3

428 37 0
                                    

Dua hari sudah berlalu tetapi lelaki kelmarin masih lagi tidak menelefon aku. Adakah dia tidak tertanya-tanya siapa yang menelefonnya ?

Aku menyebamkan sisi wajahku ke meja sambil memandang ke luar tingkap. Masa rehat selama satu jam aku gunakan untuk tidur.

Tak kuasa aku nak beratur panjang semata-mata nak beli makanan.

' Rindunya nak dengar suara dia, ' aku bermonolog sendiri.

Aku mula teringatkan suara seksi lelaki itu sewaktu menjawab panggilan. Bunyinya seperti orang itu baru selesai berjoging.

Telefon bimbit di bawah meja aku ambil lalu merenungnya lama.

Nak call ke tak nak ?

Unknown
01125813156

Aku menekan butang call sebelum dibawa ke telinga.

Hello ?

Ada suara menyapa membuatkan aku terkelu. Suara jantannya mendebarkan hati aku yang satu ini.

Siapa ni ?

Tanyanya lagi. Aku tidak mahu bersuara. Takut juga kalau dia tanya buat apa aku telefon dia.

Listen, aku tak ada masa nak layan panggilan remeh macam ni. Kau nak melanggan ke ?

Suaranya mula kedengaran marah. Selepas itu, aku terus memutuskan panggilan dan membuka bateri telefon.

Apa maksud dia, aku nak melanggan ? Langgan apa ?

" Woi Haerin !' Ada sebuah suara memanggil kasar nama aku. Aku kenal suara katak itu. Yoon Jiyoon.

Aku memandangnya tanpa perasaan. " Apa kau nak dari aku, perempuan ?" Aku berkata.

Aku Min Haerin. Memang aku dilahirkan dalam keadaan miskin tetapi itu bukan bermaksud aku senang dibuli. Aku tak akan berdiam diri.

" Buatkan kerja sekolah aku. Aku nak esok. " balas Jiyoon.

Aku menjulingkan mata keatas. Dasar hodoh, bodoh pulak tu. Kerja sekolah sendiri, settle lah sendiri.

Aku bukan kuli bapak kau.

Aku bangun dari tempat duduk. " Sorry ah.. Aku tak ambil khidmat buat kerja sekolah orang."

Aku mahu keluar dari kelas kerana malas ingin bertekak dengan perempuan itu.

" Jadi kau ambil khidmat apa ya ? Ke kau khidmat badan kau sendiri untuk dapatkan duit. Kau kan miskin. " pedas Jiyoon berkata.

Aku yang sudah panas hati terus menarik rambutnya lalu melontarkannya ke koridor kelas.

Aku dah kata jangan main-main dengan aku.

" Apasal aku marah ? Betul apa yang aku cakap tadi ? Slut, " Jiyoon tersenyum sinis.

" Sial ! " aku cuba untuk menamparnya tetapi ada satu tangan menghalang.

" Lepas ! "

Lelaki ini siapa ? Rasanya tak pernah nampak.

Dia merenung tajam kedalam mata.

" Jimin sunbae..." Jiyoon tidak menyangka ada senior lalu dikawasan tertutup junior.

Jimin melepaskan tangan aku.

" Jangan pukul dia. Dia anak orang kaya. " pesannya dengan aku. Aku tergamam.

Suara itu...

" Dan kau pula, " dia menoleh kearah Jiyoon. " Ada banyak cara untuk kau hilangkan kebosanan kau selain menghina orang lain. "

Selepas Jimin berkata seperti itu, dia terus pergi meninggalkan kami.

Suara dia seperti orang yang aku kenali.

" Omg jantung aku ! Apasal senior seram tu datang kawasan junior ?! " kata Jiyoon sambil memegang dada.

" Siapa dia tu ? " soal aku.

" Dia tu senior tahun akhir. Nama dia Park Jimin. Walaupun dia antara paling hot, dia ni agak menyeramkan. Entah-entah dia tu anak ahli sihir !" Ujar Jiyoon sebelum melangkah pergi.

Aku menggelengkan kepala.

Huh ! Sempit betul pemikiran budak-budak pandai kat sini.

[C] CallWhere stories live. Discover now