" Apa lagi rahsia kau yang aku tak tau ha ?" Tanya aku kepada Jimin yang sedang berdiri sebelah aku sambil memandang kearah langit malam yang disinari dengan bintang-bintang. Aku memandang Jimin dengan penuh rasa tanda tanya. Perasaan aku bercampur baur setelah mengetahui bahawa dialah Chim yang aku kenal selama ini. Nak cakap aku marah, ya aku marah. Tapi pada masa yang sama aku lega kerana Chim bukanlah orang asing dalam hidup aku.
" Banyak," jawab Jimin selamba. " Terlalu banyak sampai aku takut nak bagitau kau, Hae." katanya lagi sambil mengeluh kecil.
" Aku nak tau. Aku nak tau apa jadi pada kau masa kau call aku dekat Busan dulu. Pekerjaan kau yang sebenarnya dan... pasal ibu kau. Bagitau aku, sunbae."
Nampaknya Jimin tiada pilihan lain selain memberitahu aku yang sebenarnya.
" Fine. Masa pertama kali kau call aku dulu, aku langsung tak tau itu kau, Haerin. Aku fikir kau cuma perempuan tua yang miang yang nak melanggan aku. Aku jual maruah aku untuk cari rezeki. Selama ni aku hidup sorang-sorang, tak ada siapa yang kisah pasal aku." Jimin menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung ucapannya, " Aku jadi gigolo dekat sebuah kelab malam, Haerin. Terkejut tak ?"
Jimin memandang kearah aku yang sudah terkedu dengan kata-katanya.
" T..api sunbae masih ada ayah kan ?" kata aku membuatkan dia tergelak sinis.
" Orang tua tu, lepas mendiang ibu aku dah tak ada, aku dah tak ada apa-apa makna dekat mata dia. Dia kahwin lagi, dengan perempuan yang ibu aku panggil dia kawan baik dia. Perempuan tu dengan ayah aku khianati ibu aku."
" Oh, kau rapat dengan anak dia."
" Siapa ?"
" Kim Taehyung," sekali lagi aku terdiam. Jadi, Chim aku dan Chim Taehyung adalah orang yang sama.
" Budak tu pengecut, dia rela tengok kawan baik dia sendiri menderita daripada tengok mak dia rampas hak milik orang lain. Ibu aku jatuh sakit lepas dapat tau ayah aku curang dengan mak dia, dan dia tahu. Dia tahu, Haerin. "
" Mak dia pula, dialah punca aku dekat Busan. Dia suruh orang dia belasah aku dan buang aku kat tepi jalan. Masa tu, aku baru balik dari kubur mak aku. Dia tak cuba bunuh aku sekali, tapi dua kali."
" Perkara macam ni pernah jadi dulu ?" kata aku dengan nada terkejut. Dia mengangguk.
" Kau nak tau kenapa aku nak join kem ni last minute ? Sebab aku dapat mesej yang ada orang akan ceroboh rumah aku dan bunuh aku. Dia suruh aku lari," sungguh aku terkejut dengan cerita Jimin. Aku langsung tidak menyangka yang selama ini Jimin hidup dalam keadaan kesempitan dan ketakutan, tetapi wajahnya sangat tenang semasa dia menceritakan kisahnya kepada aku.
" Aku cerita ni bukan nak raih simpati kau, aku bagitau sebab kau nak tau. So, aku nak ka-
Belum sempat Jimin menghabiskan kata-katanya, aku terus mendakap tubuhnya dan mengusap-usap belakang badannya. Jimin terkejut dengan perbuatan aku. Namun begitu, dia tidak menolak.
" Mesti kau sunyi kan ? Aku teringat masa kau call aku dulu, kau nak tinggal dengan ibu kau kat sana. Kau marah kenapa dia tak bawa kau sekali. Kau kuat, sunbae. Sumpah kau kuat." ujar aku dengan lembut.
" Berapa banyak air mata yang kau tumpahkan untuk diorang, betapa peritnya kesakitan yang ada dalam jiwa kau, rasa kehilangan orang yang kau sayang. Kalau aku kat tempat kau, aku pun berfikir dua kali untuk hidup."
" Perkara yang dah lepas, Haerin. Aku dah cakap kan, aku dah tak rasa sedih macam dulu. Aku dah tak kisah apa perempuan jahanam tu buat pada aku. Kalau dia nak bunuh aku, suka hati dialah. Sejujurnya aku dah penat nak hidup macam ni, hidup bergelumang dengan dosa, makan duit haram, benci orang tua sendiri. Tapi aku tak ada pilihan lain. Kau rasa ibu akan kecewa dengan aku tak ?"
Aku mendengar suara Jimin mula retak. Aku dapat merasakan dia berasa bersalah pada ibunya kerana membuat perkara yang jahat.
" Ibu kau tak kecewa dengan kau, sunbae. Dia mungkin cuma terkilan sebab kau tak cuba untuk selesaikan masalah ni. Kau pernah cuba report polis pasal mak tiri kau ?"
" Dalam dunia ni, aku cuma ada dua orang yang aku sayang dalam dunia. Satu mak aku, Dua...
... Kim Taehyung. Cukuplah perbuatan dia buat aku kecewa dengan dia. Aku tak nak dia pun kecewa dengan aku."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
NouvellesApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "