56

215 25 0
                                    

Jimin terdiam lama sambil merenung kearah aku, matanya kelihatan panik.

" Haerin, sebenarnya.."

" Baiklah ! Jika ketua sudah menerima petunjuk dan bendera, sila kembali ke kumpulan masing-masing !"

Aku tiada pilihan selain berjalan kearah ahli kumpulan aku dengan wajah bingung. Apa yang tentang Jimin sunbae yang aku tak tau ? Dan sejak bila aku pernah meminta tolong dia selesaikan soalan matematik aku ?

( Jimin POV ) 

Aku hampir mati kutu kat situ, mujur penganjur tu cepat-cepat bersuara tadi. Haerin pula mungkin dah mula terfikir macam-macam tentang aku.

Tentang kawan alam maya dia, Chim

... yang sebenarnya aku.

Daripada awal lagi aku tak kenal siapa Min Haerin ni, apatahlagi nak mesej dan call dia sampailah dia sendiri yang mesej aku. Aku fikir dia cuma perempuan tua yang nak melanggan gigolo muda macam aku. Lama-lama baru aku sedar, dia tu cuma budak perempuan yang mungkin nak cari kawan. So aku pun sajalah balas mesej dia. 

Aku dapat tahu dialah yang selama ni call dan mesej aku masa dalam kereta pun masa dia cuba untuk call Chim yang hakikatnya dia cuba untuk call aku. Nasib phone aku silent masa tu.

Aku takut. Aku dah cerita banyak benda dekat dia, aku cerita pasal mendiang ibu. Aku call dia masa aku kena belasah kat Busan dulu. 

Aku takut kalau dia tak boleh terima kalau aku, senior dia Park Jimin adalah Chim yang dia agung-agungkan tu. 

" Maaflah Hae, aku bukanlah orang yang baik yang kau sangkakan." 

-

" Tahniah kepada kumpulan 3 kerana berjaya memenangi pertama dan diiringi dengan kumpulan 6 dan kumpulan 1. Kalian semua dibenarkan ke dorm masing-masing untuk berehat dan pada pukul 9 kita akan berkumpul semula di sini untuk acara pemberian hadiah kepada para pemenang. Terima kasih,"

Aku mencebik melihat Jimin dan ahli kumpulannya saling berpelukan antara satu sama lain kerana merekalah juara pertandingan itu tadi. Sukalah tu dapat kalahkan kumpulan aku. Siap jelirkan lidah kat aku lagi hmm

" Hae, kau okey tak ?" tegur Taehyun apabila melihat aku yang masam mencuka selepas menang naib juara pada pertandingan itu sendiri. Sejujurnya aku tidak bangga kerana aku gagal mengalahkan senior poyo yang pemalas macam Jimin sunbae. Apalah sangat tempat kedua tu.

" Kau tengok si jimin sunbae tu ! Dari tadi tak habis-habis jelir lidah kat aku. Kalau aku sepak dia sekali rasanya sampai bulan tak ?" ujar aku sambil bermain mata dengan Jimin dari jauh.

" Korang ni comel lah, macam couple je. Ada apa-apa ke ni ?" kata Taehyun sambil ketawa kecil membuatkan mata aku membesar.

" Tak naklah aku dengan Jimin sunbae. Dia gila, budak nakal ! Kat sekolah aku, diorang panggil dia ahli sihir sebab muka dia asyik masam je." aku membalas.

Tetapi kan..

" Weh, cuba kau tengok muka dia tu sekarang ? Dia tengah senyum kat kau tu. Tang mananya ahli sihir, Hae."

Betul juga kata Taehyun. Bila difikirkan balik, Jimin sunbae tidaklah seperti yang orang sangkakan. Cuma itulah, tujuan dia yang tiba-tiba ingin ikut kem ni bersama aku dan cikgu Sam masih lagi aku tidak tau. 

Dan pasal kes snap gambar jawapan matematik tu tadi. Aku mesti tanya dia ! 

[C] CallWhere stories live. Discover now