Park Jimin
Aku mematikan talian secepat mungkin dan menekup mulut menahan tangisan. Air mata di kelopak mata kiri mengalir lebih laju berbanding di sebelah kanan. Psikologi mengatakan yang itu bermakna aku sedang menangis kesedihan.
Ya, aku sangat sedih.
Kenapa orang tua aku sendiri tidak pernah mempedulikan aku seperti perempuan yang tidak aku kenali ini melakukannya ? Siapakah perempuan ini ?
" Doc," aku memanggil doktor yang dikenali sebagai doktor Lee itu. Dia yang dari tadi memerhatikan aku menyahut panggilan aku.
" Yes, Jimin ?"
" Bila saya boleh keluar ? Esok saya sekolah." Kata aku dengan suara serak-serak basah. Baru lepas menangislah katakan.
Doktor Lee menggelengkan kepalanya.
" Saya langsung tak perasan awak seorang pelajar. Sakit-sakit macam ni pun awak masih nak belajar ? Luka tu bila-bila masa je boleh tetas. Sebab tu kamu perlu lama di sini."
" Buat apa saya lama-lama kat sini. Bukan siapa kisah pun kalau saya hidup atau mati." Aku membalas.
" Ye ke ? Habistu perempuan yang awak call tu tadi ? Dia siapa bagi Jimin ?"
Soalan itu membuatkan Jimin terdiam. Dia lupa ada seorang gadis yang pada mulanya dia sangat menyampah kerana asyik menelefonnya tanpa sebab. Lama kelamaan, perasaan tu bertukar lembut.
Setiap kali dia call, mesej aku, aku akan tersenyum. Bagi aku, perbuatannya sangat comel.
Tapi,...
" Dia.... She's nothing."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Call
Short StoryApabila si gadis sangat suka call orang yang tak dikenali, akhirnya dia ter'call Park Jimin. " Kau ingat aku hidup nak angkat call kau je ? "