pendirian

503 18 2
                                    

Keluar semalaman dengan rayyan amat memenatkan. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita, tak dapat berjumpa  di rumah berjumpa semasa operasi. Namun lisa tetap dengan pendiriannya. Matlamat nya harus digapai sebelum berkhawin.

Pagi itu lisa bangun seawal 8 pagi. Dia tertidur selepas menunaikan solat subuh nya pada pagi tadi. Jadi dia terus bangun dan bersiap siap.
Dia mengenakan baju kemeja lembut berwarna putih dan seluar jeans birunya.dia juga mengenakan tudung shawl hitamnya. Nampak sungguh cantik dan menawan. Tambahan pula kulit lisa yang putih kemerahan itu.

Selepas siap dia keluar untuk bersarapan. Selepas turun dari tangga rumah banglo 3 tingkatnya, matanya tertancap kepada sesusuk tubuh yang baru dikenalinya sedang bersarapan di meja makan bersama keluarganya.

"Rayyan?"
Tanpa diminta, seisi ruang makan melihatnya. Dia hanya beriak tenang dan tersenyum sedikit. Rayyan yang sedang menjamu selera terhenti dan matanya memandang lisa lama. Dia terpegun melihat kecantikan lisa pada pagi itu. Lamunan nya terhenti apabila suara cik fatimah memecah kesunyian
"Rayyan datang ni nak bawak adik pergi ambik kereta adik kat hospital. Dia ada cerita kat mama tadi ,semalam dah lewat sangat, so bahaya suruh adik bawak kereta, tu yang dia hantar lah adik terus.
"Oh ya kereta tu, memang adik nak pergi ambik kereta tu pon, tu yang bersiap dah ni, ingat ke nak call taxi je"jelas lisa.

"Tak apa saya bawak awak pergi ambik kereta tu lepas ni" celah rayyan. Lisa hanya mengangguk dan terus berjalan untuk duduk di meja makan.
Lisa terus menuangkan satu cawan jus oren ke dalam gelasnya lalu diminum perlahan
Belum sempat air ditelan suara ibu bergema lagi
"So, kiranya jadilah mama makan nasi minyak tahun ni kan? "Tanya cik fatimah dengan sengaja.
Tersedak dibuatnya lisa. Lalu dengan pantas rayyan yang berada di sebelah lisa menuangkan air masak ke dalam gelas dan menghulurkan kepada lisa.gelas itu disambut dan diminum oleh lisa sehingga separuh.

"Mama ni tak baik lah cakap depan rezeki ,makan lah dulu ma"kata lisa
"Apa? Mama just tanya je"jelas cik fatimah selepas menyedari suaminya memandang tepat ke arahnya.
Sempat juga lisa mengucapkan terima kasih kepada rayyan.
Selepas siap bersarapan, mereka terus meminta izin untuk keluar. Selepas bersalaman, mereka terus meluncur laju di jalan raya menuju ke hospital pula.

"Kenapa awak bawak kot doktor  dengan statescope tu sekali ?bukan awak cuti ke hari ni? "tanya rayyan
Lisa hanya tersenyum seraya menjawab.
"Itu protokol. Saya kena bawa semua ni 24/7 tau, dah nama doktor kan, sebab tu saya selalu letak dalam kereta saya, kan senang.so kalau ada emegency ke, saya terus pergi je, simple. "Terang lisa
"Oh patutla. Noted"seloroh rayyan.
Tegelak juga lisa pagi pagi macam ni 'comelnya' desis hati rayyan.

Sejak kejadian semalam, rayyan rasa rindu dan ingin bertemu dengan lisa lagi.

"Btw lisa sebelum kita pergi hospital boleh tak kalau kita pergi somewhere else?" tanya rayyan.
"Pergi mana"?
"Saya still nak disscuss something dengan awak pasal kita" kata rayyan
"Okay lah, ikut awak la". Jelas lisa akur.

Selepas sampai ke mall mereka terus menuju ke restoran. Kata rayyan dia pergi ke mall supaya tak bosan sangat selepas berbincang, boleh mereka bersiar siar.

Selepas memesan minuman di sturbucks, mereka mengambil tempat duduk di sudut kedai. Lisa memesan green tea vanilla kegemarannya dan rayyan memesan pretzel smoothies.

"Apa yang awak nak tahu ni?"tanya lisa
"Semalam awak tanya saya kan, then saya pulak nak tanya awak. Apa matlamat yang awak nak capai tu eh?
"Lah tu ke? Simple je, first, saya nak bina rumah saya sendiri with my own money mengikut design saya sendiri."
"Macam mana tu doktor? " seloroh rayyan membuatkan lisa tergelak lagi.
" rumah tu dah hampir siap, nanti saya bawak awak tengok and the important part is, tu.. " tangannya menunjuk ke arah kucing yang sedang berjalan berhampiran mereka.
"Tu? Kenapa dengan kucing tu? " tanya rayyan.
"Saya suka sangat kucing. Tak kesah kucing apa, so design rumah saya ada jugak untuk rumah kucing. "  jelas lisa sambil tersenyum.
"Okay.. Then"
"Second saya nak bawak my mama travel around the world dulu, sebab my mom punya impian nak jelajah tengok negara orang tapi tak kesampaian lagi. Saya ingat nak bawak dia tapi tu lah masa saya pack sangat, so saya tunggu je lah masa tu nanti. And saya nak bawak dia pergi haji jugak dulu. The third one, tu memang dah tercapai sebab saya nak dapat kerja sebagai doktor pakar. So i think thats all kot."
"Oh patutla tak nak khawin lagi eh? " tanya rayyan.
Lisa hanya tersenyum dan mengangguk.
"Bagus la tu.. Awak happy kan mak ayah awak dulu.tapi tak rasa ke macam rumah tu dah hampir siap then tinggal the last one lah kan? Apa kata saya bagi cadangan awak bawak mama awak pergi travel dengan suami awak nanti? "
Lisa yang sedang minum airnya terbatuk batuk. Rayyan merasa cemas seketika. Dia bangun dan mengusap belakang lisa yang sedang teruk tersedak. Namun dengan pantas lisa menghalang. Dia sebenarnya tidak selesa begitu. Mereka bukan mahram.
Selepas batuk lisa reda rayyan kembali duduk di kerusinya.
"Sorry.. Sorry saya buat awak terbatuk" kata rayyan.

Lisa hanya tergelak kecil seraya menjawab
" its okay, tapi lain kali kalau saya tersedak, awak jangan buat macam tu lagi tau, kita kan bukan muhrim"
"Erm.. Sorry saya tengok awak teruk sangat batuk tadi so saya tak tahu nak buat apa.. "
" its okay.. Next time jangan tau. Yang pasal bawak husband saya travel sekali tu saya tak sure tapi kalau dapat yang sporting okay la.. Cuba kalau dapat datuk yang busy selalu, tak sporting macam mana? "Terang lisa sambil tergelak gelak.
Rayyan juga turut sama tergelak.
" kan saya cakap no datuk datuk.. Tapi datuk depan awak ni sporting tau hehe"kata rayyan.
" yelah tu.. Ada ada je sporting, lagi awak nak tanya apa apa lagi" rayyan menggeleng seraya berkata
"Untuk masa sekarang lah nanti saya tak tahu"
"Okay lah kalau macam tu, jom pergi hospital saya nak ambik kereta".
Rayyan menggeleng dan lisa berasa hairan .
"Tadi kata tak ada apa dah nak tanya tapi tak nak balik pulak dah"kata lisa
"Saya tak nak tanya tapi saya nak cakap, yang sejak jumpa awak dekat hospital dulu saya start suka kat awak. Saya ingat ke bende biasa je, tapi makin hari perasaan tu still tak boleh hilang. I think its a normal feeling untuk orang umur macam saya ni. Tapi you know what, im wrong and bende tu tak normal sebab saya tahu yang awaklah fisrt sight love saya. And since tu saya tekad nak melamar awak and semalam saya dah pon cuba tapi tak sangka pulak tuhan jumpa kan kita semula dekat operasi tu. So saya harap sangat awak boleh terima saya sebagai kawan awak slow slow."
Pengakuan rayyan tu membuatkan lisa sebak. Lisa Padang tepat ke arah mata lelaki itu dan berkata
"Im so sorry, tapi kita boleh kenal dulu kan? Its too fast for me."
"Tak pe saya faham"
"Btw berapa umur awak eh?datuk datuk ni biasanya dah tua tau 40,50 or  70 tahun? " seloroh lisa cuba menghilangkan suasana tegang tadi .
Rayyan hanya tergelak kecil dan menjawab
"Umur saya 80 tahun"
Lisa membulatkan matanya dan rayyan terus tergelak besar.
"Kenapa kalau saya 80 tahun tak nak kawan dengan saya ke? " lisa mengangguk seraya mereka berdua ketawa.
"Sebenarnya umur saya 24 tahun. "
"Awak still tua bagi saya sebab saya 23   tahun" jelas lisa sambil ketawa.

In The Name Of Love💜Where stories live. Discover now