35

270 34 0
                                    

Hari ini aku bercadang ingin memujuk Park Jimin agar bersetuju menjadi wakil sekolah untuk program di Busan itu. Namun dari pagi aku mencari kelibatnya,  tetapi sehingga ke tengah hari ini masih tidak kelihatan. Ke mana dia pergi ?

" Hai Hae. Cari siapa kat bangunan senior ni ?" Taehyung yang baru keluar dari bilik air terus menegur aku. Ini kerana tandas sekolah memisahkan bangunan kami dan aku sudah masuk ke kawasan senior.

" Park Jimin."

Aku perasan wajah Taehyung berubah. Senyumannya juga tidak kelihatan.

" Kau kenal dia kan ? Ingat masa aku hantar susu ? "

" Kenapa Hae cari dia ? " soal Taehyung. Aku menunjukkan borang kebenaran ibu bapa yang berada di tangan aku kepada Taehyung. Taehyung membacanya dengan teliti. " Ah, matematik."

" Pelik kan ? Dia pandai tapi nak duduk kelas belakang." Aku berkata sambil menggelengkan kepala. " Mungkin sebab perangai dia tak melambangkan kepandaian dia." Kata aku lagi.

" Kelas dia depan tu je. Kenapa tak masuk ?"

" Kalau dia ada dah lama aku masuk, sunbae. Masalahnya dah dua hari berturut-turut dia tak ada. Macam tau-tau je aku nak datang." Aku merungut. Program itu lagi dua minggu. Masa itu memang masih panjang, tetapi lelaki seperti Jimin sunbae ini tak mungkin aku dapat memujuknya dalam masa yang singkat.

Taehyung seperti memikirkan sesuatu. " Sunbae rasa dia sekolah, tapi tak tahulah dia masuk kelas ke tak." Kata Taehyung.

" Haerin tahu tak dekat sekolah ni ada satu perpustakaan lama yang tak digunakan dekat bangunan junior ? Selalunya budak-budak nakal lepak sana."

" Perpustakaan lama ?"

Aku lupa aku baru beberapa bulan lamanya pindah ke sini. Perpustakaan itu pun bukanlah topik perbualan hangat sekolah. Taehyung mengangguk perlahan.

" Kalau boleh jangan pergi sorang-sorang, bahaya. Ajak Sunny atau Sungwoon minta temankan." Pesan Taehyung.

" Ok sunbae. Gerak lu," aku menganggukkan kepala lalu bergegas ke kelas Sunny. Takut juga aku apabila Taehyung kata tempat itu agak berbahaya. Tempat budak jahat.

Tapi bila aku fikirkan semula, kenapa aku kena berteman ? Ini Min Haerin lah. Setakat budak jahat ni aku bagi penumbuk sulung terus insaf.

" Shit,"

Langkah aku terhenti apabila aku pandangan aku tertumpu pada papan kenyataan yang tertulis ' Perpustakaan ' di bahagian atas. Aku menelan air liur. Pintu yang usang  dan cat dinding yang mulai memudar membuatkan aku ingin menarik balik kata-kata aku sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, ada lagi beberapa quotes yang memgerunkan.

Kau masuk kau mati

Cikgu masuk, cikgu mati

Sekali kau masuk, aku akan pastikan kau keluar tanpa dara !

" Macam mana ni," aku mengetap bibir.

[C] CallWhere stories live. Discover now