sabar

244 10 0
                                    

Malam itu, lisa berjalan lesu ke bilik neneknya. Semua ahli keluarga nya sudah pulang. Sebelum masuk ke dalam bilik neneknya, dia cuba senyum. Masuk sahaja di dalam bilik itu, lisa melihat neneknya sedang nyenyak tidur. Jadi, dia berjalan menuju ke tepi katil neneknya dan menarik kerusi untuk duduk.

Perlahan sahaja dia menarik tangan nenek nya dan menggenggam erat tangan yang sudah tidak bermaya itu. Dia melihat muka nenek nya dan membenamkan mukanya ke tilam katil itu dan menangis.
Tiba tiba tangannya terasa seperti digenggam erat. Rupanya nenek nya terjaga. Dia mengangkat wajahnya dan memandang ke wajah nenek nya itu.
"Nenek.. Lisa minta maaf ye tak dapat nak jaga nenek betul betul sampai nenek sakit macam ni. Lisa memang doktor dan cucu yang teruk kan." Lisa menangis lagi. Neneknya menepuk perlahan tangan cucunya seraya menggeleng.
"Lisa tak salah apa apa pon.  Jangan macam ni ye lisa. Nenek baik baik je cuma mungkin dah sampai masa untuk nenek pergi" kata nenek
Lisa menggeleng laju
"Jangan cakap macam tu. Macam mana pon lisa mesti tolong nenek ye. Nenek kena kuat untuk lisa tau. Lisa sayang nenek. Nenek rehat ye" nenek hanya mengangguk dan tersenyum seraya memejamkan matanya.
Sedar sedar lisa tertidur di samping neneknya.

Tidak lama kemudian, rayyan pula memasuki ruang itu. Selepas solat isyak, dia bergegas ke hospital semula bagi melawat Nenek lisa. Masuk sahaja bilik itu, lisa sudah tertidur dengan tangannya memegang tangan neneknya. Rayyan perlahan lahan menarik kerusi bersebelahan lisa dan meletakkan kepala di atas tilam juga di sebelah wajah lisa. Dia meneliti muka lisa.
'Kuatkanlah diri awak lisa. Saya yakin awak kuat' kata rayyan berbisik.

Tanpa sedar dia juga terlelap di situ dengan posisi wajahnya yang memandang tepat ke wajah lisa.

😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴

Nenek terjaga dari tidurnya dan melihat keadaan lisa dan rayyan. Dia tersenyum.
Dia yakin rayyan adalah seorang lelaki yang sesuai untuk menjaga cucunya itu. Tepat jam 4.13 pagi, nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bangun sahaja pada jam 4.30 pagi, lisa terkesima melihat wajah rayyan betul betul hampir dengan wajahnya. Dia terus berdiri sedang rayyan masih nyenyak tidur.
'Dia stay kat sini ke semalam? ' gumam hati lisa.

Dia mendekati nenek. Wajah nenek sungguh tenang dan damai. Baru sahaja ingin mengejutkan , dia terperasan kan sesuatu. Wajah nenek sungguh pucat bagaikan tiada darah yang mengalir. Dia menjadi cuak. Dengan perlahan tangan lisa memegang tangan neneknya. Tangan nenek sungguh sejuk. Dia sudah tidak senang duduk. Dia memeriksa nadi neneknya. Perlahan lahan lisa menggoncang tubuh tua itu.

"Nek.. Bangun nek. " kejut lisa. Rayyan juga terjaga apabila mendengar suara lisa. Dia menggosok kan matanya. Apabila melihat lisa duduk semula di kerusi sebelahnya sambil menangis teresak esak, dia menjadi risau.

"Lisa.. Are you okay? Kenapa ni" rayyan menanya.
"Ne.. Nek.. Da.h tak ada" terang lisa tersedu sedan. Kali pertama rayyan melihat lisa menangis sebegitu teruk.

"Inalillah hiwainaillah hirajiun" itu sahaja yang terucap di bibir rayyan. Dia melihat sekujur tubuh itu yang kelihatan damai sekali. Dia menghampiri dan menarik selimut nenek sehingga ke paras muka. Lisa sudah terkaku dan menangis tidak henti. Rayyan menekan butang untuk memanggil doktor ke situ. Tidak sampai seminit, doktor naufal muncul dengan beberapa orang jururawat.

Setelah melihat keadaan lisa dan nenek naufal mengangguk faham. Dia juga mengucapkan perkataan yang sama diucap oleh rayyan. Dia kasihan melihat lisa yang menangis teresak itu. Dia menghampiri lisa.
"Doktor lisa.. Be strong okay. Allah dah aturkan segalanya. Awak kena terima ajal maut itu di tangan tuhan. Awak bersabar ye" kata naufal memujuk.

"Sa.. Ya sa.. Yang dia.. Naufal.. Kenapa. Dia kena.. Ti..nggal kan..sa..ya." Kata lisa lagi. Lisa berasa sungguh bersalah kerana tidak menjaga nenek nya dengan betul.
"Janganlah cakap macam tu lisa. Semua orang sayangkan dia. Saya pon tahu awak sayangkan nenek awak. Tapi dah sampai ajal nenek awak. Daripada nenek awak tersiksa dengan penyakit ni. Awak relakan lah pemergian dia. " kata naufal. Rayyan hanya memerhati.
Lisa hanya menundukkan wajahnya.

Jenazah neneknya telah selamat dimandikan dan dikafankan. Selepas selamat dikebumikan, lisa masih tidak henti menangis. Papa datang kepadanya dan memeluk erat anak kesayangannya itu.
"Adik kena redha sayang. Biarkan nenek pergi dengan aman. Kalau Lisa macam ni, terseksa nenek tu nanti. Nenek dah cukup bangga mempunyai cucu macam lisa. Jadi lisa jangan salahkan diri lisa. Kami semua tahu lisa dah cuba yang terbaik. Dah sampai ajalnya." Kata papa memujuk

"Tak pa.. Lisa yang salah. Lisa tak dapat jaga nenek dengan baik. Lisa salah. " kata lisa. Sanak saudaranya juga menitiskan air mata. Mereka tahu lisa sangat rapat dengan nenek nya dari kecil lagi. Malah sepupunya juga mengakui bahawa lisa lah yang paling manja dengan nenek mereka.

Tiba tiba hujan mengiringi pemergian nenek lisa. Tangisan lisa terhenti sebentar. Dia mengambil selimutnya dari dalam kereta dan berlari ke tanah perkuburan itu. Di dalam hujan, di menyelimuti pusara neneknya itu.
Rayyan yang melihat berlari ke arah lisa untuk memujuk. Sama juga dengan keluarga lisa. Lisa memeluk erat kubur neneknya yang masih merah itu sambil menangis.
"Lisa, janganlah macam ni. Lisa tak boleh lemah lisa. Rayyan tahu lisa kuat. Jom kita balik. Hujan ni, nanti lisa demam. Jom" pujuk rayyan lembut sambil memegang kedua bahu lisa.

"Taknak. Kalau awak nak balik, baliklah. Lisa nak duduk sini teman nenek. Kesian nenek, mesti sejuk. " kata lisa dalam tangis nya yang tidak dapat dibendung lagi.
Rayyan yang mendengar turut menitiskan air mata.

"Lisa.. Jom. Jangan macam ni. Kita balik eh. Esok kita datang lagi. Lisa nak tengok nenek aman kan dekat sana. So lisa tak bolehla macam ni. Kita redhakan pemergian nenek ye. Kalau lisa terus macam ni, nanti nenek terseksa lisa. Kita balik ye" kata rayyan sambil menarik tangan lisa dan membantunya untuk bangun.

Dalam tangisan, lisa mengikut juga kata rayyan. Dia tahu semua yang dikatakan rayyan itu benar. Dia juga tak nak nenek terseksa.
Rayyan memandu kereta lisa. Dia risau kalau lisa dipengaruhi emosi nya yang sememangnya tidak stabil ketika ini. Keretanya pula, dipandu oleh rakannya.

Sampai sahaja di rumah lisa, dia membantu lisa ke bilik tidurnya.
"Lisa.. Awak rehat lah dulu. Saya tahu awak penat. Jangan fikirkan sangat ye. Awak rest dulu, bersihkan diri, mandi, solat. Okay? " kata rayyan. Namun lisa hanya berdiam. Tangisan nya sudah mula reda. Dia hanya mengangguk dan berjalan masuk ke biliknya.

In The Name Of Love💜Where stories live. Discover now