Aku duduk di belakang bangunan sekolah dengan linangan air mata. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti kenapa aku harus menangis dan apa sebab yang boleh membuatkan aku menangis. Segalanya bercelaru dan rumit.
Adakah perubahan yang berlaku disekeliling aku yang membuatkan aku menangis ?
Adakah aku berasa bersalah kerana gagal memujuk Park Jimin yang sememangnya hati batu ?
Huh ! Aku benci dia.
Atau.... Chim ?
Bercakap pasal Chim, aku sudah menelefonnya lebih sepuluh kali tetapi tidak dapat. Tidak tahulah kalau dia betul-betul tidak perasan aku menelefonnya atau dia memang tiada keinginan untuk menjawab panggilan aku.
" Angkatlah Chim... Kau pun nak sakitkan hati aku ke ?" Kata aku sambil mengelap air mata aku yang masih deras mengalir.
Aku tidak tahu kenapa dengan diri aku tetapi aku memerlukan seseorang untuk mengadu. Aku juga seorang manusia, ada hati dan perasaan. Aku tidak selamanya kental.
Kadangkala aku terfikir, siapakah aku pada Chim ?
Kawan baik?
Kawan gaduh ?
Atau adik ?" Bodoh punya air mata. Keluar pulak. Dah tak swag lah dengan rupa aku macam ni," aku merungut.
Habislah kalau diorang nampak Min Haerin menangis. Jatuh saham.
Chim busy, Hae. Fikir positif.
Akhirnya telefon murah itu aku masukkan semula ke dalam skirt sekolah dan berjalan ke bilik kesihatan. Tak mungkin aku akan ke kelas dengan muka hodoh macam ni. Ada kang yang kena kecam.
" Hoi budak Hae ! Haritu sakit kaki, hari ini sakit apa pula ? Dah tujuh kali kau sakit dalam minggu ni." Ujar Jin si misi sekolah selepas aku melepasi dia yang sedang menulis laporan di mejanya. Aku mengabaikan Jin lalu baring di atas katil.
Maksud dia tujuh kali sakit dalam seminggu tu maksudnya aku ponteng tiga masa dalam satu hari. Jangan tanya lagi.
" Jin hyung," aku memanggilnya.
Jin tidak menjawab, sebaliknya dia mendekati aku yang terbaring diatas katil. Dia melontarkan sebiji lolipop keatas kepala aku.
" Aduh ! Sakit gila,"
" Kau tu betina jadilah betina. Nak panggil aku macam jantan. Makan lolipop tu lepastu berambus. Aku bosan muka kau je yang ada dalam bilik ni. Tak bernafas bunga-bunga kesayangan aku." Fuh, meresap terus pisau Jin menembusi jantung aku. Tajam dan padu.
Dia ni kalau masuk unpretty rapstar confirm menang. Tapi dia tak ada bakat dalam bahagian rap. Unpretty tu sesuai dengan dia.
" Suka hati akulah. Kalau sekolah ni tak ada orang macam aku, misi gila macam kau ni tak ada function kat sini okey. So jangan berlagak." Aku membidas kata-katanya sambil mengibaskan rambut kebelakang.
" Lol, kalau tak ada orang macam kau pun aku still diberi duit. Kau student pergilah belajar. Macamlah bilik kesihatan sekolah ni best sangat."
" Sokay, aku kan peneman setia hyung. Kbye, nak tidur."
" Eh perempuan ni, aku perhatikan je dia ni dari dia masuk sekolah ni. Tak berubah langsung !" Bebel Jin apabila aku sudah menutupi tubuh aku dengan selimut. Mata pun dah berat semacam.
" Hah, tidurlah sampai mampus."
" Kenapa ni hyung ?" Tiba-tiba ada satu suara mencelah. Aku malas mahu melihat siapa orangnya.
" Ini budak junior kau ni suka datang bilik. Dia bukannya sakit, datang nak tidur je." Ujar Jin sambil menggelengkan kepalanya.
" Kau nak aku kejutkan dia tak ?"
" Biarkan je minah tu. Biar dia tidur sampai malam. Lepas habis sekolah aku kunci pintu."
Lelaki itu tergelak.
" Jahat gila kau ni hyung. Weh, cikgu Kim minta buku yang dia kata nak pinjam haritu dengan hyung. Dia kata dia sibuk sikit."
" Haih, tak dapatlah jumpa bakal isteri." Kata Jin sambil membuat muka sedih.
" Jangan hyung, janda anak kembar tu."
" Taehyung, kalau kau, kau pilih perawan atau janda ?" Soal Jin.
" Erm.. Perawanlah. Anak dara," balas lelaki itu.
" Aku pilih janda so what ? Ambil buku ni lepastu berambus."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "