perit

392 16 0
                                    

Pandangan lisa kabur dan badannya terasa sangat lemah dan lesu. Dia membuka matanya perlahan lahan dan menarik nafas lega apabila melihat dirinya sudah berada di atas katil dalam biliknya.
'Aku mimpi je kot tadi tapi kenapa badan aku sakit sakit ni'

Lisa cuba menggerak kan badannya.
"Adik, adik okay? " tanya mama Lisa kepada dirinya. Ah lisa yakin kejadian tadi bukan mimpi tetapi kenyataan. Ini kerana dia dapat melihat rayyan dan lelaki tadi bergegas masuk ke dalam biliknya.
'Tak balik lagi ke diorang dua ni' desis hati lisa.
"Apa dah jadi ni, kenapa semua orang masuk bilik lisa ni? " tanya lisa bingung.
"Tak ada apa lisa, awak rest la dulu nanti saya cerita dekat awak ye" jelas rayyan.
Lisa hanya mengangguk dan tersenyum.

Lelaki tadi mengambil gelas yang berisi air dan membacakan sesuatu lalu menyuruh lisa meminumnya. Lisa dengan pelik hanya mengikut.
Rayyan yang sedari tadi setia menemani lisa di sisinya hanya tersenyum. Lisa juga mendengar rayyan memanjatkan rasa syukur terhadap ilahi. Lisa kembali menutup matanya.

Jam dinding menunjukkan jam 7.30 pagi. Pagi pagi lagi rayyan sudah menelefon menanyakan khabar lisa. Lisa hanya menjawab biasa biasa sahaja. Badannya masih terasa lemah namun lebih baik dari semalam. Pagi pagi lagi juga rayyan datang kerumahnya untuk melawat lisa.
"Awak okay? "Tanya rayyan.
" saya okay je just penat sikit" balas lisa sambil membalas senyuman rayyan. Dia pun berasa hairan kerana dia rasa selesa semula apabila bersama rayyan bukan seperti dulu, apabila berdekatan ada saja yang hendak digaduhkan.
"Saya nak mintak tolong awak something boleh? " tanya lisa
"Sure, apa dia doktor lisa? " seloroh rayyan. Lisa sudah menampakkan deretan giginya.
Seronok pula apabila hubungan dia dengan rayyan kembali seperti sebelumnya.

"Boleh tolong cerita kat saya apa dah jadi and macam mana saya boleh jadi macam ni? "Tanya lisa.

"Betul ni awak dah ready nak tahu? "
Tanya rayyan pula. Lisa hanya mengangguk. Bagi nya dia sudah lebih daripada sedia untuk mendengar segalanya.
"Okaylah.. Macam ni.. Semalam awak kena rasuk sebenarnya. Awak ingat lagi kan sara? Dia hantar bende bende pelik tu dekat awak sebab jealous hubungan awak dengan saya. Lama dah sebenarnya. Mesti awak pelik kan siapa lelaki semalam?. Dia ustaz ramli. Dia selalu ada kalau keluarga saya perlukan bantuan dalam hal hal keagamaan ni. So, saya suruh dia tolong awak. Tapi awak jangan risau. Its already over okay.
Lisa membulatkan matanya.
"Relax gila awak cakap macam saya ni pengsan biasa je kan? "Kata lisa
"Awak tak raa takut ke apa ke masa saya kena tu? " kata lisa lagi.
"Entahlah, saya tak tahu nak cakap macam mana, takut tu adalah jugak tapi saya just fikir awak je semalam.as long as awak selamat ,saya okay."kata rayyan lagi.
Lisa sudah menjuihkan bibirnya.
"Sampainya hati sara buat saya macam tu. Saya tak sangka pulak. Kiteorang jumpa pon baru 2 kali je rayyan. Patutlah saya rasa tak sedap badan je semalam but i think its just normal but i tak expect sampai macam ni sekali. " jelas lisa bernada kecewa.
Rayyan yang khusyuk memandangkan muka lisa, menjawab.
"Hati orang kita tak tahu lisa. Tapi awak jangan risau sebab semua dah settle dan saya akan pastikan dia takkan berani buat macam tu lagi.
"Kata rayyan
"Macam mana awak tahu dia yang buat? " tanya lisa
"Ustaz tu dapat gambaran, then saya terus terfikir sara. Saya pon terus bergegas jumpa dia then dia pon mengaku. Mula mula tu susah jugak lah nak mengaku tapi bila saya gertak dia, dia terus mengaku. "
Lisa yang setia mendengar hanya mengangguk lalu mengalihkan pandangan ke luar tingkap biliknya. Beginilah hidup orang sakit. Makan ,tidur, rehat semua di dalam bilik sahaja. Lisa sebenarnya terbayang wajah cemas rayyan semalam dan cara rayyan mengendalikan dirinya yang tidak menyedarkan diri. Rayyan seperti sungguh fasih mengalunkan ayat al quran dan seperti sudah terbiasa ayat tersebut meluncur dari mulutnya. Dia tidak sangka datuk pon bolsh menjadi sebegitu hebat dan arif dalam ilmu agama. Wajah rayyan yang berhempas pulas membantunya semalam berlegar di dalam ingatan. Rayyan yang juga sedari tadi berdiam kini bersuara.
"Lisa.... Saya nak... Awak.. Saya.. Kalau boleh saya nak jaga awak sampai bila bila. Please lisa, bagi saya peluang untuk jadi yang halal untuk awak dan suami yang sah. "

