puas hati, lisa meletakkan semula kek tersebut di dalam peti. Dia kembali ke meja itu.
"Awak lapar tak, saya nak masak maggi ni. Hehe lapar" kata lisa selamba
"Eh doktor ni makan malam juga ke. Ingatkan diet. Saya pon boleh tahan lapar juga sekarang ni sebenarnya" kata rayyan. Lalu lisa berjalan ke dapur untuk masak maggi itu. Dia merebus maggi kari dan mencampurkan perencah. Selepas memasukkan sayur, fish ball dan telur, lisa menunggu sehingga bahan bahan masak dan menghidangkan maggi itu.
Rayyan juga sudah sedia dengan air milo panas di atas meja. Entah bila dia siapkan air itu pun lisa tidak sedar. Mereka menjamu selera bersama sama.
Jam menunjukkan 2.17 pagi. Barulah mereka selesai makan dan berborak.
Mereka menaiki tangga bersama sama sehingga ke bilik masing masing. Al maklumlah bilik sebelah sebelah.Sudah selesai menukar pakaian lisa baring di atas katil. Tiba tiba telefonnya berdering menandakan ada mesej yang masuk.
From: rayyan
Hai awak tidur dah ke?Sambil tersenyum lisa menaip.
To: rayyan
Belum kenapa?
From: rayyan
Saja je. Rindu 👉👈Ish mengadanya lah rayyan ni pagi pagi buta ni.
To: rayyan
Mengada nya lah orang tu malam ni.
From: rayyan.
Mengada pon dengan awak je. Cuba awak teka apa beza awak dengan saya.To: rayyan
Eleh 😛. Banyaklah beza dia. Awak lelaki saya perempuan.From: rayyan
Salah. Jawapan dia beza awak dengan saya, saya polis tangkap orang tapi awak tangkap hati sayaTo : rayyan
Dah dah awak ni dah mengantuk ni. Pergi tidur. Goodnight assalamualaikum.❤Selepas sahaja menekan butang send, mata lisa tertancap pada love tu. Alamak dah tertekan love lah pula. Apalah rayyan fikir nanti.
Manakala rayyan pulak sudah bergelepar di atas katil seorang diri. Mahu tidaknya lisa hantar love. Bukan senang lisa nak send love. Walaupun just emoji 😂.
From: rayyan
Haha. Okay goodnight. Mimpi saya tau malam ni. Waalaikummussalam 💕.Dapat sahaja balasan mesej dari rayyan, lisa melelapkan matanya.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...