Lagi beberapa hari Lisa Dan rayyan akan bergelar suami isteri. Hanya menghitung hari. Tapi lisa masih tidak senang duduk. Betul ke apa yang dia buat ni. Memang rayyan berjaya tembus benteng hati lisa tapi dia belum yakin bahawa rayyan mampu atau tidak untuk pecahkan benteng tu. Dia hanya berharap. Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk mereka menjadi suami isteri yang sah. Sememangnya lisa takut untuk memulakan kehidupan baru tapi dia harus melupakan perkara yang lama. Itu sahaja harapannya. Menerima rayyan dalam hidupnya merupakan keputusan yang besar.
Pagi pagi lagi lisa sudah bersiap untuk keluar berjoging di taman bandar. Dia mengenakan pakaian sukan dan sweater memandangkan hari itu sejuk kerana baru lepas hujan.
Selepas 3 pusingan, dia berehat di sebuah kerusi rehat yang disediakan untuk awam itu. Dia termenung lagi
'Betul ke apa yang aku buat ni' tanya lisa.
Petang ni rayyan hendak berjumpa dengannya. Nasib lah dia mengambio cuti awal untuk menguruskan urusan perkhawinan nya.
Sedang dia duduk, dia terimbas kembali semasa pertemuannya dengan fikri di balai tempoh hari."Saya redha dan terima awak dengan rayyan. Tapi saya nak awak ingat something ni, saya ada kalau apa apa jadi antara awak dan rayyan. Saya ada kalau awak perlukan saya. Just remember that. " kata fikri.
Terngiang ngiang di telinganya.
'Kalau jadi apa apa.. Jadi apa? ' lisa tertanya. Ya allah betul ke pilihan aku ni. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku dah tak sanggup nak korbankan kasih sayang aku lagi.Selepas berjoging, dia pulang semula ke rumah. Selepas mandi, dia menyalin pakaian nya. Dia mengenakan baju crop top berlengan panjang berwarna pink lembut dan seluar jeans high waist hitam serta bertudung shawl pink pastel dililit singkat. Sungguh cantik. Dia mengambil telefon i phone 7 yang berwarna rose gold dan diletakkan ke dalam beg tangan maroon nya.
"Siap" kata lisa selepas siap memakai tudung dan pakaiannya. Dia memang seorang yang tidak suka bermake up. Jadi senang dan cepat sahaja dia bersiap. Rayyan tiba tepat jam 11 pagi.
Sampai sahaja kereta rayyan di hadapan pintu pagar rumah lisa, lisa bergerak masuk ke dalam kereta itu dengan secalit senyuman. Rayyan mengerutkan kening. Pelik.
Namun rayyan terus menuju ke hotel yang bakal menjadi tempat malam berinai lisa nanti. Hotel yang dipilih rayyan agak mewah. Hotel lima bintang. Lisa sudah menghalang rayyan kerana itu hanya malam berinai namun rayyan tetap ingin mengadakannya di situ. Bila masuk sahaja, keadaan hotel itu sungguh besar. Selepas beberapa jam berurusan dengan pemilik hotel itu, iaitu rakan kepada rayyan, kami melawat dewan yang ditempah.
Luas dan cantik dihias dengan lampu chandeliar nya . Tidak perlukan hiasan yang berlebihan. Dewan itu memang sudah cantik. Lisa masih berdiam diri. Semasa berbincang tadi pun dia hanya bercakap bila perlu. Selebihnya rayyan yang uruskan. Rayyan juga tidak menegur. Selepas siap berbincang, lisa dihantar pulang oleh rayyan semula ke rumah. Rayyan ada juga ingin membawa lisa untuk bersiar siar dulu namun, lisa menolak dengan alasan yang dia penat. Rayyan hanya akur.××××××××
Seusai solat maghrib, telefon bimbit lisa berbunyi.
"Assalamualaikum lisa" sapa rayyan
"Waalaikummusalam.. Ada apa call saya? " tanya lisa.
