" Jin Hyung. " aku memanggil misi Jin yang leka menyiram pokok-pokok kesayangannya. Dia menjeling aku sekilas sebelum kembali menyiram pokok bunga.
Aku faham isyarat itu. Maksudnya, Aku dengar. Lepas cerita, berambus. Panggil aku oppa setan ! Sejak bila kau jadi adik lelaki aku !
" Hyung kenal Park Jimin?" Soal aku.
" Kenal,"
" Perangai lahanot dia tu memang sejak lahir ea ? Selalunya senior sweet talker, ini jeling pun tak nak." Omel aku.
Jin mula berhenti menyiram pokok bunga.
" Kau suka dia ke ?"
Aku membuat muka tidak percaya. " Seriously hyung, aku rela mati." Kata aku.
" Habis tu kenapa kau gelisah semacam. Suka hati dialah nak jadi sweet talker ke, gangsterism ke, hidup dia. Kau tak ada life sendiri ?"
" Aku cuma nak satu team dengan dia untuk program math tu. Aku takut nak pergi sorang-sorang. Dah lah tak ada pengganti. Kalau ada, muka dia pun aku tak hadap."
" Apasal? Tak percaya budak kelas belakang terpilih jadi wakil sekolah ?"
Aku dan Jin terus pandang ke muka pintu. Wajah dingin Jimin muncul membuatkan diri aku membeku. Dia berjalan masuk dan membaringkan diri ke sebelah katil yang aku duduk sekarang.
" Korang berdua ni dua kali lima je. Kalau sehari tak buat tempat ni macam makpak korang punya memang tak sah." Bebel Jin.
Aku menaikkan kening. Kenapa aku tak pernah nampak dia sedangkan aku datang kesini hari-hari ?
" Entahlah, mungkin pokok pokok hyung bagi oksigen lebih dekat bilik ni. Sebab tu lah segar je," balas Jimin dengan mata yang tertutup.
" Budak junior ni buat apa kat sini ? Ponteng jugak ke ?"
Aku terkesan dengan soalannya Dan mahu menjawab, tetapi Jin sudah memotong.
" Hah, ni anak buah kau. Lepas ni boleh lah lepak dalam bilik aku ni sama-sama. Lepastu aku panggil pengetua siap dengan JAIS tangkap korang. Hah bolehlah terus kahwin, tak payah bayar lagi." Balas Jin tanpa berlapik. Aku membuat muka cemberut.
" Mulut hyung jangan celupar. Jangan sampai aku bagitahu cikgu Kim yang hyung suka dia. Bukan setakat cakap je, tengok muka hyung dia tak lalu." Aku mengugut Jin.
Jin pula pantang dengar nama cikgu Kim terus berubah anak mata. Minta simpati lah tu. Lepas dia kata aku macam-macam tadi, kau ingat aku nak lepaskan dia macam tu je ?
No way, man.
" Aduh dia ni, janganlah kau libatkan cikgu Kim dalam hal kita. Dia tu mata ayaq aku tu." Kata Jin separa merayu. Aku mencebik bibir.
Lol
" Kau percaya sangat cakap budak kecil ni kenapa, hyung ? Kau fikir dia berani ?" Celah Jimin sambil tersengih sinis. Dia membuka matanya dan merenung wajah aku.
" Ini Min Haerin lah. Pantang dicabar !" Aku cuba mempertahankan diri aku, tetapi percakapan aku mula tersekat-sekat.
Bukan kerana aku tidak berani. Tetapi kerana pandangan mata Jimin yang betul-betul menusuk ke dalam jantung aku. Fuh padu.
" Pergi masuk kelas kau budak junior. Mak bapak hantar kau pergi sekolah bukan untuk kau ponteng dekat bilik kesihatan ni. Kau tu bukannya sakit, jadi jangan susahkan orang yang sakit dalam ni."
Aku mula panas hati. Suka hati dia je nak sekolahkan aku padahal dia juga buat perkara yang sama. Aku terjun dari katil dan menyepak katil Jimin.
" Jangan nak mengajar aku kalau kau sendiri pun tak boleh. Kau tau tak makna ibarat ibu ketam mengajar anaknya berjalan tegak ? Hah ! Mak ketam tu kau !"
Selepas itu aku terus meninggalkan bilik kesihatan dengan perasaan geram. Sudah tiada sebab dan tempat yang boleh aku lepak, jadi aku terus masuk ke dalam kelas.
Tak guna. Sekarang masa Kimia.
" Huh, cakap sikit dah sentap. Dasar perempuan." Rungut Jimin.
Jin hanya menggelengkan kepalanya sebelum berjalan mendekati Jimin dengan kotak first aid.
" Kau pun janganlah kasar sangat. Dia tu nakal, bukan gangster macam kau. Lagipun itu memang lumrah perempuan, overthinking. Sebab tu tuhan ciptakan talak tu untuk lelaki."
" Perempuan mana lagi yang aku boleh percaya dalam dunia ni ?"
Bermulanya mak tiri Jimin sehingga perempuan-perempuan tua di kelab malam yang sudah hilang maruah diri.
" Semuanya sampah,"
" Sudah, angkat baju kau. Macam manalah luka tu boleh tertetas balik. Ini kalau doktor Lee kau tau ni habis aku kena sembur air liur dengan dia." Omel Jin.
" Entahlah, aku sendiri tak perasan."
YOU ARE READING
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "