23

304 39 0
                                    

Aku mempamerkan riak terkejut dan gembira.

" Chim !" Aku bangun dari tempat duduk aku dan meninggalkan Taehyung seorang diri. Bercakap bersama Chim lebih penting berbanding bersama Taehyung.

Taehyung yang hanya memerhati mengeluh kecil. Timbul perasaan iri hatinya pada aku.

" Kalau lah aku dengan Jimin masih berbaik..." Gumam Taehyung perlahan.

-

" Kau sihat ?" aku menyoalnya.

Suara aku macam orang sakit ke ? Hahahahahahahaha

Aku dapat mendengar suara Chim gelak di corong telefon. Serta-merta wajah aku berubah masam. Aku rasa seperti ditipu.

" Jadi kau tak sakit lah selama ni ? Habistu kenapa kau tak call atau mesej aku hah ?"

Aku kerja, sayang. Janganlah rindu sangat.

Aku terdiam. S..ayang ?

" Siapa rindu kau gila ? Tempoh hari kau call aku minta tolong. Lepastu ada orang call balik kata kau menuju ke hospital Busan. Kau buat apa kat Busan ?"

Erm....

Lama lelaki itu memikir.

Pantai Busan cantik. Kalau aku berpeluang, aku nak ajak kau. Kita tengok masa matahari terbenam. Kau nak ?

" Weh Chim, nama sebenar kau apa ?"

Nama aku.....Christian Chim Chim ?

" Paleotak ! Hodoh bebenor nama tu !" Aku mengetawakan nama sebenar Chim tu. Bunyinya seperti tidak masuk dek akal.

Aku juga dapat dengar suara Chim ketawa.

" Chim,"

Entah kenapa, aku dapat merasakan yang dia seperti pura-pura gembira.

Yes,babe ?

" How's your day ?"

Kenapa kau tanya, babe ? Of course my day's great !

" Suara kau kedengaran lemah. Ketawa kau tak sesetan dulu. So aku claim kau tak sihat."

" Hah ! Ceritalah cepat. Aku nak dengar ni."

Kali ini, Chim menyepi dengan lebih lama. Ini membuatkan aku rasa bersalah. Adakah aku terlalu mendesaknya untuk bercerita ? Atau dia tidak suka menceritakan tentang peribadinya pada orang luar ?

" Chim.. ?"

Kau pergi Busan semata-mata nak lawat aku kan ? Terima kasih.

Kau orang pertama yang nak tau macam mana rupa hari hidup aku. Terima kasih.

Kau angkat panggilan aku tempoh hari. Terima kasih.

Aku sayang kau...

Tut...tut...tut...

[C] CallTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang