Selepas sampai di atas, lisa terus mengambil beg tangannya dan kot putih doktornya di bawah kanopi jagaan. Rayyan hanya menunggu dengan sabar.malas malas lisa menghampiri lelaki itu. Walaupun lisa juga tidak pasti nama lelaki itu ,namun dia yakin dia akan ketahuinya sebentar lagi.
Mereka berjalan beriringan sehingga ke kereta rayyan.
Tiba di pintu kereta, rayyan membuka pintu kereta bahagian penumpang disebelah kiri pemandu kepada lisa. Namun langkah lisa terhenti.
"Ermm sekejap eh"kata lisa. Dia lantas mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon ibunya. Walaupun dia tahu lelaki itu lah yang berada di rumah nya pagi itu namun dia masih ragu ragu. Ini kali pertama dia keluat dengan lelaki bukan mahram menaiki kereta yang sama berdua.
"Assalamualaikum mama, lisa ni. Lisa nak mintak izin mama keluar dengan kawan lelaki lisa sekejap, nanti lepas siap berbincang lisa balik ye? " kata lisa
"Dengan rayyan ke, kalau dengan rayyan pergilah mama izinkan tapi lisa layan dia elok elok tau, jangan berkasar pulak, bincang elok elok, lagipun dia dah call mama dah tadi"
Jelas ibunya.
"Okay mama, dont worry ,bye assalamualaikum".selepas ibu lisa menjawab salam dia terus mematikan panggilannya itu. Dan kembali ke kereta. Sekarang dia hampir yakin yang lelaki tersebut bernama rayyan anak kepada aunty faizun."Sorry saya call mak saya tadi"kata lisa.
"Its okay ,saya faham. "Kata rayyan
Tiba tiba lisa dihuni rasa bersalah.
Selepas rayyan menutupkan pintu kereta audinya, rayyan terus meluru masuk ke bahagian pemandu dan menghidupkan enjin.
Selepas beberapa minit, keretanya hilang dari pandangan.Sepanjang berada di dalam kereta, mereka lebih mendiamkan diri.
Namun suara lisa memecahkan suasana.
"Awak, kita nak pergi mana eh? "
Hilang perasaan marahnya yang kini diganti dengan rasa bersalah.
Rayyan hanya tersenyum dan menjawab" saya nak bawak awak pergi makan. Im sure yang awak mesti lapar kan lepas 3 jam lebih operasi tadi" tambah rayyan."Oh herm.. Awak.. Saya nak mintak maaf tau sebab saya call mak saya tadi. Bukan sebab saya tak percayakan awak call mak saya, tapi saya sebagai anak kena juga bagitahu kalau hendak pergi ke mana mana, takut mak saya risau pulak, sorry eh"
Lembut suara lisa, berbeza dengan suaranya apabila berurusan semasa operasi menyelamat sebentar tadi.Hati rayyan amat berbunga kali ini apabila lisa meminta maaf begitu dengannya walaupun sebenarnya dia langsung tidak kesah kalau lisa ingin meminta izin ibunya sebentar tadi. Dia faham lagipun lisa seorang perempuan jadi sudah menjadi kebiasaan untuk meminta izin ibunya. Namun rayyan hanya tersenyum dan mengawal riak mukanya.
"Lah sebab tu ke, tak apalah saya langsung tak terasa hati pon tadi, saya faham sebab awak perempuan dan saya lelaki bukan mahram jadi its already your responsibility to ask for your mom's permission right?
Terang rayyan panjang .
"Thank you awak, sorry again tau".
Rayyan hanya tersenyum dan mengangguk.
"Btw awak, apa nama awak eh?" Tanya lisa
Rayyan hampir tergelak seraya menjawab
"Takkan mak awak tak bagitahu nama saya tadi?nama saya rayyan iskandar, just panggil saya rayyan okay" jawab rayyan bersungguh sungguh.
"Oh okay rayyan. "
Bertambah berbunga hati rayyan dibuatnya apabila lisa menyebut nama nya.Selepas beberapa minit mereka tiba di satu restoran yang agak mewah dan selesa untuk berbincang.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...