30

286 34 2
                                    

To : Chim

Wei Chim, kau pandai math tak ?

Aku meletakkan telefon disisi lalu mengaru kepala aku yang tidak gatal. Daripada semalam aku cuba membuat soalan persamaan linear ni, tetapi satu pun aku tak faham. Mahu tanya yang lain, hmm mereka dua kali lima je dengan aku.

Nak tanya Sungwoon dengan Sunny pun diorang tengah berperang. Taehyung ? Aku tak nak kacau dia.

Ting ! Ada satu mesej masuk.

From : Chim

Aku tak pandai math. Aku pandai curi hati kau je muahahahahahaha

Kau nak tanya soalan apa babe ?

Aku menaikkan mata aku keatas. Kalau namanya bukan Chim, memang tak sahlah dia merapu dengan aku. Fikir aku cair ?

To : Chim

Persamaan linear.

Aku mengambil gambar soalan matematik yang tidak tahu itu dan memberikannya kepada Chim. Aku berharap dia tak sebodoh aku.

Tidak sampai beberapa minit, ada satu mesej aku. Lekas aku membukanya. Aku tersenyum apabila dia membalas kembali dengan sekeping kertas jawapan.

Pandai juga kau ya, Chim.

Tetapi kenapa kertas itu seperti aku pernah lihat ? Bukan kerana garisan dan warna kertas itu.

Kertas itu ada...

To : Chim

Whattda ?! Kau sekolah dekat Bolim High School ?! Itu sekolah aku !

[C] CallWhere stories live. Discover now