"Just nak bagitahu awak yang saya ada depan rumah awak ni" kata rayyan.
Lisa melihat di beranda biliknya .ternyata rayyan tidak berbohong.
"Kenapa datang? " tanya lisa sambil memandang ke arah rayyan dari atas. Rayyan juga sama.
"Sebab saya nak discuss something dengan awak ni" kata rayyan senyum.
"Okay lah tunggu saya turun. " kata lisa hambar. Dia tiada mood ingin berjumpa dengan rayyan. Kepalanya masih berserabut. Kalau orang lain mungkin happy bila beberapa hari lagi mereka akan disatukan. Namun tidak pada lisa. Keliru?. Yes lisa keliru lagi.
"Wait.. Saya nak ajak awak keluar ni. Saya dah pun bagitahu uncle tadi. Awak bersiaplah saya tunggu. " kata rayyan lagi
"Saya tak ada mood nak keluar" kata lisa lagi hambar. Rayyan dapat rasakan sesuatu yang lain dengan lisa
"Please.. " rayu rayyan. Akhirnya lisa akur dan bersiap.###########
"Kenapa awak bawa saya datang sini?" Tanya lisa malas.
"Sebab saya rasa dekat sini lah kita boleh berbincang" kata rayyan.
"Nak bincang apa? " tanya lisa lagi."I feel something wrong with you. Are you okay. Makin dekat kita nak khawin makin saya rasa awak nak jauhkan diri dari saya. Jangan ingat saya diam sebab saya tak perasan perubahan awak. Awak senyap je kalau kita keluar. Awak dah tak macam dulu. Mana lisa dulu?. Yang selalu ceria, happy. Kenapa sebab kita nak kahwin ni ke awak nak jauhkan diri dari saya?."kata rayyan
"Awak tak faham saya"kata lisa
"Then buat saya faham, kenapa? " tanya rayyan lagi.
"Saya risau. Saya risau kalau... Kalau.. Kalau awak bukan the right choice for me. Saya takut saya salah pilih . Saya tak nak perkara yang sama jadi. Saya taknak sedih lagi. Saya taknak korbankan cinta saya for the second time. " kata lisa.
"Then awak rasa awak dah salah buat pilihan ke lisa? Do you think worth it ke awak jauhkan diri dari saya. Awak rasa masalah ni selesai kalau awak still macam ni. Think wisely lisa." Kata rayyan
"Saya tak tahu" kata lisa
"Sampai bila" tanya rayyan. Lisa mengerutkan dahinya
"Ha? " tanya lisa
"Sampai bila awak nak jauhkan diri dari saya. Sampai bila awak nak letak benteng tu dalam hati awak. Awak sendiri cakap saya dah berjaya tembus dari benteng tu." Kata rayyan
"Yes you do. But im not sure kalau awak berjaya atau tak pecahkan benteng tu rayyan .tolong lah faham saya" kata lisa
"Yes i understand you. Saya akan buktikan dekat awak yang saya akan berjaya pecahkan benteng tu lisa. Saya yakin. " kata rayyan.
"Jangan terlampau yakin rayyan"kata lisa
"Saya yakin sebab saya dah ada jawapannya. Istikharah lisa. Saya tahu awak keliru. Jawapan istikharah saya dah lama terjawab. Dan jawapannya awak. Cuba istikharah lisa. Saya yakin awak juga akan dapat jawapannya. " kata rayyan.
Akhirnya lisa tersenyum dan mengangguk.Malam itu, lisa menyempurnakan solat isyak dan seterusnya membuat solat istikharah. Dia berasa tenang malam itu.
"Saya sayang awak dan tak akan ada sesiapa dapat pisahkan kita selain ajal" tiba tiba suara rayyan terngiang ngiang di telinganya sewaktu dia cuba melelapkan matanya. Dia tersenyum dan terus melelapkan matanya.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...