Lisa yang juga terkejut dengan tindakan rayyan ketawa. Rayyan yang mula berasa hairan bertanya.
"Awak okey tak?  Kenapa awak ketawa? " tanya rayyan cemas. Mana tidaknya, naik cemas juga dia lisa tiba tiba ketawa.
"Awak ni kelakar lah rayyan. Saya tengah sakit macam ni pon nak confess ke?  Rayyan im not that easy lah.  Kita baru kenal tak sampai 5 bulan. Kalau betul awak nak saya, awak mesti sanggup tunggu saya and try hard okay? "Kata lisa sambil tangannya mengesat air matanya yang tumpah akibat ketawanya tadi. Sejujurnya dia terusik dengan apa yang rayyan katakan namun dibiarkan nya sahaja kerana dia tidak ingin membuat pilihan yang salah dan tidak mahu dilabel sebagai perempuan yang murah.
"Lisa... Saya serious ni, please.. Saya tahu awak bukan perempuan yang senang untuk didampingi.. Saya juga tahu awak mahal dan susah nak jumpa kat mana mana pon.. Sebab tu juga saya berani mencuba something new or anything just to be with you.. Please"jelas rayyan lagi.
"I think you know me well rayyan. But  im wrong. Kalau betul awak faham and kenal saya sepanjang kita kenal.. Awak takkan pernah cakap macam tu. Saya nak awak ingat satu je, saya bukan barang yang boleh dibeli, bukan intan or belian yang istimewa and bukan jugak something yang special pon untuk dimiliki. Satu lagi jangan cuba ubah diri awak untuk seseorang sebab kalau betul orang tu ikhlas dengan awak dia akan jujur...
Kata lisa serius.
Rayyan yang nendengar terkejut dan terkedu.
"Saya nak tanya awak jujur lisa, awak tak percaya saya lagi ke.. Sepanjang kita kenal? "
Tanya rayyan
"Bukan macam tu.. Tapi awak kena faham.. First, kita baru kenal.. Second saya ni perempuan rayyan.. Tak mudah untuk saya percaya lelaki yang saya tak kenal sepenuhnya lagi. Apakan lagi bukan muhrim. " jelas lisa
"Habistu saya ni apa lisa?  Stranger? "
" bukan.... Rayyan.. I dont want to be someone that chasing their on shadow without know anything else. I hope you understand. " jelas lisa akur
"Tak lisa.. Saya tak pernah anggap awak macam tu pon. I dont want you to be 'someone' but to be my wife lisa."jelas rayyan lagi. Dia begitu yakin dengan pilihannya itu.

Akhirnya, lisa hanya tersenyum dan mengangguk.
Rayyan seperti hendak melonjak gembira namun gagal apabila lisa menyambung ayatnya.
" tapi... Dengan syarat okay?  Saya terima awak as my fiance first for 1 year?boleh?" Jelas lisa. Baginya lisa akur jika rayyan adalah jodohnya, namun dia masih takut takut. Jadi keputusan harus diambil. Rayyan cukup baik untuknya.
" 1 year lisa? Alah kenapa lama sangat? " ucap rayyan seperti kanak kanak yang merengek hendakkan sesuatu. Lisa sudah ketawa. Rayyan memang bergelar datuk namun, perangainya tidak ubah seperti orang biasa yang ada seriusnya, ada lawaknya dan manjanya.
"Mengada eh, ke nak 5 tahun?. Saya okay je" tanya lisa. Laju rayyan menggeleng dan tersenyum
"Alah mengada pon dengan bakal tunang saya juga. Mana ada mengada dengan orang lain pon" balas rayyan sambil tersenyum. Happy sangat lah tu lisa ambil keputusan untuk bertunang dengannya.

In The Name Of Love💜Where stories live. Discover now