Aku duduk dihadapan Jimin yang sedang membaca sebuah buku. Dia mengabaikan aku dan matanya tidak lepas daripada memandang setiap helaian muka surat yang diselaknya. Jadi dia mengajak aku ke perpustakaan yang menyeramkan ini semata-mata mahu melihat dia membaca ?
Seriously aku lebih rela belajar addmath.
Buku yang Jimin baca pun aku tidak berapa faham kerana melibatkan sains. Dan aku sangat anti dengan sains.
" Best sangat buku tu ? "
Soalan aku tak berjaya membuatkan dia menoleh kearah aku. Nampak sangat aku tak penting berbanding dengan buku yang membosankan tu.
" Kalau kau ajak aku duduk kawasan kau ni sebab nak aku tengok kau membaca, sorrylah aku tak berminat." Kata aku malas-malas. Aku terus bangun dari tempat duduk dan berjalan ke rak-rak buku, melihat buku-buku yang sudah lama dan kekuningan.
Semua pasal sains. Huh.
" Tak bosan ke baca buku-buku tebal dekat tempat seram ni ? Kau tak ada member lepak ke ?" Soal aku. Tiada balasan daripada Jimin, aku terus mengangguk faham.
" Jangan sedih. Aku faham perasaan kau," kata aku lagi.
Aku kembali membelek-belek setiap buku yang berada di rak. Sesekali aku menepuk tapak tangan aku, untuk menghilangkan habuk dan sarang labah-labah yang melekit ditangan.
" Min Haerin."
Jimin menutup buku tersebut lalu memerhatikan aku yang mengambil sebuah buku yang bertajuk ' Cinta Fantasi '. Aku bersyukur kerana masih ada novel klise seperti ini di dalam perpustakaan ini. Itu lebih baik berbanding dengan buku sains Jimin.
Aku yang baru ingin membuka helaian pertama terus dirampas oleh Jimin.
" Siapa bagi keizinan untuk kau sentuh buku-buku kat sini ?" Soalnya membuatkan aku menyampah sakan. Aku menjulingkan mata keatas.
" Ini buku kau ? Ini buku sekolah, gila." Aku membalas dan ingin merampas kembali buku itu. Jimin menolak tubuh aku merapati dinding dengan wajah marah.
" Ini buku mak aku. Jadi kau tak ada hak untuk ambil buku ni sesuka hati."
Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.
" Faham ?"
Hai babe !
Aku menolak tubuhnya menjauhi aku. Dada aku berdegup kencang. Kenapa semakin lama, suara dia semakin sama dengan Chim ? Tidak mungkin.
" Jimin," aku memanggilnya. Tiada lagi gelaran senior untuknya.
" Suara kau, aku suka dengar suara kau. Kau teringatkan aku pada seseorang," luah aku.
" Kalau kata-kata tu adalah satu strategik kau untuk aku ikut kau pergi program tu, maaf. Tak berkesan." Kata Jimin sambil memeluk tubuh. Dia mempamerkan senyuman sinis kepada aku.
Aku kaku dalam pada wajahnya.
" Tak. Aku tak tipu."
Hati aku tiba-tiba menjadi sedih. Kalaulah dialah orang yang selama ini aku cari, apakah aku akan terus berada di sisinya ? Betulkah Chim aku yang ceria dan kelakar mempunyai sisi misteri seperti Jimin ?
Kenapa aku tak boleh membayangkan ?
" Aku ingat kau dengan dia serupa. Tapi kau bukan dia. Oh, pasal program tu aku tak akan pujuk kau lagi. Degil kau melebihi tahap kesabaran aku so tak kuasa aku nak pujuk kau macam perempuan tak ada maruah. Ikut kau kesana kemari. Kau mesti letih kan ? Aku pun letih."
Aku berjalan ke muka pintu utama dan menoleh kearah Jimin yang terkelu lidah.
" Satu je aku nak cakap. Orang yang selalu tolong orang yang kesusahan, hati dia akan sentiasa tenang. Kbye,"
Aku terus keluar.
Dia tak mungkin Chim.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "