" Weh, Taehyung ! Aku dah jumpa Chim aku ! Dia satu sekolah dengan kita !" Aku berlari mendekati Taehyung yang sedang melantak semangkuk jjangmyeon bersama rakan-kawannya di kantin. Tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang, aku memeluk leher Taehyung sehingga lelaki itu hampir tercekik.
" Woi lek lek ! Dah nak putus nadi leher aku !" Jerit Taehyung apabila dia sukar untuk bernafas. Pelukan aku bukan saja-saja, dah macam nak ajak wrestling.
Aku hanya membuat bodoh dan melepaskan pelukan aku pada batang lehernya. Taehyung terbatuk kecil.
" Haerin memang sengaja nak biar sunbae mati ke apa ?" Omel Taehyung.
Aku tersengih.
" Sunbae, panggil aku dengan gelaran Kau-Aku. Aku lagi selesa kau bahaskan aku macam tu," aku membalas. Perkataan Saya, Awak, atau Haerin sangat menggelikan dan tak swag.
" Tak nak."
" Siapa dia ni Taehyung ? Aku tak pernah nampak pun." Tegur seorang manusia disebelah Taehyung. Aku pula sudah mengetap bibir apabila mata mereka tertumpu pada aku. Sekarang aku yang malu.
" Nama dia Min Haerin. Adik angkat aku," balas Taehyung dengan sebuah senyuman.
Eh, sejak bilalah aku jadi adik angkat malaun ni. Jangan suka buat fitnah. Ak-
" Sunbae dengar tak ? Chim sekolah sini." Kata aku lagi. " Agak-agak kau kenal orang yang namanya Chim atau seangkatan dengannya."
" Tak ada. Tapi nama kawan sunbae pun ada nama Chim, cuma Hae tak kenal dia." Balas Taehyung.
" Dia sekolah sini ke ?"
" Ya,"
Aku mula tersenyum lebar. Adakah Chim aku ialah orang yang sama dengan kawan Taehyung ? Aku teringin berjumpa dengannya secara depan-depan. Aku ingin mengenali lelaki itu secara rapat.
" Hae," Taehyung memanggil. Wajahnya agak dingin apabila dia menatap mata aku. " Kalau kau terfikir Chim aku ialah Chim kau, tolong lupakan. Chim aku tak akan sama dengan Chim yang kau selalu ceritakan kat aku. Mereka lain , Hae,"
Kata-kata Taehyung memudarkan senyuman aku. Aku terfikir, siapakah Chim yang dikatakan kawan Taehyung itu ?
" Hoi Haerin, cikgu Sam panggil kau dekat bilik dia." Ada satu tangan memegang bahu aku dari belakang. Wajah Woojin yang tersenyum nipis aku tatap.
" Kenapa ?" Soal aku. Namun dia sekadar mengangkat bahu.
" Entah. Tapi bukan seorang je yang dia panggil, ada sorang senior ni jugak."
" Aku gerak sekarang. Thanks Woojin," aku menghadiahkan lelaki itu senyuman nipis sebelum melangkah keluar dari kantin. Kenapa agaknya aku dipanggil ke bilik cikgu Sam ya ? Aku ada buat salah ke ?
Saya tak nak.
Langkah aku yang ingin memasuki bilik cikgu Sam terhenti apabila terdengar suara seseorang di dalam, sedang berbual dengan cikgu. Dada aku berdebar dengan kencang. Suara itu... Aku sukakannya.
Kamu seorang yang bijak, Jimin. Janganlah kamu sia-siakannya, cikgu tahu kamu bukannya jahat. Jadi, tunjukkannya kepada semua orang yang kamu bukan orang yang diorang sangkakan.
Suara cikgu Sam pula kedengaran. Kemudian lelaki bernama Jimin itu ketawa.
Saya tak perlu nak buat semua tu untuk ubah persepsi diorang. Dan saya tetap tak nak ikut lawatan tu. Keputusan saya muktamad. Saya minta diri dulu,
" Hai cikgu, kenapa nak jumpa saya ?"
Aku tidak tahu hujung pangkal cerita, tetapi untuk menggelakkan Jimin dari terus keluar dari bilik ini dan menghampakan cikgu Sam, aku tidak membiarkan itu terjadi. Aku kenal dia, Park Jimin. Sunbae yang pernah tolong aku secara tidak ikhlas.
Dan lagi satu, aku benci dia. Suara dia macam Chim aku.
" Hah Haerin, sinilah. Cikgu nak beritahu sesuatu pada kamu dan Jimin. Tapi sunbae kamu ni dah dengar penjelasan saya, jadi saya akan berikan satu lagi penjelasan."
" Saya dah tak nak masuk campur. Ini bukan hal saya lagi."
" Jimin sunbae !" Baru dia ingin pergi jauh, aku menarik tangannya. Matanya merenung tajam kearah tangan aku yang memegang lengannya.
" Jangan sentuh aku,"
" Maaf," aku menarik semula tangan aku. Tetapi dengan pantas aku kembali memeluk erat tangannya apabila dia berura-ura ingin melangkah keluar dari bilik.
" Janganlah keluar dulu. Aku nak dengar penjelasan cikgu dengan kau," ujar aku.
Aku dapat mendengar dia merengus kasar. Dia menarik tangannya dari terus dipegang aku.
" Fine,"
" Dengar sini, saya lantik kamu dengan Jimin untuk wakil sekolah ke lawatan Math Is Fun di Jeju-do. Saya wakilkan kamu berdua kerana pencapaian kamu yang memuaskan dalam subjek matematik. Saya cuma memilih seorang sahaja dalam tingkatan. Ianya kamu dan Park Jimin."
Aku terkejut. Tidak menyangka aku yang biasa-biasa ini dipilih oleh sekolah untuk jadi wakil. Yang paling mengejutkan aku, senior yang duduk di kelas belakang seperti Park Jimin ini mampu menjadi wakil.
" Tolong cari orang lain. Aku busy," kata Jimin, dingin sebelum pergi. Hilang terus saya-awak dia dengan cikgu.
Cikgu Sam mengeluh. Dia memandang kearah aku. " Haerin okey kan jadi wakil ?" Soalnya. Aku mengangguk kecil.
" Cikgu, kenapa dalam banyak-banyak pelajar, cikgu ambil Park Jimin ? Kan ramai lagi pelajar kelas depan yang bijak-bijak ?" Aku menaya cikgu Sam. Guru lelaki itu menggelengkan kepalanya.
" Sebab tu saya ambil dia, Haerin. Dia sebenarnya pelajar kelas pertama dengan markah matematiknya yang tidak setanding orang lain. Dia paling layak."
![](https://img.wattpad.com/cover/112538355-288-k760400.jpg)
YOU ARE READING
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "