hari lahir

352 13 0
                                    

Sampai sahaja di rumah, rayyan memberhentikan keretanya selepas pintu pagar rumah lisa dibuka.
Lisa meninjau ninjau rumahnya dari dalam  kereta. Sunyi.
"Mana semua orang eh?  Kenapa senyap sangat ni? Biasanya mama sibuk siram pokok time time macam ni" tanya lisa
"Entahlah awak, jomlah kita masuk dulu".kata rayyan sambil menghulurkan tangannya.
"Eh takpelah saya boleh jalan sendiri"
Naik malu juga dia asyik berpegang tangan sahaja dengan rayyan walau berlapik.
"Betul ni? "Tanya rayyan.
Lisa hanya mengangguk.
Baru sahaja hendak melangkah keluar kakinya yang bersentuhan dengan lantai membuatkan dia berdesis sakit.
"Auch! "
"Ish awak ni saya dah cakap kan tak elok lagi tu. Biar saya tolong macam mana nak bertunang esok ni?nanti tak pasal pasal orang lain pulak kena ganti awak"seloroh rayyan. Lisa yang mendengar terdiam dan terimbas kembali pergaduhan mereka semalam .betul ke rayyan dah ada orang lain. Belum sempat rayyan berkata apa apa lisa merentap perlahan tangannya dari tangan rayyan dan berjalan perlahan lahan ke dalam rumah. Nasib lah rayyan meletakkan kereta berhampiran dengan pintu utama rumah, kalau tidak mahu bengkak semula kakinya. Rayyan yang tersedar dia tersalah cakap mendiamkan diri dan perlahan lahan mengikuti langkah lisa.

Baru sahaja pintu dibuka oleh lisa,
"HAPPY BIRTHDAY!! " laung keluarganya. Lisa yang berada di pintu dengan rayyan di sisi terkejut dan menitiskan air mata. Dia sendiri tidak ingat akan hari lahirnya kerana amat sibuk. Semua sudah ada di situ termasuk rakan rakan lisa kedua ibu bapa rayyan dan ramai lagi.
"Terima kasih mama ,papa, aunty, uncle ,semua" jelas lisa gembira.
"Jangan ucap dekat kami sahaja... Tu mastermind tak nak ucap terima kasih" kata mama lisa sambil menjuihkan bibirnya ke arah rayyan.
Dia menoleh ke arah rayyan yang sedari tadi tersenyum dan membalas senyuman itu hambar.
Sebenarnya rayyan dapat merasakan kedinginan lisa ketika itu.

Lisa melangkah perlahan menghampiri kedua ibu bapanya dan tetamu untuk memotong kek.
"Terima kasih semua.. Patutlah senyap je rumah " kata lisa sambil tersenyum. Yang lain sudah ketawa. Ramai juga yang hadir rupanya. Rakan karib lisa pun ada. Persiapan hari jadinya cukup meriah walaupun simple sahaja. Selepas mengambil kek harijadinya dan segelas air lisa terus ke balkoni rumahnya untuk mengambil angin. Walaupun hari ini merupakan hari kelahirannya namun dia dapat merasakan sesuatu yang kurang dalam hatinya. Dan yang lebih menghampakan dia tidak tahu apa perasaan itu.
Bunyi pinggan memberhentikan lamunannya .
"Lisa, jauh termenung, ingatkan saya ke. Takkan dah rindu kot? " sapa rayyan
Lisa hanya berdiam diri sebelum menjawab
"Saya tak tahu nak rasa apa sekarang rayyan. Its just like empty. Idont know what should i feel right now. "
"Kenapa ni? Ada apa apa yang saya perlu tahu ke? "Kata rayyan
"Entah lah saya pon tak tahu. Rayyan... Sebenarnya saya nak cakap pasal majlis tunang esok"
Tiba tiba rayyan berdebar menunggu pertuturan lisa.
"Kenapa? Ada apa apa masalah ke lisa? "
"No, its just saya yang masalahnya. before anything happen saya just nak cakap yang kalau awak nak batalkan pertunangan ni masih ada masa" kata lisa.
Rayyan tersentak lalu mengucap panjang.
"Apa awak cakap ni lisa? Saya tahu saya tak sempurna untuk awak tapi please give me a chance" rayu rayyan
"Its not like that rayyan. Love is not finding someone perfect for you but love is about finding someone that imperfect to make us perfect togather.
Macam ni lah saya rasa dah banyak kali saya cakap yang saya kind of complicated woman. Saya susah nak percaya mana mana lelaki sekali pon. Sebabtu once lelaki tu dah tunjukkan tak suka, for what saya nak teruskan kan?. Yeah we can give it a try but... Idont know" kata lisa akur
"What do you mean lisa.. Can you just straight to the point? " jelas rayyan. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik dari segi pertuturan lisa. Dia tidak bersedia untuk kehilangan lisa.
"You know what you seems like you dah jumpa someone else to replace me. Even kalau you call i, you pelik. I just dont know" kata lisa
"Lisa please jangan buat saya mcam ni. You know what.. Bukan senang untuk saya dapatkan awak and nak suruh awak terima saya sepenuhnya. Its too difficult for me and even sekarang saya tahu awak still tak fully terima saya kan. Saya juga tahu yang awak still tak boleh percaya saya kan.
Its okay but just remember this I know that for you explaining love towards me is like explaining the taste of water. Its so difficult... But i believe  that once you know how to describe it you will always remember it and you wont use the other thing to describe it then.assalamualaikum." Jelas rayyan seraya berlalu ke dalam rumah.

Akhir nya tumpas juga lisa. Air matanya yang ditahan tahan tadi keluar bercucuran. Sebak? Sedih?  Dia juga tidak tahu apa perasaan nya sekarang ini. Apa yang dirasakan sewaktu itu ialah kosong.

In The Name Of Love💜Where stories live. Discover now