" Susu tu untuk rumah ni kan ? Aku ambil." Kata lelaki yang tidak aku kenali itu. Kemudian dia menghulurkan beberapa duit kertas kepada aku.
Aku pula sudah menggaru kepala.
" Encik, saya ni cuma penghantar susu. Duit yang encik bagi ni banyak sangat lah." Aku membalas.
Susu kini bertukar tangan. Lelaki itu tersengih sebelum menyerabutkan rambut aku.
" Aku ada duit. Apa salahnya buat baik sekali sekala. Kan Min Haerin ?" Dia mengangkat sebelah keningnya.
Aku terlopong. Macam mana dia tahu nama aku ? Dia stalker ke ?
" Aku sunbae kau, Kim Taehyung. Tak payah nak terkejut sangat lah. Aku kenal kau pun sebab hari tu kau menang tempat pertama dalam kuiz matematik. Tak sangka kau jadi penghantar susu."
" Aku kerja sambilan je. Bukan sampai mati aku jadi penghantar susu." Aku mencebik.
" Uwahhh! Secepat tu kau tukar bahasa formal kau ? Menarik ni." Lelaki bernama Taehyung sudah tersengih seperti kerang busuk. Aku pula yang kurang senang melihatnya.
" Saya pergi dulu." Aku meminta pamit.
" Eh ! Cepatnya.. Min haerin ! "
Aku yang sudah menoleh kebelakang terus berjalan tanpa menghiraukan Taehyung. Makin aku layan makin gila aku dibuatnya. Lebih baik aku menjauhkan diri.
Aku yang sudah berjalan agak jauh dari rumah Taehyung terhenti apabila terdengar suara lelaki seperti memarahi seseorang.
" Kau pergi mana hah ? Aku tunggu kau dari semalam !" Marah Taehyung. Serta merta aku menoleh kebelakang kerana terkejut mendengar suara Taehyung yang agak kuat.
Ada seorang lelaki dihadapan Taehyung dan membelakangi aku. Dialah orang yang Taehyung marah tadi.
" Apa kau buat kat rumah aku ? Kau keluar sekarang." Kata lelaki itu dengan dingin.
" Aku tak akan balik selagi kau tak jumpa omma dan appa. Diorang hari hari suruh aku pujuk kau balik. Kenapa kau selfish sangat hah ?"
Lelaki itu ketawa sinis.
" Aku selfish ? Berhenti jadi hipokrit, Kim Taehyung. Aku tahu kau menyampah bila aku ada kat rumah tu. Kau nak kasih sayang diorang tumpah kat kau sorang je kan ? Siapa yang selfish sekarang ni hah ?"
Taehyung terdiam.
" Pergi berambus lah kau. Pergi balik duduk bawah ketiak mak kau sana. Kalau boleh ketiak bapak aku pun kau nak duduk."
" Yah Park Jimin !"

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Historia CortaApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "