Penat lisa belum hilang lagi. Jadi lisa mengambil kepetusan untuk bercuti pada hari itu.
"Lisa tak kerja harini? " tanya papa yang sedang bersarapan.
"Tak. Esok baru start balik kerja. Lisa penat lagi la papa. " kata lisa. Papa nya mengangguk perlahan. Dia faham betul dengan anaknnya itu. Penat lisa kali ini bermaksud kesedihan lisa belum hilang lagi. Jadi dia sebagai ayah akan belajar untuk memahami anaknya itu." okay lah tu. Rest dulu cukup cukup baru kerja semula. Papa tengok kuat sangat adik kerja. " kata papa lisa
"Tak adalah pa. Nak buat macam mana dah tanggungjawab. Adik yang pilih nak kerja macam ni. By the way pa.. Lisa dengan rayyan nak keluar sekejap nanti. " kata lisa
"Pergi mana? "Tanya papa
"Pergi melawat kubur nenek"kata lisa muram
"Apa apa pon lisa kena kuat tau. Kesian rayyan papa tengok"kata papa
"Kenapa pula dengan rayyan" tanya lisa
"Yelah semalaman dia tidur tak lena tau. Dia sibuk berjaga dekat ruang tamu atas depan bilik lisa tu. Bila papa tanya dia tak tidur lagi ke. Dia cakap takpelah dia tak mengantuk lagi. Dia risau kalau adik perlukan dia sebab dia tahu emosi adik tak stabil lagi. Bila papa suruh dia masuk bilik tidur, dia still nak duduk situ juga. So papa biarkan jelah. Adik tak tahu ke?" Lisa menggeleng. Dia tak sangka pula rayyan berjaga untuknya. Fikirnya rayyan sudah masuk ke bilik selepas makan.🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾
Selepas menziarahi makan nenek, rayyan menghantar lisa kembali ke rumah. Dalam kereta pula lisa sempat berborak dengan rayyan.
"Thanks" kata lisa. Rayyan yang sedang memandu mengerutkan keningnya.
"For what? " tanya rayyan.
"For everything. Every sinhoe thing that you sacrifice for me. " kata lisa. Rayyan yang masih bingung hanya mengangguk.3 bulan kemudian
"Adik, kalau boleh pendekkan lah masa tunang tu. Benda yang baik sepatutnya dipercepat kan bukan ditunda. Dah 9 bulan adik bertunang. Takkan tak kenal hati budi rayyan lagi? " tanya mama lisa.
"Mama.. This is my life ma. Please give me some freedom to choose and make the decisions. " kata lisa. Dia tidak suka bila mama seperti memaksa dirinya untuk bernikah. Bukan kerana mama tidak penting dalam hidupnya, namun dia perlukan masa. Pilih rayyan sebagai seorang tunang pon cukup susah baginya."Tapi lisa tak kesian ke dekat family rayyan and rayyan. Jangan sampai hati dia berubah. " kata mama yang sedikit pon tidak mencabar lisa.
"Ma kalau betul dia nak lisa, he will wait walaupun lisa letak gape bertunang 10 tahun sekalipun." Kata lisa.
"Ikut adik lah. Mama nasihat tak nak dengar. Mama kan tak penting" kata mama lisa mula menarik muka.
"Mom stop it. Its not like that lah. Mom this is my wedding. Satu kali seumur hidup ,please.. Ok lah fine lisa setuju dengan cadangan mama. Tapi lisa pendekkan sebulan je okay? " kata lisa akhirnya mengalah.
Mama cuma senyum.
"Apa kata kalau lisa pendekkan dua bulan. Persiapan semua dah siap. So apa lagi yang nak tunggu. " kata mama lisa.
"Mama.. No. Kita kena tunggu sampai lisa dengan rayyan free. Sekarang ni bagi kitaorang settle kerja dulu. Baru kami boleh fikir pasal khawin ni okay. Alright ma end of conversation. " lisa memberikan kata putuAku*********
Mama sungguh beria beria anak nya akan berkahwin. Jadi dia telah menghubungi keluarga rayyan bagi memaklumkan perkara tersebut. Keluarga rayyan turut memberikan jawapan yang positif dan turut teruja.
Tapi tidak kepada lisa. Lisa merasakan zaman bujangnya akan tamat dengan cepat. Dia pasti akan merinduinya. Keluar melepak dengan kawan kawan nya waktu cuti. Saat itu akan dirinduinya.Srbenarnya dia tidak bersedia untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan keluarganya, dia akurkan juga. Ikutkan lisa dia ingin lanjutkan pertunangan. Tapi tanpa disangka mama meminta untuk mempercepatkan. Alasan dia nak timang cucu. Haih berserabut otak lisa ketika itu. Sedang dia bertugas di hospital, telefonnya berdering.
"Lisa! Awak kat mana. Saya nak jumpa awak sekarang juga"kata rayyan tegas. Dah kenapa mamat ni. Marah dekat aku pasal aku pendekkan masa tunang ke.
"Saya dekat hospital lah ni. Kenapa? " tanya lisa
"Nothing just awak pergi dekat cafe sekarang juga. Jangan duduk dekat tempat yang tak ramai orang. Faham. Kalau boleh awak ajaklah naufal ke teman awak. " kata rayyan tergesa gesa.
Wow ni dah terkejut tahap beruk dah aku ni bila rayyan suruh aku minta tolong naufal teman. Tak jealous ke."Ha, naufal. Tapi.. Saya dekat bilik ubat..... " belum sempat lisa menghabiskan ayat, mulut nya ditutup oleh seseorang. Terasa kepala semakin pening. Dia dapat bau sejenis ubat yang diletakkan di sapu tangan itu. Rayyan di talian sudah tidak keruan apabila terdengar lisa menjerit. Dia terus menghidupkan enjin dan bergerak ke hospital tempat lisa bekerja.
Lisa pov
Aku cuba membuka kelopak mata. Pandangan aku masih kabur. Aku cuma dapat lihat yang aku berada di sebuah bilik yang aku masih tidak dapat kenal pasti. Bilik ini seperti di dalam bangunan hospital tempat aku bekerja. Kepala aku masih pening namun giat berfikir untuk memproses di mana kah aku berada. Tangan aku terasa sakit dan ternyata tanganku diikat di sebatang tiang. Aku cuba menjerit meminta tolong tapi tiada siapa yang dengar. Apabila lampu di buka, mata aku jadi berpinar pinar.
Ya sekarang aku cam di mana aku berada. Aku berada di sebuah stor. Dan ada dua orang lelaki menghampiri ku. Orang yang seperti aku kenal. Boleh kategori terkejut beruk juga lah aku.
"Rizal? " tanya aku.
"Miss me? " tanya rizal. Aku tersenyum. Aku pon tidak pasti dengan perasaan aku ketika itu. Cuak itu ada tetapi aku masih berani untuk bertanya kerana yeah curiosity kills the cat."Not really" kata aku.
"Wow. Awak tak rindu saya ke. Yelah orang tu dah ada tunang" kata rizal lagi.
"Awak tak rasa nak kenalkan saya dengan orang belakang tu ke? " tanya aku lagi. Aku tak nampak wajah dia sebab dia tersorok di belakang rizal.
"Siapa? Ni? Takkan awak tak kenal dah kot" kata rizal.
"No its just.. Wait fikri ke tu. Kau buat apa kat sini weh? " tanya lisa hairan. Sepupu yang rapat dengan dia. Fikri juga ada membantu mengngkat nenek semasa nenek pengsan tempoh hari.Fikri hanya tersenyum. Mukanya nampak pelik berbeza dengan perwatakan nya sebelum ini. Pakaian nya selekeh, rambutnya berserabut, mukanya nampak sembap seperti menangis. Apa yang menderaukan darah aku bila melihat sepucuk pistol di tangannya.
Aku juga terkejut apabila rizal menghampiri aku dan melepaskan ikatan ku. Sekarang tangan aku bebas. Tiada sebarang ikatan. Aku berdiri. Entah kenapa kaki aku beku dari cuba berlari dari situ. Mungkin kerana pistol yang dipegang fikri tepat menghala ke arah ku. Dia mengarahkan ku untuk duduk di atas sebuah kerusi. Aku ikutkan sahaja. Ada sesuatu pandangan yang aku dapat lihat dalam mata fikri.
Yang aku tak pasti untuk tafsirkan.
YOU ARE READING
In The Name Of Love💜
RomanceBila doktor bertemu polis. Datuk pula tu. Macam mana lah perangai diorang ni. Macam anjing dengan kucing lah jawabnya. Yang sorang ni dalam diam dah sayang yang sorang lagi masih keliru dengan perasaan. Nak buat macam mana kenangan pahit dulu yang m...