sebelah lelaki

397 13 0
                                    

Resepsi sebelah pengantin perempuan sudah selesai. Kini tinggal resepsi bagi pengantin lelaki pula. Rayyan memilih tema english night. Semuanya formal.
Selepas siap mandi dan menyarung tudungnya, lisa berjalan ke bilik rayyan untuk melihat apalah yang suaminya buat itu. Lisa tidak memakai anak tudung kerana bilik mereka bersebelahan lagipula rambut nya masih basah. Jadi dia hanya menyarung tudung sahaja.
Ketuk sahaja pintu rayyan tidak sampai beberapa saat kepala rayyan sudah terjongol di pintu biliknya.
"Yes miss" kata rayyan sambil tersenyum manis. Lisa hanya mengecilkan matanya. Dia menolak pintu rayyan untuk masuk tanpa sebarang kata namun rayyan lebih laju menolak semula. Lisa masih berada di luar bilik hotel.
"Erm.. Sorry can i help you miss. Why did you want to enter my  room. Only my beloved princess can enter this room" tanya rayyan dengan muka yang dibuat ala ala serious.
Lisa mengangkat kening.
"Cepatlah rayyan, rambut saya basah ni. " kata lisa cuba merempuh pintu itu namun masih dihalang oleh rayyan.
"Wet hair? Do i care? Do i know you?" Kata rayyan lagi. Lisa sudah menarik muka.
"Oh yeah... Seriously you dont care mr? Okay then i can free hair freely right now. Cause you dont even know me. Lagipun my husband yang tanggung dosa i. So, bye" kata lisa memalingkan badannya dan bersedia untuk melangkah ke biliknya semula dengan tangannya yang acah acah ingin menarik tudung nya.
Dengan pantas rayyan menarik tangan lisa masuk ke biliknya. Sedar sedar dia sudah bersandar di pintu bilik yang sudah bertutup itu. Berkelip kelip mata lisa memandang wajah rayyan yang sememangnya hampir dengan dia sekarang kedua dua tangan rayyan menghalang di kiri dan kanan lisa untuk bergerak.
"Dont you ever dare to do that miss. Cause its all mine. And you re my beloved princess. No one can have it except i , me and myself." kata rayyan memandang tepat wajah isteri tersayang nya itu.
Lisa cuba menahan tawa melihat gelagat suaminya. Dia tersenyum kecil dan memandang ke lantai seketika untuk menyorokkan senyumannya.
Rayyan sengaja menguji lisa. Dia mendekatkan wajahnya betul betul hampir dengan lisa untuk melihat reaksinya. Namun lisa lebih bijak kali ini. Dia juga mengikut permainan rayyan. Lisa mengangkat kedua belah tangannya dan diletakkan serta disilangkan ke leher rayyan serta menarik rayyan dekst dengan wajahnya. Rayyan pula terkedu. Tak sangka lisa bertindak begitu. Lisa sudah tahan senyum. Hendak ketawa pon ada dengan gelagat rayyan ni. Mata rayyan sudah menbuntang. Lisa masih menggerakkan leher rayyan agar wajah rayyan semakin hampir dengannya. Hidung mereka sudah berlaga menandakan kedudukan mereka begitu rapat. Rayyan sudah terkedu. Apabila bibir mereka hampir berlaga, rayyan memejamkan matanya. Mahu sahaja lisa berguling ketawa ketika itu. Siapa suruh bermain dengannya.
Tiba tiba, lisa mengalihkan bibirnya ke pipi rayyan dan mengucup mesra pipi itu. Selepas itu dia menolak rayyan perlahan ke tepi agar dia boleh keluar dari kawasan itu. Rayyan yang menyedari dirinya dipermainkan lisa membetulkan rambutnya ke belakang.
"Sayangggg....."kata rayyan selepas melihat lisa duduk di atas birai katilnya sambil ketawa.
"Hahahah... Kelakar lah abang ni. Ada tuala tak?  Lisa nak lap rambut lah. Basah ni. Lepas mandi tadi terus datang sini." Kata lisa selamba.

Tiba tiba datang idea nakal rayyan. Dia mengambil tualanya dan meluru masuk ke tandas.
"Tunggu kejap eh abang nak pergi mandi jap. Nanti abang bagi tuala dekat lisa." kata
'Ish dia ni. Dah lah rambut aku basah ni. Sabo jela.' desis hati lisa
Selepas beberapa minit, rayyan keluar dari tandas. Dia hanya melilitkan tuala di pinggangnya. Ini bermakna bahagian dadanya terdedah  dan menampakkan six packnya. Dia memandang lisa yang masih leka bermain telefon bimbitnya di atas katil sambil duduk bersila.
"Sayang.. Nah towel" kata rayyan.
Setelah berpaling mukanya ke arah rayyan lisa menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Rayyan sudah ketawa. Ni mesti nak kenakan lisa lah ni. Tunggu lisa boleh buat lagi baik lah.
"Dah lah. Pergi pakai baju tu" kata lisa masih memalingkan wajahnya membelakangkan rayyan.
"Tadi kata nak towel. Ni ha towel " kata rayyan yang menghulurkan tuala yang baru diambilnya tadi dari dalam almari baju.
"Ish.. Pergilah pakai baju dulu" kata lisa.
"Alah suami awak juga. Tak suka ke? " seloroh rayyan sambil ketawa.
'Oh nak kenakan aku eh?  Kejap ye rayyan' kata lisa dalam hati sambil tersenyum. Lisa memberanikan diri memandang rayyan. Badan rayyan putih melepak dengan six packnya. Haih rayyan ni.
Lisa mencapai tuala nya dan berdiri dari atas katil. Kini rayyan pula yang duduk di tepi katil. Idea lisa sudah datang 💡. Hehe. Rayyan hanya memerhati.
"Saya suka ke eh? Nak check tak? " kata lisa sambil membuka tudungnya. Maka terbebas lah rambut oanjang mengurainya itu. Dalam keadaan basah lagi menampakkan panjangnya. Cantik sangat. Lisa berdiri di hadapan rayyan seperti membuat show atau iklan syampoo. Dia mengambil tualanya dan menggosok perlahan hujung rambutnya dengan gaya seksi. Hahaha. Habislah rayyan. Siapa suruh cari pasal lagi.
Rayyan sudah tidak senang duduk. Lisa pula menahan gelaknya. Dia membuat muka serious semasa mengeringkan rambutnya itu.
Selepas di rasakan sedikit kering, lisa mencampakkan tualanya ke tepi katil dan melangkah ke arah suaminya yang melopong itu. Semakin lama semakin hampir. Rayyan mengesot ke belakang. Perut lisa bagai nak pecah menahan tawa. Lisa juga merangkak menaiki katil dengan rambut yang terjurai sampai betul betul dia berada di atas badan rayyan. Rayyan menelan air liur. Jangan lah lisa mencari pasal malam malam ni.
'Kuatkanlah iman aku' desis hati rayyan. Jantungnya juga bagai nak tercabut bila lisa buat begitu.

