55

244 24 0
                                    

Aku tarik muka masam selepas hampir satu jam setengah program dimulai. Cis, bilik hotel nak asing-asing antara sekolah tapi kumpulan nak juga campur. Aku fikir program ni program me'racistkan antara satu sama lain. Mana tak bengangnya bila aku terpaksa berjauhan dengan Jimin sunbae.

Aku tak suka dia tapi aku bukan ngam sangat dengan orang yang aku tak kenal. Muka pun muka sombong. Tapi muka aku lagi sombonglah

" Tugas setiap ahli kumpulan sangat mudah ! Pertama sekali, setiap kumpulan wajib ada ketua dan penolong."

Kami memandang antara satu sama lain. Masing-masing tak nak jadi ketua.

" Serious lah kita nak buat pertandingan renung macam ni ? Siapa nak jadi ketua angkat tangan." Ujar salah seorang lelaki dalam kumpulan aku.

Tak ada sorang pun angkat tangan.

Hahahaha kecuali aku.

" Biar aku jadi ketua. Kau, jadi penolong." Kata aku kepada lelaki itu. Dia hanya mengangguk.

Lelaki itu tunjuk name tagnya. Kim Taehyun.

" Min Haerin."

" Baiklah, setiap pasukan sudah ada ketua dan penolong? Diminta datang kehadapan untuk mengambil petunjuk dan bendera kumpulan."

Sewaktu aku berjalan ke hadapan bersama Taehyun, aku ternampak Jimin dan seorang perempuan turut tampil ke hadapan.

Hmmm.. Semestinya dia ketua.

" Dalam masa satu jam, setiap kumpulan kena selesaikan 20 soalan di 10 destinasi yang telah diberikan. Sila masuk ke dalam kumpulan masing-masing."

" Ssaem ! Apa hadiahnya !" Teriak seseorang.

" Semestinya hadiah yang menarik akan ditawarkan kepada satu pasukan yang pertama berjaya menyelesaikan semua soalan ini. Hadiahnya adalah.....


.....akan diberitahu selepas pemenang sudahpun selesai menjawab kesemua soalan !"


" Hoi junior ! Jadi leader ke ?" tegur Jimin apabila melihat aku tampil kehadapan mengambil petunjuk dan bendera kumpulan bersama Taehyun.

Aku membuat muka riak.

" Of courselah ! Bersama jejaka kacak di sebelah aku," balas aku sambil menundingkan jari kearah Taehyun. Dia hanya tersenyum sambil menggelengkan-gelengkan kepalanya.

Taehyun menghulurkan tangannya dihadapan Jimin, " Kim Taehyun." Jimin membalas dengan wajah kelat.

" Park Jimin,"

Kenapalah nama dia seakan sama dengan mamat tak guna tu. Sampai sini kau buat aku rasa bersalah, Kim Taehyung.

" Hmm.. Haerin, penolong Jimin ni namanya Yumi sunbae. Dia senior dekat sekolah aku," kata Taehyun.

Aku pula menghulurkan tangan bersama senyuman. " Min Haerin"

" Shin Yumi," dia membalas turut dengan senyuman.

" Yumi sunbae, saya bukan nak berlagak tapi kalau sunbae satu kumpulan dengan Jimin sunbae ni, kebarangkalian kumpulan sunbae akan kalah adalah tinggi. Sebab Jimin sunbae ni pemalas ya maha," kata aku, cuba memprotes Jimin yang sudah memandang aku dengan wajah terkejut.

" Amboi, sedap kau menghina aku depan muka aku sendiri ea," ujar Jimin. Aku hanya menjelirkan lidah.

" Betul lah sunbae pemalas ! Malas cakap, malas nak buat keputusan. Jalan pun lambat !" desis aku lagi.

" Cis, aku datang sini pun sebab result aku gempak ! Tak kisahlah lambat ke cepat. Kau punya math haritu pun aku snapkan jawapan aku !"

Baru aku ingin membalas semula, dia terdiam seketika.

" Jap, math ? Sejak bila aku minta tolong sunbae ?"

-

( Flashback)

To : Chim

Wei Chim, kau pandai math tak ?

Aku meletakkan telefon disisi lalu mengaru kepala aku yang tidak gatal. Daripada semalam aku cuba membuat soalan persamaan linear ni, tetapi satu pun aku tak faham. Mahu tanya yang lain, hmm mereka dua kali lima je dengan aku.

Nak tanya Sungwoon dengan Sunny pun diorang tengah berperang. Taehyung ? Aku tak nak kacau dia.

Ting ! Ada satu mesej masuk.

From : Chim

Aku tak pandai math. Aku pandai curi hati kau je muahahahahahaha

Kau nak tanya soalan apa babe ?

Aku menaikkan mata aku keatas. Kalau namanya bukan Chim, memang tak sahlah dia merapu dengan aku. Fikir aku cair ?

To : Chim

Persamaan linear.

Aku mengambil gambar soalan matematik yang tidak tahu itu dan memberikannya kepada Chim. Aku berharap dia tak sebodoh aku.

Tidak sampai beberapa minit, ada satu mesej aku. Lekas aku membukanya. Aku tersenyum apabila membalas kembali soalan aku dengan sekeping kertas jawapan.

Pandai juga kau ya, Chim.

Tetapi kenapa kertas itu seperti aku pernah lihat ? Bukan kerana garisan dan warna kertas itu.

Kertas itu ada...

To : Chim

Whattda ?! Kau sekolah dekat Bolim High School ?! Itu sekolah aku !

[C] CallWhere stories live. Discover now