18

365 34 0
                                    

Chim merajuk ke dengan aku ? Dah lima hari dia tak telefon aku, mesej aku apatahlagi. Lama betul ! Selalunya dia tak macam ni. Kalau aku mesej pun, at least dia reply. Sekarang dia betul-betul senyap. Kenapa aku rasa tak sedap hati ea ?

" Hai Haerin," sapa seseorang. Aku yang duduk di bangku sambil memandang permandangan padang sekolah terus menoleh kearah si pemilik suara itu.

Kim Taehyung.

" Boleh duduk ?" soal Taehyung.

" Tak," aku membalas sepatah. Sebenarnya aku malas ingin bergaul mahupun bercakap dengan orang lain. Terutama orang yang aku tak kenal seperti dia ni. Aku rimas.

Aku juga sudah menjangkakan yang dia akan tetap duduk di sebelah aku walaupun aku kata tidak. Typical senior huh !

" Awak tak ada kawan ke ?"

" Min Haerin, saya cakap dengan awak ni."

" Haerin sayang~"

" Apa sunbae nak ? Jangan kacau aku boleh tak ?"

Taehyung terdiam. Mungkin agak terkejut dengan panggil aku-kau itu. Itu panggilan kegemaran aku, jadi apa salahnya aku lontarkan kepadanya.

"Ha lagi satu, masa pertama kali jumpa boleh je berkau-aku dengan aku. Apasal tetiba sopan pulak ni?" ujar aku lagi.

" Saya dah tak berkau-aku dengan perempuan hehehe. Lagipun saya cuma risaukan awak makan sorang-sorang kat tempat  sunyi macam ni." Kata Taehyung.         

" Mana ada dia sorang. Dia dengan aku." Celah seseorang. Aku dan Taehyung menoleh ke belakang. Ianya Ha Sungwoon dan juga seorang gadis cantik yang berada di sebelah lelaki pendek itu. Dua-dua saling menyilangkan tangan ke dada.

" Taehyung sunbae dah kenapa nak mengorat kawan saya ? Bukan sunbae dah ada girlfriend ke ?" tanya gadis itu dan aku syak dialah kekasih kepada Ha Sungwoon. Lagi satu, sejak bila dia jadi kawan aku ?

Heh.

" Bila masa sunbae ada girlfriend Sunny oi, jangan fitnah ea. Kalau nak duduk, duduk jelah sini. Lagipun tempat macam ni best. Pandai budak Haerin ni pilih tempat." kata Taehyung sambil tersenyum lebar. Dia siap menggosok ubun kepala aku dengan tapak tangannya.

Nak dijadikan cerita, kami berempat duduk sebaris di situ. Terbantut niat aku untuk mencari ketenangan serta kedamaian.

"  Jadi kau lah Min Haerin ? Mati-mati aku ingat kau ada skandal dengan Hasung aku !" Sunny memulakan perbualan dengan perasaan geram. Aku lihat dia sempat menjeling Sungwoon yang berada di sebelah Taehyung. Sungwoon pula sudah menyorok di sisi Taehyung sambil membuat peace.

" Habistu kau garang sangat sampai aku nak explain pun kau tak bagi. Huhuhu nasiblah sayang !" balas Sungwoon lalu pura-pura menangis.

" Sungwoon dengan Sunny dah kapel berapa tahun ?" celah Taehyung.

" Lima tahun lepas tapi official tahun lepas hehehe." balas Sungwoon.

"Ini semua salah dia sebab lembab nak luahkan cinta." kata Sunny sambil mencebik.

" Yah ! Kau ingat aku berani nak berhadapan ayah Kim bermisai tebal ? Bapak kau polis sara kut !  " 

"Oh ! Kau kutuk daddy aku ea, aku bagitahu dia,"

" Eh sayang ! Janganlah ! Nanti aku tak dapat kahwin dengan kau !"

Aku yang berada di tengah-tengah mula berasa tertekan. Aku ingat, bercinta ni macam dalam drama yang hidup dalam happy ending. Tapi dalam realiti memang jauh gila bezanya.

Aku tengok pun dah tahu yang bercinta ni menyusahkan.

" Haerin," panggil Taehyung. 

" Apa ?"

" Haerin pernah kapel ?"

Baru aku ingin menjawab, telefon aku berbunyi bising. Aku mengeluarkan telefon bimbit aku dari poket dan melihat nama pemanggil di skrin telefon. Aku terdiam.

                                                    Chim

Tanpa berfikir panjang, aku menjawab panggilannya.                                                                                                                                                                                                        

" Hello ?"  

B..abe..

" Chim, kau okay tak ?"

T..olon..g a..ku... ba..be

" Chim ! Kau jangan buat aku takut !" aku mula mengalirkan air mata. Apa yang sedang terjadi pada Chim ketika ini. Nafasnya tersekat-sekat sehinggakan dia sukar untuk bercakap.

B..abe..

" Hoi Chim !"

 Cik ?! Ini kawan cik ke ? Kami dari pihak polis ingin mengatakan bahawa kawan cik sekarang sedang terlantar di sebuah lorong kosong dalam keadaan nazak. Jika berkesempatan, cik boleh lawat dia di Hospital Busan.                                                                                                                                              

Kemudian talian diputuskan.                                      



[C] CallTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang