"Kenapa korang buat macam ni dekat lisa? " tanya lisa
"Kenapa eh? Jap nak fikir. Ha aku dah tahu. Sebabnya kau tu buta " kata fikri
"Dah pahal kau panggil aku buta? " tanya lisa selamba
"Kau buta sebab kau tak nampak yang aku ni dah lama suka kau" kata fikri jujur.
"Ahh so sweet of you. " kata lisa separuh menganjing.
"Kau jangan cabar aku lisa" kata fikri. Rizal cuma senyap di sebelah sambil bermain dengan telefon bimbitnya.
Fikri mengacukan pistolnya ke arah lisa. Terkedu lisa.
"Okay okay sorry. Aku serious okay" kata lisa.Lisa giat memikirkan cara untuk lepaskn diri. Dia tahu kelemahan kedua dua orang itu. Kedua duanya pernah rapat dengan nya. Namun lisa tidak sangka fikri menyimpan perasaan dekat dia. Lagipun mereka rapat disebabkan umur yang sama. Rayyan pula entah hilang ke mana. Tiba tiba telefon bimbitnya yang entah bila berada di dalam poket kot doktornya berbunyi. Dia memandang fikri. Fikri mengangguk agar lisa mengangkat panggilan itu. Panggilan dari rayyan.
Nak mengadu pada rayyan lidah kelu. Mana tidaknya pistol tadi telah berada di kepalanya. Perlahan dengan tenang lisa mengarahkan pistol itu ke bahunya.
"Macam mana aku nak jawab phone kalau pistol tu dekat kepala. Bagilah aku privacy sikit. Mana tahu aku boleh pujuk putus tunang dengan dia. kau juga untung." kata lisa selamba lagi. Nasib baik fikri hanya mengikut. Dia melangkah beberapa tapak menjauhi lisa. Selepas menekan butang hijau, lisa menjawab"Assalamualaikum.. Hello rayyan. " kata lisa.
"Waalaikummussalam..Saya tahu awak kat mana. Saya dengan kawan saya ada dekat luar. Awak jangan risau, saya nampak awak melalui tingkap ni. Awak teruskan bersembang dengan dia. Saya boleh dengar kalau awak bercakap dari dalam. So dont worry. Kami fikir cara untuk keluarkan awak dari situ. Kami nak serbu masuk tapi kami risau dia apa apakan awak. Awak okay tak? " tanya rayyan
"Tak payah. I can handle this. Saya takut awak masuk campur nanti lain pulak jadinya dua orang ni. I know them well. Jangan risau. But stay there ,jangan tinggalkan saya. Im a bit afraid right now. At least saya tahu awak ada dekat. " kata lisa berbisik. Dia tidak mahu fikri mahupun rizal mendengar."Okay.. Awak jangan risau, im here. Tapi kan yang part putus tunang tu kan..." Sempat lagi rayyan ni
"Rayyan... Please we discuss it later" kata lisa. Jangan tergelak sudah. Nanti tak pasal pasal fikri perasan. Rayyan ni kalau dah jealous tu haih.Rayyan yakin lisa dapat mengawal situasi itu. Dia juga giat berfikir cara yang terbaik untuk membantu lisa. Kesian tunangnya itu. Risau gila dia sekarang walaupun sedikit lega selepas menelefon lisa.
"Dia nak apa dengan kau? Dia tak tahu yang kau ada dekat sini kan?" tanya fikri.
"Tak. Dia just tanya aku okay ke tak. Tu je" kata lisa menipu.'Nak cakap bodoh, diorang ni tinggi lah juga sekolah tu, tapi senang betul kena tipu. Tak pernah aku tengok penculik bengong macam ni. Tulah elok elok jadi baik nak juga jadi penculik' sempat lagi lisa bermonolog di dalam hati. Kalau tak ada pistol tu memang dah lama dia ketuk kepala dua dua tu.
"Kau dah cakap belum pasal putus tu" tanya fikri. Tapi belum sempat lisa menjawab, rizal bersuara.
"Aku cau dulu. Tugas aku dah selesai" kata rizal.
"Mentang mentang tugas kau dah selesai kau nak cau macam tu jela" tanya fikri baran. Lisa hanya memerhati.
"Kau yang cakap tugas aku tolong kau tangkap lisa and bagi kau pistol tu je kan. Thats it. Settle. Aku cau dulu. " kata rizal sambil berjalan menuju ke pintu.
Tiba tiba fikri menghala kan pistol ke arah rizal.
Aku terkedu jangan dia buat hal sudah lah.
Tiba tiba lisa mendapat akal. Tidak salah kalau dia menggunakan kelemahan fikri.
"Fikri.. Biarlah dia pergi. Masalah ni kau dengan aku kan . Jangan libatkan rizal. Aku tak selesa lah ada dia nak discuss pasal kita. Kau kata sayang aku. " pujuk lisa. Fikir lisaberjaya dia dapat handle fikri kalau rizal pergi. Akhirnya fikri akur. Rizal keluar dari bilik itu. Dalam pada masa yang sama,rayyan sudah mula bertindak. Akhirnya rizal berjaya ditangkap. Misi sekarang tertumpu kepada keselamatan lisa dan untuk menangkap fikri."Kenapa kau buat aku macam ni ha? " kata lisa memulakan bicara.
"Sebab aku sayang kau tapi kau tak pernah perasan pon. Aku tahu aku siapa, tak layak nak jadi suami kau dan tak setanding rayyan, tunang kau tu. Tapi aku pon ada perasaan dekat kau. Tapi kenapa kau tak pernah bagi peluang dekat aku. Rayyan tu entah dari mana datang, kau pun tak kenal dia. Tiba tiba kau terima jadi tunang dia. Apa ni? Dah aku macam mana? Kau bagi harapan dekat aku selama ni? " kata fikri sambil menundukkan wajahnya. Wajahnya kelihatan sedih. Tidak sampai hati pula lisa nak mengenakan dia. Akhirnya lisa mengambil keputusan untuk berbincang secara baik dengannya."Fikri... Aku minta maaf kalau selama ni aku dah buat kau salah anggap dengan hubungan kita. Aku rapat dengan kau dan aku anggap kau sepupu paling rapat aku. Bila aku sedih kau ada pujuk aku, bila aku marah, kau yang tenangkan aku. Tapi selama ni aku tak pernah pon sampai tahap melebihi seorang sepupu fikri. Aku tak pernah pon terlintas nak mainkan kau ke apa. Aku sayang kau sama macam aku sayang sepupu aku yang lain. Aku minta maaf" kata lisa.
Namun tiba tiba fikri menendang meja yang ada di hadapan lisa. Nasib tidak terkena lisa. Rayyan di luar juga sudah memegang erat pistolnya. Bersedia untuk bertindak. Risau juga kalau fikri tiba tiba bertidak agresif.
"Tapi kau bagi harapan palsu kat aku" jerit fikri baran. Matanya sudah berkaca. Lisa juga menunduk. Dia masih tenang namun air mata jernih sudah berada di tubir matanya.
"Fik.. Kau nak tahu tak satu cerita yang aku tak pernah cerita dekat kau selama kita rapat. Kalau aku cakap Aku faham kau,kau percaya tak?. Aku faham every inch that you feel right now. Sakitkan ,bila orang yang kita sayang tak rasa apa yang kita rasa. Sakitkan bila diorang bagi harapan palsu dekat kita. Sakitkan bila tengok orang tu bahagia tapi bukan dengan kita. Tapi kisah aku lagi sakit fik. Kedua dua orang yang paling aku sayang sakitkan aku. Orang yang paling rapat dengan aku sakitkan aku fik. Yang lagi sakit bila luka kau yang masih baru tu kena tuang dengan cuka fik. Bila kedua dua tu pergi tinggalkan kau masa kau tak ada orang nak sembuhkan kau. Dan satu benda yang lagi sakit bila kau kena tanggung penyesalan seorang diri fikri. SEORANG!. Aku juga pernah memberontak sebab benda yang sama dengan kau sekarang ni. Orang tu bagi fake hope. Aku tahu benda tu pedih. Tapi bila aku fikir dengan waras balik aku tahu tu salah aku. Aku tak sepatutnya letak harapan dari mula. Harapan tu segalanya fikri. Tanpa harapan kita tak kan pernah kenal erti bahagia dan berjaya. Tapi dengan harapan juga boleh bawa kau tersasar jauh dari realiti. Aku Sendiri pernah letak benteng dalam hubungan sebab ni. Kau tahu tu fikri. " kata aku dengan air mata yang bercucuran. Dia tahu tidak patut bagi dia menceritakan kisah silam, tapi lisa sedar sudah sampai masanya.
Begitu juga fikri, dia tertunduk lemah sambil menangis.
Sekarang lisa dapat tafsirkan apa yang ada di sebalik pandangan fikri. Cinta yang dalam tetapi menyakitkan.
'Maafkan aku terpaksa menggunakan kelemahan kau. Kelemahan kau, aku. Kau tak boleh tengok aku sedih. Menangis. Tapi kali ni aku pastikan yang kelemahan kau ni lah yang akan menguatkan kau'.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...