Lisa menongkat kepalanya dengan tangannya yang beralaskan katil itu. Di bawah wajahnya betul betul wajah rayyan yang masih bingung. lisa sehabis menahan malu apabila melihat tubuh six pack rayyan tu. Lisa mengambil hujung rambutnya dan dibawa ke seluruh wajah rayyan. Rayyan kaku. Lisa mendapat idea nakal lagi. Dia membelai wajah suaminya itu dengan lembut. Rayyan sudah terbuai dengan sentuhan isterinya itu.
Lisa mula mencium pipi rayyan kemudian dahi, dagu, hidung dan yang terakhir, dia menujukan bibirnya ke bibir rayyan. Hampir saja bersentuh. Lisa menghumbankan badannya berbaring di sebelah suaminya itu. Dia ketawa semahu mahunya.
"Hahaha tulah nak kenakan lisa lagi. Padan muka. Hahahah" tiba tiba tawa lisa terhenti apabila melihat suaminya tiada respon. Marah ke suami dia. Mungkin dia sedikit melampau tadi. Sudah dua kali dia memperlakukan rayyan sebegitu.kasihan rayyan mendapat harapan palsu. Lisa hanya ingin bergurau.
Lisa memandang rayyan. Rayyan berdiri dan bergerak ke almari baju tanpa sebarang bicara. Adakah rayyan marah kepadanya. Dia tidak dapat melihat wajah rayyan kerana dihalang oleh pintu almari. Dia berasa bersalah. Jadi lisa menghampiri almari tersebut. Kelihatan suaminya sudah lengkap berpakaian.
"Rayyan.. " lisa menegur. Rayyan masih senyap dengan mukanya yang serious.
Dia memalingkan wajahnya dan bergerak menuju ke ppintu biliknya untuk menyangkut tuala yang sudah digunaknnya itu. Lisa mengikut rayyan. Rayyan membelakangkan lisa. Lisa betul betul rasa bersalah. Tidak patut dia melakukan sebegitu kepada suaminya.
"Rayyan. .sorry" kata lisa
"No" jawab rayyan pendek. Dia benar benar serious kali ini.
"Please. Im so sorry" kata lisa. Dia tidak suka bila rayyan bermasam muka dengannya. Lagi pun mereka baru sahaja berkahwin.
"No. You cross the line. Then you have to pay for this" kata rayyan masih serious sambil tangannya ligat membetulkan  tualanya di pintu.
Tanpa disangka, lisa menarik lengan rayyan agar menghadapnya dan memberikan kucupan di bibir suaminya itu. Terkedu rayyan.

Walaupun malu, lisa harus bertahan juga. Dia yang cari pasal sampai macam tu sekali. Jadi lisa harus bertanggungjawab. Berdosa bagi seorang isteri memperlakukan begitu kepada suaminya. Lama kelamaan rayyan dan lisa dua dua hanyut.

Setelah beberapa minit lamanya, rayyan menarik wajahnya. Ikutkan hati dia tidak mahu berhenti. Namun dia kasihan dengan lisa. 😂
Lisa masih menundukkan wajahnya dengan mata yang terpejam. Malu agaknya.
Rayyan sudah tersenyum. Rayyan juga bergurau sebenarnya tadi namun dia tidak sangka yang lisa benar benar menganggap yang dia marah serious. Dah rezeki rayyan. 😂
"Are you okay? " tanya rayyan setelah sekian lama lisa mendiamkan diri.
Lisa Mengangguk.
"Im sorry" kata lisa perlahan .
Rayyan ketawa.
"Its okaylah sayang. Im just kidding aroud too. " kata rayyan. Lisa memandang wajah rayyan dengan muka yang tidak puas hati. Dia memuncungkan bibirnya.
"Apa muncung muncung tu nak saya kiss lagi ke? " kata rayyan.
Lisa menutup mulutnya. Dia mengecilkan matanya melihat rayyan ketawa.
"Fine. Saya balik bilik dulu" kata lisa seraya membuka pintu dan berjalan ke biliknya. Rayyan masih ketawa terbahak bahak. Haih comelnyalah lisa ni.

In The Name Of Love💜Where stories live. Discover now