" Baiklah kelas, kita akan buat senaman ringkas secara berpasangan sebelum kita memulakan aktiviti." Cikgu Oh mengeluarkan arahan kepada pelajar-pelajar kelas 3-A dan 3-B. Mereka dengan senang hatinya Mengikut arahan yang diberikan.
Aku membuat muka menyampah. Malas betul aku mahu mengeluarkan peluh pagi-pagi macam ni.
" Boleh tak kita ponteng je ?" Soal aku.
" Kau gila ? Kalau aku skip sukan ni, macam mana aku nak tengok budak pendek tu buka baju dia ? Inilah masanya !" kata Sunny sambil tersengih. Itu membuatkan aku menjulingkan mata keatas.
" Dalam diam tangkap cintan. Depan-depan macam anjing dan kucing huh,"
Seperti sedia maklum, pelajar lelaki dan perempuan diasingkan ketika bersukan. Hari ini kami hanya bersukan indoor sahaja, luar hujan. Itu pun terpaksa dibahagi dua dengan lelaki.
Selepas memanaskan badan, kami melakukan aktiviti lompat tinggi. Cikgu Oh kata untuk mencari pelajar yang berbakat. Aku malas mahu ikut serta kerana aku bukanlah suka bersukan. Sunny pula nampaknya sudah bertikam lidah dengan Sungwoon daripada jauh.
" Aku akan buktikan kat kau yang boleh lepas palang tu ! Anggaplah palang tu bapak kau !" Jerit Sungwoon sekuat hati.
" Berani kau samakan papa aku dengan palang tu ?! Jangan kau menangis kalau gagal, pendek !" Sunny membalas serangan.
" Aku tak pendek, pendek ! Kau lagi pendek daripada aku !" Sungwoon menjelir lidah. Kemudian dia tersenyum manis memandang Sunny sebelum mengenyitkan matanya kepada gadis itu.
" Aku akan menang, sayang."
" Tak guna. Dia memang suka buat hati aku berdebar." Gumam Sunny.
Aku yang memerhati dari tadi hanya menggelengkan kepala. Tak habis-habis dengan drama diorang.
Aku pandang sekeliling. Mana Jiyoon ?
YOU ARE READING
[C] Call
NouvellesApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "