Hari ni sudah genap sebulan lisa bekerja setelah pulang dari cuti.
Agak penat kerana banyak pembedahan yang harus dilakukan.
Seusai solat maghrib, lisa mengalunkan ayat suci al quran dan kemudian berbaring dia atas katil.
Agak lama dia tidak berjumpa rayyan tetapi dia tidak kesah. Sepanjang itu juga dia tidak memikirkan langsung tentang rayyan. Namun hari ini dia mula memikirkan tentang rayyan selepas kejadian petang tadi.Wanita yang pernah terserempak dengannya di restoran McDonald sebulan lalu bersama rayyan berjumpa dengannya semasa ingin ke tempat parking kereta di hospital tadi. Dia tidak tahu macam mana wanita itu boleh ada di hospital itu, tapi mungkin ahli keluarganya uang sakit, fikir lisa.
"Wait wait wait.. You bukan perempuan yang i jumpa dengan rayyan hari tu ke. Whatever. Btw Saya sara, girlfriend rayyan. Saya dah lama kenal rayyan tapi saya tak tahu macam mana dia boleh pilih awak sedangkan saya ni berpuluh kali ganda lagi bagus dari awak. Entah dari mana dia kutip you pon i tak tahu. Entah dari mana datangnya you ni kan. Nak kata anak datuk, tak pon rasanya nak kata orang kenamaan lagi lah tak kan, nak kata kerja sama dengan dia, lagilah tak kan sebab sepanjang i kenal dia i tak tahu pulak ada orang macam you ni. In fact i rasa you ni just merempat kan, muka macam you ni macam tak berpelajaran adalah. Mesti you ni nak kikis harta dia je kan."
Lisa hanya beriak tenang walaupun hakikatnya dia memang geram dengan mulut puaka perempuan tu. Mahu dicili cilinya mulut minah tu kalau di luar kawasan hospital.
Namun tidak sempat dia berkata apa apa, seorang jururawat wanita mendekati mereka.
"Doktor lisa, doktor tertinggal kot tadi, jadi saya nak pulangkan kat doktor, nasib baik doktor tak balik lagi" jelas jururawat tersebut.
Lisa hanya tersenyum seraya mengucapkan terima kasih dan jururawat itu terus berlari masuk semula ke dalam hospital dan barulah lisa berkata. Sara hanya memandang dengan riak yang terkejut.
"Dah puas dah mengutuk. For your information miss sara,saya doktor pakar di sini, yes im not anak datuk or whatever and saya tak pandang lah harta mak ayah saya cause saya boleh cari sendiri dan tak perlu guna nama diorang untuk naikkan nama saya and rasa dihormati macam awak sekarang ni cause its useless and i think its just shame on you. Btw i dont need rayyan's money at all cause i already have mine.so kalau awak rasa awak sayang sangat dengan pujaan hati awak tu, ambik lah, i dont mind at all.i got to go now and selamat maju jaya membawa gelaran 'datuk' or 'tan sri' ayah awak tu.one more thing, saya tak kesah lah awak girlfriend dia ke apa ke, kalau awak nak dia just go ahead jangan nak jatuhkan martabat perempuan macam ni just sebab lelaki and you know what nampak murah sangat. Sorry. Assalamualaikum" kata lisa dengan tenang walaupun tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati dia sewaktu itu.
Dia menghidupkan enjin bmw nya dan meluncur laju atas jalan raya dan meninggalkan sara terkebil kebil di situ.
"Kau tunggu lisa nasib kau.arghhh!! " kata sara berang.Lisa cuba memejamkan matanya, namun tidak boleh. Lalu digagahkan dirinya mengambil iphone 7 nya dan mendail nombor rayyan. Tak sampai seminit panggilan nya dijawab.
"Assalamualaikum, lisa kenapa call?
Awak rindu saya ke? Baru sebulan tak jumpa awak rindu saya dah ke. Ke ada apa apa yang saya boleh tolong" kata rayyan bertubi tubi dengan hati yang berbunga. Lalu lisa menjawab
"We need to talk. Esok saya jumpa awak lepas waktu pejabat di tempat biasa ye" terang lisa selamba.
"Awak okay ke ni. Kenapa you sound so serious? "
"Nothing just nak jumpa awak esok. Saya harap awak free esok"
Talian terus dimatikan. Keluhan berat dilepaskan oleh lisa. Dia membuka telefonnya lalu membuka bahagian recorder.
Dia memaikan record yang diambilnya petang tadi dan kemudian perlahan air jernih menitis ke pipi. Record itu merupakan record suara sara menghinanya. Sempat lagi dia mengambil record itu kerana semasa mereka berjumpa, lisa sedang bermain dengan telefonnya ,jadi lisa terus membuka recorder untuk merakam segala yang dituturkan oleh sara.
Selepas habis mendengar record itu lisa terus meletakkan telefonnya ke tepi dan menutup matanya untuk tidur.
Tabahlah lisa banyak lagi perkara yang harus dijalani sebelum akhir hayatnya nanti.Rayyan yang sedari tadi gundah dan risau seperti kera kena belacan berulang alik berjalan di tempat yang sama. Sesekali telefon bimbitnya di tangan diperhati. Dia benar benar mengharap kan agar lisa menelefonnya semula tapi hanya tinggal harapan. Ikutkan hati dia hendak mendail nombor lisa namun dia tahu lisa pasti letih. Sejujurnya rayyan rindu untuk mendengar suara lisa dan berjumpa dengan nya. Apatah lagi bila lisa merajuk ataupun marah. Sejak Pertemuan mereka rayyan selalu berdoa kepada tuhan agar menjadikan lisa sebagai jodohnya walaupun dia tahu lisa masih tiada tanda cinta kepadanya namun dia tetap akan mencuba.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...