28

298 37 0
                                    

Hari ini aku pergi ke sekolah seperti biasa. Tetapi hari ini aku berjalan bersama Sungwoon dan Sunny. Mereka semakin akrab dengan aku dan aku pun sudah menerima mereka sebagai kawan aku.

Min Haerin dah ada kawan.

" Weh, Taehyung sunbae datang sini !" Kata Sunny sambil memukul-mukul lengan Sungwoon. Senyumannya sangat lebar sehingga ke telinga. Aku memandang kearah Taehyung yang sedang menuju kearah kami.

" Hai Sunny," sapa Taehyung ramah. Dari jauh dia sudah dapat melihat senyuman Sunny kepadanya. Matanya beralih ke Sungwoon pula.

" Sungwoon," dia menyerabutkan rambut Sungwoon yang disikat rapi. Kini bertukar menjadi sarang tebuan. Sungwoon memasamkan wajahnya.

" Ya ampun sunbae ! Buat penat saya letak pomade bagi keras. Sunbae pula menjahanamkan rambut saya." Rungut Sungwoon sambil membetulkan semula rambutnya.

" Rambut kau tu kalau letak pomade pun masih tak kacak. Tak macam Sunbae," kata Sunny. Itu menaikkan darah Sungwoon.

Uishh, lelaki lain puji melangit. Boyfriend sendiri dia layan macam sampah.

" Ha, kalau macam tu kahwin jelah dengan Taehyung sunbae. Itu pun kalau sunbae nak kat kau lah," Sungwoon membalas sinis sebelum ketawa terbahak-bahak. Selepas itu dia dikejar oleh Sunny dengan kamus dewa bahasa ditangan. Apalagi, meraunglah mohon maaf Sungwoon tu.

Taehyung hanya menggeleng melihat kerenah Sungwoon dan Sunny yang seperti keanak-anakkan. Kemudian dia menoleh kearah aku pula.

" Hai Haerin." Sapanya bersama senyuman nipis.

Jujur aku cakap, senyumannya itu seperti sengaja dilebarkan.

" Sunbae, kenapa mata kau sembab ?" Soal aku.

" Biasalah last year. Mestilah belajar sampai lewat malam. Haerin risaukan sunbae ea ?" Balasnya dengan nada mengusik. Serta-merta aku mencebikkan bibir.

" Lol,"

" Haerin."

" Apa ?"

" Erm.. Chim Haerin tu baik tak ?"

Aku memandangnya lama. " Kenapa tanya ?" Aku membalas.

" T..ak, saja je."

Aduhai, tengok muka pun dah tau ada sesuatu yang dia sorokkan. Itu pun masih nak bersusah payah tutup. Agaknya kenapa dengan Taehyung sunbae.

" Aku sebenarnya tak kenal sangat Chim tu. Tapi aku boleh cakap yang perwatakan dia yang ceria buat aku selesa. Dia pandai hiburkan aku, dan buat aku rasa tenang..." Langkah aku terhenti. " Oh ya, dia pun macam kau, banyak rahsia."

[C] CallWhere stories live. Discover now