Hari ni aku kerja jadi penghantar susu. Kebetulan pula mak cik sebelah rumah tauke susu lembu. Boleh lah aku cari duit poket sendiri setiap minggu. Tak payah nak susahkan Omma lagi .
" Disebabkan kau lawa, aku nak kau hantar susu ni kat kawasan orang orang kaya sana. Mana tau dapat tip lebih kan," kata ahjumma Song.
Aku buat muka menyampah. Hei mak cik, kau ingat aku ni apa. Dah macam perempuan murahan pula.
" K. Pergi dulu." Aku membalas.
Motor rasmi tauke susu lembu aku memecut laju sehingga ke kawasan yang agak dalam yang hanya didiami oleh orang kaya.
Kawasan situ banyak jalan curam. Boleh patah kaki kalau naik basikal.
Aku berhentikan motor di hujung jalan dan mula berjalan kaki. Bakul yang berisi susu segar aku pegang dengan kemas, takut kalau terlepas. Aku juga yang rugi nanti.
Loceng setiap rumah aku tekan tetapi hanya dua tiga orang sahaja yang membuka pintu. Itupun dengan muka tikus.
Yang lain dah mampus ke ?
Aku berjalan kearah rumah yang terakhir dan menekan loceng. Seperti tadi, tiada siapa yang membuka pintu.
Loceng rumah ditekan beberapa kali.
" Aku kira sampai sepuluh. Kalau tak keluar jugak, aku cau." Gumam aku.
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lim-Ada seseorang keluar dari rumah. Aku tergamam.
" Kau dah kenapa pandang aku macam tu ?" Soalnya.
Maaf, itu bukan Park Jimin. Aku tak kenal dia siapa.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "