Kaki lisa terluka sedikit. Mana tidaknya gunting yang disepaknya. Memang luka lah kakinya.
Jadi dia menaiki tangga dengan terhincut. Niat nya nak merawat kakinya, jadi dia ke atas untuk mengambil kotak first aid. Selepas mengambil first aid, dia duduk di sofa di ruang tamu atas untuk merawat sendiri kakinya.Sementara itu di bawah
"Rayyan tidur sini lah malam ni. Dah lambat sangat ni. Esok kan cuti, tak payah rayyan penat penat nak ulang alik datang sini pula esok. Lagi pun boleh tolong papa sikit esok nak prepare birthday nenek. Boleh? " tanya papa lisa.
" tapi, tak menyusahkan ke uncle? " tanya rayyan
"Menyusahkan apa nya. Papa lagi okay kalau rayyan tidur sini hari ni. Alang alang tu boleh rayyan tolong pujukkan lisa tu kan? " kata papa lisa seraya ketawa.
Rayyan faham apa yang dimaksudkan oleh papa lisa. Dia hanya senyum dan mengangguk.
"Okaylah rayyan pergi rehat dulu lah dekat atas" kata papa lisa.
Seraya itu papa lisa memanggil nama lisa untuk menunjukkan bilik kepada rayyan.
"Bilik tetamu ada dekat dengan bilik lisa. So nanti lisa tunjukkan bilik dekat rayyan okay? " kata papa lisa kepada rayyan.
"Eh tak apalah susahkan lisa pula. " kata rayyan
"Tak ada apa yang susahnya. Ni pun rumah lisa kan." kata papa lisa. Oh ya! Sambutan hari jadi nenek lisa disambut oleh mereka di rumah baru lisa yang sudah siap baru baru ini. Ini juga bagi membantu memberikan persekitaran yang lebih aman kepada nenek nya. Rumah yang di design oleh lisa ini sangat unik, besar, cantik dan aman dengan hiasan floranya seakan akan di dalam kawasan hijau yang tenang.
Tiba tiba terdengar suara lisa menyahut panggilan ayahnya"Ye pa.. Lisa dekat ruang tamu atas ni kenapa? " kata lisa separuh menjerit.
"Tolong tunjukkan bilik tetamu dekat rayyan ni. Ayah bukan tahu sangat rumah adik ni." arah papa lisa.'Ish dah kenapa aku pula kena tunjuk bilik dekat dia. Bukannya papa tak tahu bilik tetamu dekat rumah aku ni. Saja lah tu.' kata lisa separuh berbisik.
"Yelah pa.. Suruh rayyan naik atas ni. Adik dekat ruang tamu dekat dengan tangga ni. " kata lisa selamba.
Tangan lisa sedang ligat membuka kotak first aid itu dan mencuci lukanya.
"Assalamualaikum" kata rayyan. Tersentak lisa akibat terkejut.
"Waalaikummussalam. Bilik awak dekat sana sebelah bilik saya" kata lisa sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah bilik itu. Namun tangannya masih ligat mencuci luka."Oh.. Okay. Kaki awak okay? " tanya rayyan.
"Hmm.. Okay" kata lisa sepatah.
Rayyan berasa bimbang melihat luka lisa itu.
Kalau dia minta izin mesti lisa membantah untuk dia membantu . Jadi dia berjalan menghampiri lisa dan mengambil kapas Dari tangan lisa. Lisa yang melihat tindakan rayyan terkedu. Dia hanya melihat tindakan rayyan itu.
"Saya boleh buat sendiri" kata lisa
"Awak nak buat sendiri? Boleh ke? Dengan tangan awak kena oven tadi. Lepastu nak balut and rawat macam mana guna tangan sebelah? Biar saya tolong. Even saya bukan doktor macam awak or naufal tu, tapi saya tahu lah juga sikit nak rawat luka." kata rayyan tegas. Tiada segaris senyuman pun diberikan kepada lisa.'Garangnya. Perli aku ke apa?lagi satu bila masa dia perasan tangan aku kena oven' desis hati lisa. Takut juga dia nak membantah. Nanti bertambah marah pula rayyan kepadanya. Jadi dia biarkan sahaja rayyan membantu. Rayyan menarik kerusi berhadapan dengan lisa agar berada dekat sedikit dengannya.
Dengan lembut rayyan menyapukan ubat antiseptik ke kaki lisa dan setrusnya iodine. Dia meletakkan pelekat luka di kaki lisa dengan berhati hati. Ada juga lisa berdesis sakit. Namun rayyan hanya menyuruh lisa bertahan sahaja. Selepas siap membalut, rayyan menarik tangan lisa .
"Saya nak minta izin ni? " kata rayyan untuk mengalihkan sedikit lengan baju lisa. Lisa hanya mengangguk.
Ada sedikit kesan melecur pada tangan lisa. Dia menyapukan krim untuk menghilangkan lecuran dan membalut perlahan tangan lisaHanya tuhan yang tahu betapa berdebar nya rayyan ketika memegang tangan lisa walaupun berlapik. Nasib kau lah rayyan. Lepas siap rayyan terus bangun dari duduknya
"Dah siap. Saya masuk bilik dulu. " kata rayyan dingin.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...