4

411 38 0
                                    

Aku duduk di perhentian bas dengan penuh tanda tanya. Suara milik senior yang bernama Park Jimin bermain-main di fikiran aku. Aku menutup mata, cuba menghayati suara senior itu.

Jangan pukul dia. Dia anak orang kaya.

Sama. Tetapi kemungkinan juga mereka bukan orang yang sama.

Ting ! Aku membuka telefon bimbitku.

From : Unknown

Kau nak apa telefon aku banyak kali ? Kalau nak aku, jumpa aku kat tempat biasa

Dahi aku berkerut. Apa maksud dia ? Dia ada cakap pasal langgan juga. Dia penjual online ke ?

To : Unknown

Sorry, aku suka nombor telefon kau. Menarik dan unik.

Send !

Anda bangang, Min Haerin. Ayat tak boleh blah. Mesti lelaki ni ingat aku ni psycho atau stalker dia.

Bas semakin hampir di perhentian bas. Aku berdiri di hadapan, cepat-cepat ingin mendapatkan tempat duduk. Tak kuasa nak berdiri. Aku yang tergesa-gesa ingin masuk ke dalam bas, tidak sedar yang aku tersilap langkah memijak tangga. Akibatnya, badan aku tak seimbang.

Aku nak jatuh ni ! Sesiapa tolong aku !

Ini bukan drama.

Akhirnya aku jatuh duduk di atas lantai. Mereka di situ tidak menolong malah mengetawakan aku lalu masuk ke dalam bas. Ada yang menyindir aku dan cuba memijak badan aku.

" Itulah gelojoh naik bas ! Karma ! " ada suara orang berkata. Aku menundukkan kepala kerana terlalu malu.

" Pelajar ! Nak naik tak ? Bas nak bergerak ni ! " kata pemandu bas dengan wajah masam. 

Aku cuba bangun tetapi buku lali aku sudah berdenyut. Aku mengerang kesakitan.

" Pelajar ! Cepatlah ! " gesa pak cik itu tadi.

Aku mula naik angin. Dah nampak aku jatuh macam ni, sakit macam ni boleh pulak paksa aku bangun. Kau buta ke yang aku tengah tahan sakit ni ?!

Sabar Haerin, sabar..

Aku cuba untuk bangun sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama. Baru aku ingin jatuh semula ke lantai, ada satu tangan menahan bahu agar tidak menghempap tanah lagi.

" Kau nak masuk bas ? " soalnya. 

Aku terdiam. Dia yang menolong aku ialah Park Jimin. Jimin sunbae.

Aku menggeleng. Jadi, dia terus membawa aku ke bangku yang kosong . Bas yang menunggu aku tadi terus berjalan meninggalkan aku. Duduk saja di atas bangku, aku mengurut  buku lali aku yang sakit.

" Jom pergi hospital. " katanya. Aku menggeleng.

" Klinik ? "

" Aku okey lah. Tak payah risaukan aku." kata aku. 

Sebenarnya aku malu dengan dia. Sudahlah suara dia sama dengan suara pemilik nombor telefon yang aku telefon tempoh hari.

" Ok. Jangan salah faham. " dia bersuara. "Aku sebenarnya tak risaukan kau sebab aku ada kerja kejap lagi. " kata Jimin dengan selamba. Dia menghulurkan kad teksi kepada aku.

Aku memandangnya dengan wajah tidak percaya. Gitu je dia cakap dengan aku ?

" Teksi ni kawan aku yang punya. Nanti aku minta hantar kau balik secara percuma. Aku blah dulu. Bye, "

Kemudian dia pergi meninggalkan aku. Kad teksi yang diberikan tadi aku pandang lama sebelum membalingnya ke lantai. Aku mencebik.

Mamat tu langsung tak faham perempuan. Kalau dia tak ada niat nak tolong aku, tak payahlah tolong. Sengaja nak sakitkan hati aku.

Ting ! Telefon aku berbunyi.

From : Unknown

Kalau macam tu, telefonlah aku selalu ;)

[C] CallWhere stories live. Discover now