sambutan

264 11 0
                                    

Hari ini genap usia nenek 70 tahun.  hari jadi nenek kali ini akan disambut dengan meriah. Ini kerana semua ahli keluarga lisa berada di situ. Rayyan juga berada di situ. Cuma ibu bapa rayyan tidak dapat menghadiri kerana ada kerja yang harus dilakukan. Jadi hanya rayyan yang dapat hadir. Masa yang dinantikan sudah tiba. Lisa ke dapur untuk mengambil kek sementara yang lain sudah  bersedia di luar bersama nenek. Nenek sungguh gembira sedang lisa mengeluarkan kek daripada peti, rayyan menegur.
" elok elok jatuh nanti kek tu kesian saya. Penat tau saya nak buat kek tu tau" kata rayyan berseloroh.

"Eleh.. Tolong saya hias je pon" kata lisa
"Yelah" rayyan menunjukkan muka ala ala merajuk. Lisa sudah menahan tawa.
"Okay lah okay lah. Thanks tolong saya semalam." Kata lisa sambil tersenyum. Muka masam rayyan berubah ketika dia juga sama sama tersenyum dan ketawa.
"Sama sama" kata rayyan.

Sedang lisa sedang bersembang dan ketawa bersama lisa, tiba tiba ira, kakak lisa berlari ke dapur.
"Lisa lisa lisa.. Nenek pengsan " kata ira termengah mengah.

"Hah? " terkejut juga lisa dibuatnya.
Lisa terus bergegas ke hadapan dan menghampiri nenek nya. Yang lain sudah mengerumuni nenek lisa. Rayyan sudah menyuruh saudara mara lisa agar memberikan ruang kepada nenek dan lisa. Lisa pula sedang memeriksa nadi neneknya. Nenek nya kelihatan sungguh pucat.

Lisa mencapai telefon bimbit dari poket belakang seluar jeans nya dan mendail .
Tidak sampai beberapa saat panggilan nya dijawab.

"Assalamualaikum doktor naufal, saya ni. My grandma pengsan ni. You tolong suruh unit kecemasan bersedia. I will arrive there as soon as thanks. Assalamualaikum" . Selepas possiblemematikan talian,
"Rayyan, shafiq, fikri, tolong angkat nenek masuk kereta lisa. " kata lisa tergesa gesa. Selepas menghidupkan enjinnya, mereka memecut laju ke hospital. Rayyan yang memandu kereta lisa. Asalnya lisa ingin memandu, namun rayyan tidak membenarkan. Dia bimbang lisa mengikut emosinya walaupun di mata kasar, lisa hanya tenang dengan situasi itu. Namun mukanya ada riak risau. Doktor lah katakan. Sudah terbiasa dengan situasi yang mencemaskan itu.

Sampai sahaja di hospital, lisa menyarung kot doktornya dan bergegas mengikuti neneknya yang disorong masuk ke dalam hospital.
Naufal juga mengikut langkah lisa. Rayyan pula menelefon papa Lisa untuk memaklumkan keadaan nenek.

Selepas nenek dirawat, nenek ditempatkan di wad kecemasan. Keadaan nenek dilaporkan stabil. Lisa membawa laporan dan test darah nenek ke balai pemeriksaan darah dan dna . Sedang dia berjalan, dia terserempak dengan keluarganya yang menunggu di luar wad kecemasan.
"Macam mana keadaan nenek lisa? " tanya papa lisa
"Im so sorry pa.. Lisa nak cepat ni nak pergi cek darah nenek dulu. So lisa tak sempat nak bersembang lama. Tapi jangan risau buat masa sekarang nenek stabil. " kata lisa lalu berlalu.
Sepatutnya kerja hantar menghantar darah untuk diperiksa adalah kerja jururawat namun lisa ingin menguruskan sendiri.

Selepas pemeriksaan dan keputusan keluar, lisa menarik nafas panjang. Sedih?  Ye dia memang sedih. Tiada apa yang dapat digambarkan ketika itu. Jika ikutkan hati, hendak sahaja dia menagis semahunya. Namun dia tahu itu hanya sia sia kerana nenek memerlukan dia ketika itu.
Dia berjalan ke wad kecemasan semula duduk di sisi katil nenek nya.
Naufal hanya memerhati.
"Doktor Lisa, macam mana dengan result test your grandma?" Tanya naufal
"Stage 4" kata lisa sepatah masih berbunyi sedih.
"Stage 4? Sabar ye. Kita cuba bantu sedaya upaya ye lisa. " naufal memujuk.
Lisa hanya mengangguk. Namun dia masih beku. Tiada air mata yang menitis. Sedaya upaya mengawal perasaannya yang bergolak itu. Dia nekad tidak mahu sedih di hadapan neneknya. Cukuplah neneknya menanggung sakit cancer itu.

"Nenek perlu dibedah. Tu je cara yang kita ada sekarang fal" kata lisa yang masih duduk memandang neneknya yang sedang nyenyak tidur itu.
Naufal hanya mengangguk faham.
"When? " tanya naufal
"As soon as possible" kata lisa.

🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻

Lisa menghadiahkan senyuman hambar kepada keluarganya yang menunggu di luar wad. Semua kelihatan risau.

"Macam mana lisa? " tanya puan fatimah
"Nenek stabil. Kalau siapa siapa nak melawat boleh tapi seorang sahaja ye dalam satu masa. Nenek need rest. Jangan buat nenek stress. Lagi satu jangan bising eh. Papa mama, lisa nak cakap something ni. Kita discuss dekat bilik lisa eh" kata lisa masih senyum tawar. Papa dan mama lisa hanya mengangguk. Lisa berjalan mendahului papa dan mama nya.

Sampai sahaja di bilik, lisa mengambil keputusan kesihatan neneknya. Dia meniliti kertas itu dan menghulurkan kepada puan fatimah dan papanya.

"Ma.. Pa.. Lisa nak cakap pasal kesihatan nenek. Adik harap mama dengan papa boleh terima. Nenek cancer hati tahap 4. And this is the last stage. Adik nak buat pembedahan secepat mungkin tapi adik perlukan persetujuan dari both of you."

Puan fatimah sudah terkedu dan menitiskan air mata.
"Tak ada cara lain ke dik? Nenek tu dah tua " kata papa lisa.
"Tu je best way papa. Kita boleh buat chemotherapy dulu tapi adik dengan naufal rasa this is the best way. Kalau chemo memang boleh bunuh sel cancer tu tapi kami tak jamin yang nenek boleh bertahan. As you said sekuat mana pon nenek but shes already old. Adik cuma nak yang terbaik untuk nenek pa" kata lisa.
Dia sedaya upaya menahan tangis. Dia tidak mahu menunjukkan yang dia lemah di hadapan keluarganya. Dia juga tidak mahu keluarganya lemah melihatnya begitu.

"Its up to you adik. Kalau adik rasa tu jalan yang terbaik.. Papa setuju" papa lisa berkata. Lisa hanya tersenyum dan menangguk. Walaupun mama lisa berasa hairan mengapa lisa tidak menitis kan sebarang air mata semasa memberi penerangan tapi papanya faham anak kesayangannya itu. Dia yakin di dalam lisa sudah menangis teresak esak. Tapi dia kuatkan hatinya.

"Kenapa abang tak terkejut bila dengar mak dah stage 4" tanya mama yang masih tidak dapat menerima.

"Ma.. Lisa minta maaf sangat sangat tapi nenek suruh rahsiakan dari keluarga. Cuma papa nenek and rayyan tahu pasal ni. Im so sorry sebab tak berterus terang dengan mama. " kata lisa. Mama nya menangis lagi.
"Sampai hati semua orang sorok benda ni dari mama. Lisa.. Kenapa dengan rayyan lisa boleh berterus terang? Tapi dengan mama? Lisa tak sedih ke kalau kehilangan nenek?ha?" tanya mama yang sememangnya membuatkan lisa serba salah. Lisa hanya mendiamkan diri. Tak lama kemudian pyan fatimah  berlari keluar dari bilik lisa.

"Tak apa lisa. Jangan ambik hati dengan mama. Mama terkejut lagi tu. Lisa buat lah yang terbaik untuk nenek. Papa yakin dengan lisa. " kata papa. Lisa bangun dari kerusinya dan memeluk erat papanya itu.
Dengan itu air matanya tumpah.

"Im sorry , im sorry,  im sorry. Lisa tahu lisa doktor yang teruk. Kesihatan nenek pon lisa tak boleh jaga. Lisa memang teruk" kata lisa teresak esak menangis di bahu papanya.
"Tak, lisa tak teruk. Papa yakin adik doktor terbaik. Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk kita kan. Papa yakin adik kuat. Jangan nangis ye. Buktikan yang adik kuat. Doktor pakar mana boleh nangis lah. Buat malu dekat patient je. " sempat lagi papa berseloroh. Lisa melepaskan pelukn dan mengelap air matanya sambil mengangguk dan tersenyum.

"Ok lah adik papa nak pergi tengok mama sekejap ye. " kata papa seraya berlalu pergi. Kini lisa bersendirian di bilik nya. Dia duduk semula di kerusinya dan menundukkan wajahnya.
"Mama, lisa lah orang yang paling sedih kalau terpaksa kehilangan nenek yang paling adik sayang dalam dunia ni. " kata lisa sambil air matanya mula menitis di atas peha nya.

Selang beberapa minit, papa lisa mendapatkan puan fatimah.
"Mah.. " panggil papa lisa yang melihat isterinya duduk menangis bersendirian di sebuah kerusi.
"Abang pon sama je. Bukan nak bagitahu saya. Saya tahu saya ni tak penting tapi tu mak saya." kata puan fatimah
"Mah.. Awak kena faham. Jangan merumitkan lagi keadaan. Bukannya kami taknak bagitahu tapi ni atas permintaan mak. Rayyan pon tahu sebab dia terdengar kami bercakap. Thats all. Tolonglah mah kesiankan adik tu. Dia sedaya upaya tolong mak tapi awak pula nak salahkan dia. Dia juga tersepit. Sebagai seorang doktor merupakan protokol dia untuk berterua terang dengan kita tapi dia pon tersepit mah. Mak dah cukup sedih. Dia taknak mak bertambah sedih bila nampak kita sedih. Sebab tu lisa terpaksa sorokkan . Lisa tu terlampau sayangkan nenek dia. Dia membesar dengan mak mah. Masa kita sibuk dulu ,mak lah yang jadi tempat dia dapatkan kasih sayang. Tolong lah faham mah." Pujuk papa lisa. Akhirnya puan fatimah mengangguk dan mengakui kesalahannya itu.

In The Name Of Love💜Where stories live. Discover now