Lagi 2 hari lisa akan bergelar tunangan rayyan. Persiapan sudah lama disiapkan. Rayyan pula makin hari makin busy dengan kerjanya. Mereka juga jarang bertemu sejak seminggu ni, namun lisa tidak sikit pon kesah kerana dia faham dengan kerjaya rayyan namun kadang kadang lisa juga tersinggung dengan sikap rayyan. Walaupun rayyan masih menelefon lisa setiap hari namun cara percakapan rayyan dengannya acuh tak acuh . Lisa juga kadang kadang berasa tidak senang dengan sikap rayyan kebelakangan ini.
Selepas solat isyak malam tadi ,lisa terus menghempaskan badannya ke atas katil. Harinya sangat padat dengan jadual pembedahan dan sebagainya sehingga dia tiada masa untuk dirinya sendiri. Nasib baiklah majlis nya semua disiapkan oleh rayyan dan keluarga mereka.
Lisa ada juga bertanya tentang persiapan mereka, namun mamanya hanya menyuruh lisa menjaga diri dan tumpukan perhatiannya terhadap kerja sahaja. Mamanya juga enggan menyuruh nya membantu apa apa jadi lisa hanya akur.Deringan telefon bimbitnya menghentikan lamunan lisa. Telefon nya dicapai dan buatng hijau ditekan.
"Assalamualaikum... "
"Waalaikummussalam.. Lisa lagi dua hari kita bertunang, awak okay? "
Tanya rayyan
"Okay? Kenapa awak tanya macam tu. Is there something wrong.? "
"Takde apa apa lah... Saya just Tanya in case kalau awak tak ready lagi kan.kalau okay takpelah ,assalamualaikum." kata
rayyan
"Wait... Rayyan, awak ni kenapa eh? Sejak seminggu dua ni awak pelik sangat. Makin dekat kita nak bertunang makin lain perangai awak. Why? Awak tanya saya dah ready ke belum kan? Kalau saya cakap saya tak ready lagi macam mana? Awak boleh cari pengganti yg lain lah kan. Anyway kalau awak nak cari yang lain go on lah. Kita batalkan je pertunangan ni. Settle. Assalamualaikum" kata lisa sambil menekan butang off. Lisa rasa tertekan saat itu. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Selalunya dia yang menyelesaikan masalah pesakit namun sekarang dia buntu.
Telefon bimbitnya berdering lagi untuk kesekian kalinya. Dengan bengang lisa menjawab.
"Assalamualaikum.. Awak na... " belum sempat lisa bertutur rayyan mendahuluinya.
"Waalaikummussalam. Saya nak awak dengar dulu okay please... Okay.. Saya minta maaf sangat kalau awak rasa saya lain or berubah dua tiga hari ni. Im so sorry.. But.. " kata kata rayyan dipotong oleh lisa
"Rayyan... Cuba awak dengar ni.. Saya tak kesah kalau awak busy dengan kerjaya awak, saya faham ,tapi apa yang saya tak faham kenapa awak lain eh.. Macam berubah.. Kalau betul awak dah tak nak teruskan pertunangan ni saya okay.. Assalamualaikum. " kata lisa tenang.Rayyan sudah mengucap panjang. Apa yang dirancang nya tidak menjadi. Dia buntu apa yang harus dilakukan . Dia tahu dia sudah berubah namun ada sebab nya. Dia sangat sayang kan lisa. Dia juga buntu ketika itu.
Tanpa disedari air mata lisa gugur ke pipi . Namun lisa menabahkan hatinya. Dia tahu ada hikmahnya di atas semua yang terjadi. Dia akur dengan qada' dan qadar .dia mengambil air wudu' dan menunaikan solat istikharah.
Pagi pagi lagi lisa rasa bersemangat untuk keluar berjoging. Dia memakai seluar sport berwarna kelabu, baju lengan pendek berwarna putih, sweater sukan berlengan panjang berwarna kelabu dan tudung bawal hitam yang dililitkan singkat. Cukup cantik. Tekanan semalam sudah lama dilupakan. Hari ni merupakan hari cutinya. Dia mengambil cuti 2 hari awal untuk majlis pertunangannya yang entah jadi atau tidak itu. Namun dia redha dengan segala ketentuannya.
Lisa memasang earphonenya di telinga dan memainkan lagu 'dusk till down' dia telefn bimbitnya. Selepas memasukkan telefonnya ke dalam poket sweater nya, dia terus memulakan jogingnya.
Sedang dia leka berjoging sambil melihat dan mengamati tasik yang terbentang luas di sebelahnya, tiba tiba dia terasa seperti terlanggar sesuatu lalu tersadung ke tanah. Rupa rupanya batu. Kakinya saat ini sangat sakit sehingga tidak dapat digerakkan. Dia cuba untuk bangun namun, gagal. Nasibnya sangat malang kerana tiada sesiapa yang lalu di situ. Tu lah cuai lagi. Setelah sedaya upaya cuba untuk bangun dia terus duduk di bangku berdekatan. Sudahla pula dia tidak membawa kereta hari ni. Jarak rumahnya juga agak jauh jadi dia mengambil keputusan untuk
Menelefon mamanya. Setelah talian dihubungkan, dia menceritakan kepada mamanya apa yang berlaku. Mamanya juga sedikit cuak lalu mengatakan dia akan bergegas ke sana.
