Aku duduk di sebelah Taehyung dengan wajah muram. Fikiran aku melayang memikirkan keadaan Chim yang aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku mampu lakukan adalah berdoa supaya Chim selamat dan tidak berlaku sesuatu yang buruk berlaku keatasnya.
Taehyung yang fokus memandu aku pandang lama. Ini kali pertama aku melihat lelaki itu membawa kereta. Selalunya dia membawa motosikal ke sekolah.
" Sorry menyusahkan kau." aku berkata perlahan. Sungwoon dan Sunny sudahpun tertidur dibelakang tempat duduk. Aku tidak mahu tertidur mengenangkan Taehyung akan kebosanan sewaktu memandu. Kalau bukan disebabkan aku, Taehyung pasti tidak akan bersusah payah memandu sejauh ini.
Dia memandang aku sekilas dengan senyumannya. " Kawan awak tu mesti baik kan orangnya. Dia berjaya tawan hati awak yang macam batu ni." Taehyung membalas.
" Aku tak pernah jumpa dia pun." kata aku membuatkan Taehyung terus memandang aku. " Aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. To be honest, we are stranger." jelas sungguh perubahan wajah Taehyung selepas aku kata begitu. Aku hanya tersenyum nipis.
" Kitaorang jadi kawan lepas aku call dia dua tiga kali. Aku boleh call dia malam je. Bila aku call dia pagi-pagi, dia jarang angkat. Kalau aku call, kadang-kadang je dia mesej balik atau call aku semula."
" Entah kenapa, bila aku dengar suara dia. Aku rasa gembira. Dia pandai layan orang-orang macam aku. Sebab tu aku suka kawan dengan dia."
Aku dapat mendengar Taehyung mengeluh.
" Haerin, awak masih muda tau. Awak sendiri tak tahu dia siapa, umur dia berapa. Kut-kut dia sengaja perangkap awak datang ke Busan macam mana ? Awak langsung tak terfikir pun pasal tu."
Aku terdiam. Mungkin apa yang Taehyung cakap ada benarnya. Tapi...
" Chim bukan macam tu. Jadi janganlah kau fikir bukan-bukan."
" Haih.. nasib baik saya ikut awak. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi pada budak kecil sorang ni. Entah siapa-siapa Chim tu."
Aku hanya memekakkan telinga mendengar Taehyung yang tidak habis-habis membebel kepada aku. Bagi aku, dia sengaja ingin memburukkan Chim agar aku tidak terus berkawan dengan lelaki itu. Aku yakin, Chim seorang lelaki yang baik.
YOU ARE READING
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "