58

210 27 0
                                    


Aku duduk seorang diri di atas loteng hotel selepas berjumpa dengan salah satu pengawal keselamatan hotel di situ. Dia memberi kebenaran dan membuka kunci pintu untuk aku mengambil angin di atas loteng. Jam di telefon sudah menunjukkan jam dua pagi dan mata aku tiada tanda-tanda untuk mengantuk. Esok pula harus bangun awal.

Aku sebenarnya bengang dengan kata-kata Jimin yang kedengaran dia saja yang betul dan aku salah. Dia suka mempertingkaikan apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka berdasarkan logik akal dia. Dia fikir dia sorang je yang boleh berfikir ?

" Chim..."

Aku merenung lama akan nombor telefon Chim yang ada di kenalan aku. Aku menarik nafas panjang sebelum menekan punat call.

Aku rindu kau. 

Tut..tut..tut..

Panggilan disambung tetapi tiada siapa yang mengangkatnya. Kemudian suara tut..tut.. diganti dengan suara voicemail. Aku mengeluh.

Kan dah malam.. kenapa kau tak angkat call aku, Chim ?

Aku cuba menelefonnya sekali lagi.

Tut..tut..tut..

" Kat sini kau rupanya, Min Haerin. Aku cari kau kat merata tempat tau tak !"

Terkejut aku apabila melihat Jimin di pintu loteng sambil tercunggap-cunggap. Dia kelihatan penat, seolah-olah baru saja berlari.

" Sunbae..." mata aku tertatap pada telefon bimbit Jimin yang tidak henti-henti berdering. Jimin yang sedar akan tatapan aku terus menjawab panggilan tersebut.

" Babe," ujar Jimin membuat aku tergamam. Suara itu...

" Chim... ?"

Aku tak faham. Apa semua ni ? Macam mana telefon Chim boleh ada pada Jimin ? Atau...

" Ya, orang yang kau call selama ni yang kau anggap Chim tu, aku. Chim tu panggilan mendiang mama aku pada aku. Sekarang kau dah faham kan kenapa aku marah kau tadi ? Aku tak nak bela orang macam aku. Aku ni orang asing bagi kau, Hae..."


[C] CallWhere stories live. Discover now