malu

563 21 0
                                    

Selesai perbincangan antara rayyan dan lisa mereka terus mengemas kertas kertas laporan yang telah disiapkan.Lisa berdiri dan mula melangkah
"Eh doktor nak gi mana ni?"tanya rayyan kepada lisa
" ah? Saya nak pergi ambik barang saya and nak start naik lah"jelas lisa selamba.
"Awak nak naik dengan sape? "Terus hilang panggilan doktor dan sekarang dia hanya bersaya awak sahaja dengan lisa.
"Seorang lah, kenapa? Lagipun dekat je kan, sekejap je nanti sampai lah"
"Tapi awak bawah tanggungjawab saya sekarang"terang rayyan
"Tapi kan dah habis tugas " sebenarnya lisa tidak selesa duduk berhadapan lama lama dengan rayyan. Kejadian tadi asyik berulang je dalam fikiran. Jadi dia hanya melangkah tanpa mendengar apa yang ingin dikatakan oelh rayyan.
"Nur alisa adriana,kalau awak pergi naik seorang nanti sape yang awak nak peluk kalau terjatuh lagi"
Tiba tiba berona merah muka lisa. Dia tidak sangka yang kejadian memalukan itu akan diungkit lagi dan yang lebi mengejutkan macam mana lelaki itu boleh tahu nama penuhnya.

"Apa awak ni"kata lisa. Boleh mati akibat malu dia kalau lama lama di sini.
"Kalau jatuh saya peluk la mana mana  pokok yang ada kat situ" seloroh lisa untuk sembunyikan perasaan malunya itu.

"Takyah nak peluk pokok sangatla, saya kan ada, lagipun awak lupa ke awak balik dengan saya harini"
Kata rayyan yang memang sesungguhnya memerahkan lagi muka lisa. Dia sengaja kata begitu kerana dia suka apabila muka lisa berubah merah. Comel.
"Mana ada saya cakap nak balik dengan awak"
"Memang la awak tak cakap tapi saya yang cakap tadi kan"kata rayyan
"Awak cakap nanti unit awak yang tolong hantarkan saya" kata lisa tidak mahu mengalah
"Okay, kalau macam tu saya salah cakap lah tu"
" what, "
"Yea, what, lagipun saya nak bawak awak pergi keluar sekejap lepas ni boleh? "Minta rayyan
"Tak" ringkas dan padat jawapan lisa
"Why"soal rayyan
"Sebab.. Sebab tak boleh la"
" yelah sebab apa? "
"Sebab saya kena bertugas semula dekat hospital"jelas lisa
"Saya tahu awak off harini infact awak off seminggu kan"
"Ha? Okay fine saya tak tahu macam mana awak tahu tapi saya kena balik awal mak saya suruh".jawab lisa lagi
"Oh ye ke kalau macam tu awak kira on lah keluar dengan saya"
"Apahal pulak? "
"Wait"
Rayyan menfambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor cik fatimah yang diminta dari ibunya selepas masuk meminang lisa tempoh hari.
Selepas beberapa minit panggilan nya dijawab.
"Assalamualaikum.. Makcik, rayyan ni, boleh tak kalau saya nak mintak izin makcik untuk bawa lisa keluar makan. Hah?  Sekarang la makcik. Saya jumpa dia ni ha tu yang ingat nak bawak dia keluar ni.  Okay makcik terima kasih. "
"Dah settle, jom"
Lisa hanya mampu mendiamkan diri dan berdiri memandang tepat ke arah rayyan.
"You know what, sekarang ni kan saya pun rasa macam nak keluar dengan awak, cause i have a lot....  Of questions to ask you."sengaja ditekan kan perkataan 'lot' tu untuk membuktikan memang banyak soalan yang ingin ditanyakan kepadanya. Dan dia juga yakin lelaki yang ada di depannya itu ialah lelaki sama yang terserempak dengannya semasa keluar dari rumahnya itu. Perasaan marah likerusinya buak namun ditahannya.

" so encik polis bila rasanya nak naik atas ye?"perli lisa
"Oh ye jom jom,sorry"kata rayyan.

Belum sempat rayyan bangun dan
Menyarung jaket polisnya yang tergantung di kerusi, dia berdesit kesakitan sambil memegang lengannya. Lisa yang terkejut dengan riaksi rayyan terus bangun dari kerusinya
"Awak okay tak ni?kenapa ni?"
Tiba tiba mata lisa tertangkap lengan rayyan yang berdarah.
"Awak, bagi saya tengok lengan awak ni macam luka je"
"Eh tak apa la sikit je ni luka nanti elok la tu"kata rayyan. Sebenarnya luka itu terjadi semasa kejadian lisa yang hampir terjatuh ke dalam gaung.itu sebabnya lengan rayyan tercalar pada ranting berduri yang ada di situ.namun rayyan tidak mahu lisa rasa bersalah7.
"Awak boleh tak, jangan bagi jawapan cliche sangat.. Dah meh sini saya tengokkan."
Selepas menyarung sarung tangan getah yang berwarna putih lengan baju rayyan diselaknya.rayyan hanya membiarkannya.
"Ish macam mana awak boleh dapat luka ni? Teruk jugaklah macam tercalar dekat sesuatu. Wait, awak kena ni masa awak cuba selamatkan saya tadi ke? "Soal lisa bertubi tubi
Rayyan hanya mengangguk sedikit

"Awakk sorry sangat sangat saya tak perasan pulak lengan awak terluka masa selamatkan saya tadi sorry sorry.saya rasa bersalah sangat sorry. Terang lisa
" eh its okay, bukan teruk mana pon luka ni ha jangan la risau.saya tak salahkan awak pon"kata rayyan
Dengan pantas ubat ubatan dikeluarkan oleh lisa dari dalam beg ubatannya lalu dibersihkan dengan perlahan lengan lelaki itu.
Kemudian dia sapukan pula ubat antiseptik dan diikuti oleh iodine. Lalu dengan berhati hati lisa membalutkannya.
Dada rayyan tak habis berdebar dari mula lisa merawatnya sehingga siap dibalut lukanya. Kedudukan mereka yang agak rapat lagi membuatkan dada nya berdebar kencang.tanpa sedar dia agak lama merenung tingkah lisa semasa merawatnya.
Lisa berasa amat bersalah ketika itu.

Ketika dia ingin bercakap dengan rayyan, dia tersentak apabila melihat lelaki itu yang sedang merenung ke arahnya, lalu mata mereka bertaut lama. Akhirnya lisa sendiri yang meleraikan acara pandang memandang tersebut.
"Eh sorry dah siap ke? "Tanya rayyan
Lisa hanya mengangguk sambil tangannya ligat menyimpan peralatan masuk ke dalam beg ubatan semula.

In The Name Of Love💜Where stories live. Discover now