Pagi pagi lagi sudah keluar rumah. Mana keluarganya sedar akan kehilangan anak dara mereka itu. Nasib kau lah lisa.Sedang lisa ralit melihat kakinya, satu suara cemas menegurnya.
"Awak okay lisa? Ya allah macam mana boleh jadi macam ni? " kata rayyan cemas.
Lisa yang sedari tadi melihat rayyan hanya kaku. 'Aku rasa aku call mama dah tadi, pahal pulak mamat ni yang datang. Ke aku salah call ni'desis hati lisa.
Tiba tiba rayyan ketawa melihat muka blur lisa.
"Awak ni comellah lisa bila buat muka macam tu. Mesti awak pelikkan kenapa saya datang ni? Nanti saya explain. Dah jom saya bawa awak pergi klinik. Awak boleh bangun tak ni? Jom saya tolong. " kata rayyan sambil menghulurkan tangannya kepada lisa.
Lisa serba salah sebenarnya untuk menyambut, namun dah darurat. Dia mengeluarkan sapu tangannya lalu diletakkan diatas tapak tangan rayyan lalu dipegangnya. Sekurang kurang nya berlapik. Rayyan yang menjadi pemerhati tersenyum sahaja. Dia merupakan lelaki yang sangat beruntung jika dapat memiliki lisa. Seorang gadis yang baik menjaga aurat dan pergaulan dan pandai menjaga diri nya.Sedang lisa cuba untuk bangun, kakinya berdenyut membuatkan dia terduduk kembali. Wajah cemas rayyan kembali menerjah.
"Lisa.. Saya nak mintak izin awak ni.. Saya harap awak benarkan. " kata rayyan lantas memaut pinggang lisa dan cuba memapahnya.
Lisa hanya akur kerana dia tahu siapa lagi yang ingin membantunya saat itu.Selepas sampai ke pintu kereta lisa melepaskan pautan tangannya pada tangan rayyan. Rayyan membantu lisa membuka kan pintu dan terus bergegas ke klinik yang berhampiran.
Selepas gilirannya, rayyan menemani lisa sehingga ke dalam bilik rawatan. Tiba tiba seorang doktor lelaki memasuki ruang rawatan tersebut dan menegur.
"Eh doktor lisa..lama tak jumpa awak, kenapa ni? Tanya doktor awal 20 an itu.
"Eh doktor daniel ,apa khabar, tulah lama tak jumpa kan, kaki saya ni, tadi saya terjatuh masa joging. Saya rasa terseliuh sikit saja ni, tapi doktor tolong checkkan ye" kata lisa mesra. Memang lama dia tidak bertemu daniel selepas tamat pengajian mereka dulu mereka agak rapat ketika dahulu boleh dikira sebagai bestfriend lah tapi lepas mereka fly ke luar negara mereka sudah lama tidak menghubungi satu sama lain.
Rayyan yang sedari tadi berbahang menahan amarah. Bukan main mesra lagi daniel berbual dengan lisa sehingga dia yang berada di tepi tidak diendahkan. Cemburu ke?"Oh ya doktor daniel, ni rayyan bakal tunang saya" jelas lisa selamba.
Bagai dicurahkan air sejuk apabila lisa memanggilnya bakal tunang.
Rayyan terus tersenyum dan menghulurkan tangannya. Salamnya disambut mesra oleh daniel. Selepas menerima rawatan lisa bersyukur tiada apa yang serius tentang kakinya."So.. Doktor lisa, awak jangan risau, tak ada apa apa dekat kaki awak ,just terseliuh biasa je, tapi awak kena selalu pakai bandage ni supaya awak cepat sembuh. Alah awak pun doktor takkan tak tahu kan? " kata daniel sambil tersenyum. Lisa hanya tersenyum dan mengangguk. Selepas mengambil ubat, mereka berjalan ke kereta.
"Rayyan.. Tak apalah saya boleh jalan sendiri dah rasanya. Kaki saya dah better sikit ni. Dont worry. " kata lisa.
"Are you sure? No no tak boleh nanti kalau awak terseliuh lagi macam mana. Takpelah lagi sikit lagi sampai lah kat kereta, wait okay?" Kata rayyan sambil tersenyum.Selepas membantu lisa masuk ke dalam kereta, rayyan mambuat satu panggilan sebelum masuk ke dalam kereta. Lisa tidak tahu siapa yang di call nya namun dia berasa kasihan dengan rayyan yang terpaksa membantunya sedangkan rayyan busy dengan kerjanya. Selepas selesai rayyan terus meluncur laju dengan kereta bmwnya itu.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...