" Maaf cik, dalam rekod pesakit ni tak ada nama Chim." Kata seorang jururawat yang menjaga kaunter pertanyaan.
Aku menggigit bibir. Macam mana aku nak lawat dia kalau nama sebenar dia pun aku tak tahu. Jumpa lagi lah jauh.
Taehyung meneliti buku rekod tersebut dengan wajah yang berkerut.
' Park Jimin ?'
Tak mungkin Jimin ada kat Busan.
Monolog Taehyung di dalam hati.
" Terima kasih." Ucap aku sebelum mengeluh kecil. Aku memandang Taehyung yang seperti terfikir sesuatu.
" Kenapa ?" Aku menyoal Taehyung.
" Erm... Awak jumpa tak kawan awak tu ?"
Aku menggelengkan kepala dengan perasaan hampa.
Buat penat saja datang sini.
" Jomlah makan dulu sebelum balik. Si Sungwoon dengan girlfriend ada kat sana."
" Sunbae pergilah dulu. Aku nak pergi tandas."
" Ok," selepas itu kami berjalan kearah yang bertentangan. Aku menuju ke tandas aras bawah tetapi tandas itu sesak dengan orang. Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar semula.
Rimas.
Aku ke tandas aras dua pula. Maaf, kat situ tak ada tandas. Jadi aku ke aras tiga.
Di situ kawasan wad ICU dan beberapa wad biasa. Aku hanya berjalan ke tandas dan terhenti apabila menangkap sesuatu perbualan.
Lebih tepat suaranya.
" Aku nak balik."
" Tapi encik tak sihat lagi. Encik perlukan rawatan selanjutnya."
" Mana telefon aku ?"
Aku berdiri dihadapan pintu bilik wad ICU dan melihat seorang lelaki yang tidak aku lihat wajahnya sedang bertikam lidah dengan doktor dan beberapa jururawat di situ.
" Dengan keadaan encik yang agak teruk ni, telefon adalah dilarang. Encik pun tahu kan ?"
" Bagi balik telefon aku lah !"
" Encik..."
" Jangan sampai aku rentap jarum ni dan keluar cari telefon aku. Jangan cabar aku."
Bukan dia kut. Chim aku tak lah macàm tu.
Aku terus berlalu ke tandas tanpa menoleh lagi.
" Maaf encik, tapi saya tak boleh." Kata doktor itu.
Lelaki itu mula menundukkan wajahnya. Kesakitan dibahagian perutnya mula terasa.
" Encik okey ?" Doktor tu mendekati lelaki itu dan membaringkannya semula. Dia menyelak baju lelaki itu, terdapat kesan darah yang menembusi baju hospital lelaki itu.
Doktor itu menoleh kearah jururawat dibelakangnya." Tolong sediakan bilik pembedahan. Jahitan luka dia tetas."
Mereka mengangguk faham dan segera beredar.
" Ada sebab saya bertegas, encik. Encik baru sedar beberapa minit lepas. Buah pinggang encik nyaris tidak berfungsi akibat lambat terima rawatan. Sekarang ni, tolong dengar cakap saya."
" Doktor..." Lelaki itu memandang doktor itu dengan mata yang berkaca.
" Dia tengah tunggu saya. Saya janji saya akan dengar cakap doktor lepas ni. Tapi izinkan saya buat satu panggilan ?"

YOU ARE READING
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "