" Aku tanya kau, seronok ke drama tadi ? Apasal kau diam hah?" Soal Jimin lagi.
Dari tadi dia mendesak aku. Dia fikir aku nak sangat ke tengok dia bergaduh dengan bapak dia ? Itu pun kebetulan je.
" Apa masalah kau sebenarnya ?" Aku mula hilang sabar dengannya. Dia ni memang cari mati dengan aku. Jangan sampai muka dia cacat sebelah aku buat.
" Masalah aku ialah kau." Jimin membalas.
" Kau ingat aku nak sangat ke tengok kau gaduh dengan bapak kau ? Aku tak hadaplah weh !" Aku meninggikan suara kerana senior tak guna ni jenis tak faham bahasa.
" Blah lah kau ! Menyakitkan hati je !" Kata aku lagi. Kebetulan pula bas sudah sampai, aku terus angkat kaki. Dari menatap muka lelaki tu.
Baik aku balik cepat lepas tu hantar susu !
Aku masuk ke dalam bas lalu mengeluarkan kad bas aku.
" Budak, kad kredit ni tak ada duit." Kata pemandu bas itu.
Apa ?!
" Tak mungkinlah, pak cik. Saya baru isi tiga hari lepas kut." Balas aku. Aku cuba mencari duit di dalam beg pula.
Tak ada.
Macam mana aku nak balik ?!
" Pak cik, untuk dua orang pelajar." Tiba-tiba ada satu tangan menghulurkan kad kredit kepada pemandu bas itu.
Kemudian dia memandang kearah aku.
" Teman aku kejap." Katanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "